26 Oktober 2012

Chemical pregnancy – Natang mende nih?

Natang mende chemical pregnancy neh?

Beberapa bulan lalu, masa 2ww aku ade test UPT untuk confirmkan status menses aku. Lewat sebab pregnant ke sebab tertinggal bas? Huhuhu… Aku end up dapat dua kali (cycle berlainan) faint lines kt UPT. Kali pertama aku dapat, aku ingat mata aku KERO. Aku biar seharian je UPT tu, bile balik keje aku tengok eh ade lagi la line tu. Memula jual mahal takmo tunjuk kat hasben sebab nanti dia ingat aku ni nak sgt line tu muncul. Last2 bile hasben baru nak tido, aku rase aku dah nak separuh gile dok pikir pasal faint lines tu, aku trus tunjuk kat dia.

“Eh betol la baby, ada 2 line samar”

Huh, lega sah aku tak gile.

Pastu aku tido dengan aman tak berapa aman. Dalam kepala aku dok ingat UPT tu dah expired. Tapi tarikh ok lagi. Ke ade chemical interruption?

“Ah abaikan” – Ye aku abaikan sebab TAK TAHU pun ovum & sperm dah berjaya fertilized. Sebab tak tau pun pasal chemical pregnancy.

Selang 3-4 hari, AF datang. Tambah konfius aku.

Ok sah UPT tu buat lawak.

Then selang 2 bulan, aik??? jadi lagi? Kali ni bulan puasa dia jadik lagi. Aku rase pelik. Tangan aku ni ‘choi’ ke asyik dok beli UPT sengal je. Last2 aku google.

Keluarlah perkataan Chemical Pregnancy.

Defination:
A chemical pregnancy is the clinical term used for a very early miscarriage. The word "chemical" refers to the pregnancy being too early to confirm except through biochemical means.  – Laa...aku dah peknen ke time tu? Oh wujudnya perkataan chemical tu sebab kite hanya boleh confirmed keadaan ni biochemical test (UPT).

Ape symptom sebelum period?

                    UPT tests reveal decreasing hCG levels rather than increasing – try hari lain, UPT jadi negatif plak.
                    Breast tenderness – ada rasa tapi buat tak tau sebab ingat nak period
                    Morning sickness and nausea – jadi masa second chemical pregnancy, asal sahur je muntah.
                    Fatigue – Ingatkan penat sebab muntah lepas sahur, so puasa perut kosong.

Ape symptom selepas period?

                    Small clots in the blood – ADA
                    Increased amounts of blood – ya betol! Hari pertama dah terus merah pink darah makkk.
                    More severe cramping – Agak cramp juga la.

Isk-isk tak boleh jadi ni, nak tau camne dia jadi?

Meh tengok gambar tu.

credit: http://humanphysiology2011.wikispaces.com/

Day 0 – Masa ni hari ovulasi (dalam tempoh 12-24 jam), sperm baru jumpa ovum. Pastu nucleus yang ada DNA papa masuk dalam ovum.

Day 1 – Masa ni kromosom (DNA) papa & mommy dicampur aduk.

Day 2 – Start sifir pembahagian sel. Sel membahagi dua.

Day 3 & 4 – Then bahagi empat.

Day 5 – Then bahagi lapan.

Day 6 - 7 – Sel membahagi byk! Dan masa ni la zona (karung luar zigot) mula kecut & pecah.

Day 8 – Zona dah pecah, sel yang terdedah senang nak menempel kat dinding uterus.

So, time Day 0 bila ovum dah fertilized, otak beri signal suh tingkatkan hCG badan sikit demi sikit. Pasal tulah kat hari ke 6-8 maybe kita cek UPT jadi positif tapi hari ke 8-9 mungkin paras hCG dah kurang sebab baby tak melekat. Kemungkinan keguguran ni berlaku sebab sel tak berjaya membahagi dengan banyak, maka TAK jadilah blastocyst sempurna. Atau, lapisan zona tak pecah, sel tak terdedah & tak boleh menempek kat dinding uterus.

Nape boleh jadi camni ek?

Chromosomal abnormalities in the developing baby – yang ni berlaku awal lagi kat step Day 1.

credit: http://www.fertilitycenter.com/
Lapisan zona keliling fertilized ovum.
                    Zona (the shell around the egg doesn't soften and tear (called hatching) the cells inside can't attach to the lining. - lapisan zona tak pecah, sel tak terdedah & tak boleh menempek kat dinding uterus.

                       Semakin women age or their eggs are exposed to toxins, the zona hardens – oh nooo! Aku da makin tua, kemungkinan zona boleh mengeras.

                    Egg just doesn't find a resting stop – kena wat bus stop ni… hahaha

                    Gravity is tumbling the attached egg down along with the mild contractions that the uterus consistently has – Yang ni kita susah nak prevent.

                    Growths and scar tissue can prevent a resting area for attachment – Hurm kalau kita ada cyst or fibroid, susah dia nak lekat la ye.

                    Immune issues can cause at early attached egg to die off – tu pasal kalau ada keputihan atau jangkitan, cepat2 treat.

                    Low progesterone or low estrogen in the begining of a cycle can lead to a poor lining, preventing the egg to attach – Yup! That’s me! I have low progesterone level.

                    Other hormones like thyroid or glucose can prevent implanting. Lack of certain vitamins like the B6 and B12 can cause problems – Nope, I takde ni.

                    Infection or illness causing high temps can prevent implanting by damaging the embryo – ni berlaku time first chemical pregnancy. I demam teruk lepas kena urut.

                    You might ovulate and the egg might fertilize but if your body is stressed, it won't support a pregnancy – sumpah tak mo stress dah. Tu yang pegi ngurut…hahaha.

Kena pantang ke pas gugur awal kehamilan ni?

Tapi korang tak payah risau, lepas jadi chemical pregnancy korang tak payah pantang2. Takde pun gap untuk teruskan usaha TTC. Sebab pregnancy yang macam ni tak considered pregnancy. Kalau tengok bawah abdominal ultrasound / TVS, takde pun nampak karung atau ‘peanut’.


Bile aku tahu je pasal chemical pregnancy ni, aku takde la sedih sangat. Aku rase happy lagi ade lah. At least aku tau aku memang boleh ovulate dan fertilized the egg. Yang paling mengharukan dan sebak bila hasben cakap

“B, maknanya askar-askar orang takdelah lemah. Boleh je dia jumpe telur baby.”

Kesian hasben, dia risau sangat ada masalah pada askar dia. Padahal wife die yg ada pcos

2 ulasan:

Nurulhuda|Adlie berkata...

hiiiii :) i dulu pun kena chemical pregnancy, i tau right away its a cp tp still it was soo confusing kan? having it + n a menses shortly. right now im blessed with a baby boy. lama jgk 1yr+ br conceived. naturally as i pun xrush. along my pregnancy byk complication eg: incompetence cervix etc. its certainly not easy.

i pray for ur journey. insya Allah. it will come when u least expect it!

Joanna OT berkata...

Hi nurulhuda,

Yeah! never thought that it was a cp. All this while, i thought i don't ovulate anymore after married and my husband thinks his battalion not active enough. Rupanya, my ovum & his sperm do exist and they fertilized tapi tak jadi. Itulah, when we tried hard, mungkin tak jadi. TQ dear for your pray :)

Mood: I need a getaway vacation! huhuhu..