19 Oktober 2012

Clomiphene (clomid) Berkesan Tak pada Aku?

Clomid Mechanism - Aku design ikot yang aku paham apa aku baca.

Clomiphene (clomid) Berkesan Tak pada Aku?



Jawapannya berkesan.

Tapi jangan salah anggap, clomid ni berkesan buat aku ovulate tapi aku masih lagi belum berjaya pregnant. Sebelum aku cerita pengalaman aku amek clomid dan kesannya pada keadaan PCOS aku ni, agak-agak korang tau tak macam mana mekanisme clomid ni buat kita ovulate dan meningkatkan peluang untuk pregnant? Aku caya selama ni mesti kite semua dok dengar pasal clomid ni ubat kesuburan.. dia bantu kita subur.. dia bantu kite ovulate.. tapi macam mana tak penah la pulak Dr terangkan. Kalau ada antara Dr korang terangkan dari segi tindakan molecular dia, perghhh Dr tu memang terbaik.

Aku ni sebenarnya seorang researcher. Keje hakiki aku wat research dan bidang aku biokimia. So aku dok pikir

“Awat la hang ni buduh naa Joanna, hang kan wat research drug mechanism.. Awat la buduh tak mau baca”

Ok sesi maki diri sendiri tamat. Hahaha...
Hari ni aku baca mende2 menatang clomid ni, haaa baru la aku paham… meh sini aku share kat hangpa.
Sambil aku terang ni, rujuk kt gamba atas.

1) Dalam org PCOS / anovulation cycle, hormone FSH & LH kita tak tinggi. Pasal tula folikel kita tak berupaya nak matang & pecah untuk keluarkan telur. Jadi, dalam treatment clomid, struktur molekul clomid ni hampir sama dengan molekul hormone estrogen.

2) So clomid ni tipu otak kita, dia menyamar jadi estrogen dan melekat pada reseptor estrogen.

3) Bila bende ni berlaku, otak dok pikir level estrogen kita rendah (otak tertipu jahh..). Bile estrogen kununnya rendah, otak pun dok hint kat tubuh supaya hasilkan hormone FSH & LH dengan banyak. Hormon FSH & LH ni pulak memang diperlukan time ovulate untuk matangkan folikel kite yang kecik2 dalam ovary PCOS aku ni ha. Bile dah matang, boleh le folikel tu pecah untuk release telur kite. Maka otometik le boleh meningkatkan peluang kehamilan (kalau tiub tak block).


Errr paham tak? Ke aku terang, korang lg pening...Hahaha…sorry

Okok sambung plak pengalaman aku guna clomid selama 3 cycles. Aku combine je info pasal ketiga-tiga cycle tu dalam satu entry. Tak larat da nak kejar entry sebab, skrg ni aku dah start treatment baru kt hukm (treatment hukm langsung tak hapdet lg dalam entry).

Ok.

Cycle 1

Start                      : May 2012.
Dosage                : 100mg (D2-D6)
Side effect so far aku tak penah rase. Tapi maybe selera aku bertambah tanpa aku sedari..hahaha. Sedar2 je dah gained weight. Bile lari, tiba2 rasa pewot pun tergoncang2 ke depan... hahaha..Pada D17, aku wat TVS untuk tengok folikel matang tak. Haaaa…teruje sgt aku bile tgk ade folikel ni saiz diameter almost 28mm. Mak aihh… gedabaknye. Happy tak yah cakap la. Tapi ada satu je folikel. Dr kata takpe, janji u bersama malam neh. Dr kata insyaAllah sebab endometrium lining aku pun tak nipis (ada 3 layers). Dr ckp, selalunya keburukan clomid dia buat endometrium lining tu nipis pada pcos tegar.

Cycle 1 - 28mm
Aku tengok gamba folikel ni pun dah hepi mcm org len hepi tgk scan baby

Pregnant? TAK! Period datang dengan tepat dan berintegritinya pada D32. Cycle pertama tak lekat, aku ingat sebab folikel matang tapi tak pecah, maybe sebab Dr tak bg pun aku pregnyl utk pecahkan folikel tu.

So proceed second cycle.

Cycle 2

Start                      : June 2012.
Dosage                 : 150mg (D2-D6)

Ha kali ni Dr increase aku nye dose. 3 bijik sehari (150mg). Kali ni, aku rase loya-loya mual. Pada D14 aku gatal pegi jumpe Dr utk wat TVS walhal Dr suh dtg pada D17. Jumpa gak folikel gemok. Tapi sebijik je. Saiz 20mm sebelah ovary kanan. Pastu ada lg Dr tgk 3 ketul folikel tengah nak besar sebab saiz dorang dalam lingkungan 11-15mm. Time ni aku dok berangan kembar la kan..huhuhu… (tak salah berangan kn :P). Cycle ke2 ni aku da siap2 call Dr nak tau stok pregnyl ada tak. Aku minta die enjet pregnyl sebab takmo amek risiko folikel cantik tapi tak pecah..rugi wooo… lepas 36 jam maka gigih le baby dancing.

Cycle 2 - 20mm (ovari kanan)
Haa kat sebelah kiri gambar tu, perasan tak ada beberapa lagi folikel tengah nak matang tapi tak reached >15mm lagi
Cycle 2 - Ovary kiri - nampak tak folikel2 kecik tu? Haa PCOS letew.
Sebelah kiri gambar plak, uterus lining. Kata Dr, tebal. Aku pun tak paham tgk ni.

Pregnant? TAK PASTI – Rasanya aku alami chemical pregnancy sebab aku nye UPT faint lines. Tapi aku decide tunggu hari lain untuk test balik. Alih2 AF datang pada D30. Wah??? Tepat plak kan pulak ko kan dtg time ni AF? cycle aku 30 hari je... (errr patot aku bersyukur bila cycle dah tak tingtong kan... tobat..tobat)

So proceed third cycle.

Cycle 3

Start                      : July 2012.
Dosage                 : 150mg (D2-D6)

Cycle ni aku dah macam berserah je. Aku siap cakap dengan Dr lagi, perlu ke saya amek clomid ni utk third cycle? Saya macam malas da. Dr terkejut dan ckp eh amek la…rugi tak teruskan. So aku amek dengan pasrah. Bile dah amek tak semenggah je perasaan. Alih2 cycle akhir ni langsung takdak folikel matang! Haa.. baru tau, tula sapa suh dok give up? Aku dok wat TVS sampai 2 kali D16 & D18. Sebaik la keje gomen, so sume bill ditanggung. Sedih sangat time tu. Tapi apakan daya. Ni la cycle terakhir aku dah. Dr soh stop and try naturally.

Pregnant? CONFIRMED TAK!

Time ni aku agak fed-up dengan treatment medical dah. Biasalah, time tu aku baru je start TTC. So frustration memang takley elak la. Aku pun tak handle frust aku dgn baik. Nasib baik sekarang aku lebih tenang dan rileks.

Lepas tu aku beralih plak kat traditional method --> mengurut hahaha… suke & takut dengar. Ada sinar harapan lepas aku g mengurut tu tapi resultnya aku hapdet kat next entry… hehe.. kalau korang ada story pasal clomid, meh le share.

8 ulasan:

JayFarhana berkata...

the thing is, dia mmg menyamar kat otak kita utk jadi reseptor estrogen kita. Bila sampai time, die takmo menyamar n otak kite like kata "wot is this? i dun know u" tu yg menci tuhhhh...hehehe...try letrozole eh kalau 3 kali fail. letrozole works for me! but but but i gugur lah cuma it works utk besarkan telur & i ovulated guna hCG shot. use BBT for better understanding of ur body.

Joanna OT berkata...

aah i rase yg cycle i ke3 tu, die dak tamo mnyamar. xpela. ni tgh tgu next cycle. Dr da bg letrozole. jay, u ovulate guna hCG tu camne? maknenye tiba masa folikel da besar, u enjet hCG ek? i dlu guna BBT tp selalu terbabas, sebab buka mata je trus bangun hahaha... da bergerak2 bgn, malas da amek BBT tkot lari lak bacaan suhu bile kte dah wt movements.xpe nnti i gigihkan usaha BBT :P

JayFarhana berkata...

hehe takpe lepasni letak BBT tu bawah bantal, biasakan celik mata terus ambik temp..mula2 memang susah skit nnt lama2 dah biasa..i dah conceive ni pun terbiasa nak buat mcm tu hehehe..
ok hCG tu i think pregnyl kot? pregnyl tu brand dia i think. ak ah bila doc suruh dtg on day 12 kan, bila kat TVS tgk ur follicle tu besar dalam 18mm ke atas, doc terus inject, so dia mintak u 'timed intercourse' in 36hours. after inject hCG tu biasanya u will ovulate within 36-48 hours. the best is after u kene inject tu, have sex je lah sampai 2-3hari utk save some sperm :)
tapi kadang2 doc takkan inject sebab nak tgk whether u will ovulate urself..biasanya u WILL, cuma not on day 14 la kot, bila on fertility treatment ni doc nak kita betul2 ikut buku. sbb tu u kena dtg on day 12, then kalau follicle dah cukup besar, dia force u ovulate at day 14.

Joanna OT berkata...

oh okok sama cam pregnyl. tula i rase bila enjet pregnyl tu macam ada pressure la kat husben & wife..
"haaa u'olls dalam masa 36 jam mesti bersama."

Dr tu siap cakap jangan terlewat dari 36jam sebab nanti telur keluar, sperm x redi. Yang sadisnya, first time Dr enjet tu, pukul 12 tghri. Dia sebelum tu tak explained pun kat ktorang pasal 'timed intercourse' tu. So gigih la tahan mata nak bersama pukul 12 malam. Dah la week day, esoknya i ada meeting pagi2... huhu...

Jay, Dr boleh monitor ke telur kite dah release ke belum? Yela mana tau my follicles tak boleh pecah tanpa hCG inducement.

chiq jah berkata...

bagusnya lukis segala bagai..hehe cantik pulak tu ;)

Joanna OT berkata...

:P
nmpak sgt xde keje (or mngelat wt keje ofis)hahaha

Tanpa Nama berkata...

Hai joana, i reena, baru lepas operate buang cyst bln lepas. One week pastuh jumpe dr balik and dr terus bagi clomid ambil 3biji selame 7hari. Alasan dr nk bg period teratur and bg peluang kat i try secara natural. So i mkn 22/3. Now dah 38hari dari hari i mkn clomid tu. Tapi still xperiod. Adakah i hamil? Heheheh i pon xtau, sbb i sgt phobia nk cek. Coz i dah 4th kawin and dah byk kali frust ble tgk alat uji hamil always -ve.. Dan i pelik juge, mase i mkn clomid tuh, dr bg i without wait for my next period. Dia suruh i mkn walaupun xperiod.now i pon kompius, tak tau nk ckp ape. Adakah otak i xtertipu dgn clomid? Penin2

Joanna OT berkata...

Hi reena, oh i x penah dgr case cmni doc suruh consume before period. Mybe ni sesuatu yg i tatau. Kalau da ada kekuatan, u try cek UPt. Mana tau turned out big fat positive kan! Tapi kalo -ve, takpe.. kite usaha lg. yg penting we sentiasa think +ve, insyaAllah ada gudnews nnti.