29 November 2012

HSG scan: Mak sumpah sakit!



Note: Entry ni sebenarnya back dated. Banyak dah aku missed nak story huhu. Walaupun back dated tapi rase rugi lak tak tulis perjalanan TTC aku. So sorry la kalau ada yang confused :P

27 September 2012

Yeh pagi ni excited & takut nak wat HSG scan. HSG ni Dr suruh aku buat untuk tengok samada ada blockage or shape tak normal pada my uterus and tube fallopian. Nama panjang HSG adalah Hysterosalpingography. Rasanya kalau google banyak penerangan pasal HSG ni. Sila lah berbuat demikian ahahahaaa..

Okok back to my story. Appointment aku pukul 9.00 am. Sebelum pegi, hasben asyik confirmed kan dengan aku betul ke nak naik motor je pegi HUKM. Tak takut sakit ke? Aku bertegas nak naik motor. Bukan yakin kuat, tapi malas nak meredah jem kat MRR2 & cari parking kat HUKM. Sengsara boleh? So sampai je, terus heading to Radiology Department. Memang dekat level ground floor tu je. Aku terus pegi ke kaunter serahkan borang yang Dr dari MAC bagi masa first appointment sekali dengan GL. Duduk. Tunggu.

Tak sampai 5 minit. Nama kena panggil kat kaunter bayaran.

“Ok Puan punya tak payah bayaran sebab GL cover. Puan boleh pegang balik GL ni. Then pegi bilik ni 6 (kalau tak silap aku la. Lupe. Hampeh) tunggu nama dipanggil.”

- Yey! kalau kat xde GL, aku kena bayar RM180-RM260. Ni harga2 aku survey kat hosp. swasta. Cheapest dekat Tawakal - RM180. Selamat duit hasben. :P

“TQ puan.”

Aku pun tunggu la depan bilik tu. Uih ramainya umat tunggu nak scan? Dah la tu penuh dengan Ah So2 dan Apek2 je. Nape ek dorang ni ramai2 nak scan? Sakit apa? Dalam 10 minit tunggu, nama pun kena panggil masuk. Eh? Aku dapat potong line apek2 ni? Hahaha. Heaven. Jahat kan?(=.=)

Masuk2 je, nurse suruh duduk. Datang Dr perempuan terangkan kat aku segala prosedur nak dijalankan. Apa yang diterangkan dia, sama la dengan yang kita baca kat google.

“Ok. Dah faham semua. Ada pape soalan?” Dr tanye.

“Takde Dr.”

“Bagus, boleh tukar baju. Buka semua kecuali tudung.”

Keluar dari bilik persalinan, aku rase macam bogel sangat. Hahaha. Weird dowh. Mana taknya dalam tak pakai ape. Pastu sarung je baju tu dari depan. Kat belakang boleng cuma ikat dengan tali je. Sejuk montot mak! Terkemut sket eh? :P. Tiba-tiba aku dah rase tak best. Mana taknya ada Dr lelaki India! Adoi.

“Ok, ada apa-apa soalan pasal HSG? Normally orang akan tanye sakit ke tak? Its depends. Separuh rasa tak sakit, separuh ada yang terus tak boleh berjalan first 30mins, ada juga yang sakit after one hour”

Aku sengih je. Dalam hati baca macam-macam. Pastu Dr pompuan tu aku tengok macam houseman. Yang Dr lelaki tu macam senior M.O. Aku pun baring la atas examiner bench. Sejuk kena montot mak. Ahahaha.

Kat atas tu Dr terus kangkangkan kaki aku dan nurse suluh dengan lampu besar!

“Rileks, saya akan cuci dahulu kawasan vagina” Makkk oiiii sejuk kot alcohol swap tu! Kemut lagi sekali =.=. Dah la time ni Dr laki tu tengok. Pastu bila aku cam segan, dia terus bergerak ke sisi aku. Bagus. Jangan la tengok anu kite (=.=).

“Saya akan mula masukkan dye ke dalam vagina”

Mata aku terkebil2 je tunggu dye masuk. Posisi aku sekarang mengangkang sambil tangan letak bawah kepada. Dr laki tu yang suh aku rilek wat camtu. Aduh! Sakit macam nak period ni. Tula yang aku rasa bila memula dye masuk. Aku pejam je mata. Aku ni tak biasa kena sengugut, so rase sakit gak la.

Habis masuk batch pertama dye, Dr suh aku mengesot ke belakang tanpa angkat punggung. Hanya guna lengan dan tapak kaki. Erk? Boleh imagine camne? Hahaha. Aku pun siap risau tak leh buat sebab Dr dah cakap jangan angkat punggung sebab takmo kasi dye meleleh.

Berjaya gak aku alih badan ke belakang.

Dr laki t u terus rapatkan scanner x-ray tu pada bahagian ari-ari. Lagi sekali Dr perempuan masukkan dye sambil Dr laki tengok pada monitor. Monitor aku tak dapat tengok. Kali ni bertambah sakit boleh? Senak! Nak terberak pon ada. Adoi. Lepas 5 min,

“Haa sudah siap. Saya akan tarik alat ni dari vagina awak. Ready. Tarik nafas perlahan-lahan.”

Fuh! Lega.

“So macam mana Dr?”

“So far i tengok no blockage dan shape normal. But you have to wait until the x-ray film dihantar kepada klinik MAC”

“Alhamdulillah”. Syukur sangat tiada sumbat. Maknanya memang tiada rezeki lagi walaupun folikel matang, telur dah induced untuk pecah. Aku ingatkan sumbat.

Dr pun bagi je M.C. Aku mintak 2 hari ngeh2. Alasan nanti aku kena jaga konvo hari sabtu. So nak rehat. Hahaha. Keluar je, hasben terkejut.

“Aik! Cepatnya?” Ngeee… aku sengih je.

“Sakit sikit macam nak period kot”

Kitorang pun berjalan keluar jabatan radiologi. Sekali terserempak dengan sepupu hasben daaaa! Hahaha. Rupenya hasben lupa ada sedara kat jabatan radiologi.

Bila nak gerak balik, aku siap sound hasben

“B, jom midvalley? Boring la”

“Uih! Gile. Rehatlah dulu. Tak sakit ke?”

“Tak” Konfiden sgt kan!

“Ok, kalau takmo, kita gi kejap wangsa walk. Nak beli kek. Teringin.”

“Ok. Tapi sekejap je”

Atas motor aku takde lah sakit sangat. Cuma sengal-sengal je. Kat Wangsa Walk siap jenjalan 2-3 buah kedai sebab segan nak pegi secret recipe awal2 pagi. Hahaha. Tiba-tiba

“B, jom balik. Perut dah sakit.”

“Eh muka b pucat!” Hasben panik.

Kitorang turun, trus pegi kedai  secret recipe beli kek. Kat situ aku dah terpeleot duduk boleh? Sakit die tak boleh bayang! Hasben lari amek motor. Aku jalan dah macam orang baru bersalin.  Naik je motor, aku dah nangis. Serius tak penah rase camni.

Sampai umah je, baring kat katil. Aku meraung-raung sakit. Err.. mungkin korang rase aku ngada2 tapi sebenarnya aku cakap serius tak penah aku sakit camni. Aku duduk sakit, aku mengiring sakit, aku baring telentang sakit. Sakit sampai dada rasa nak mual dan muntah. Sampai aku cakap kat hasben

“Sakiiiiiiiiiiiittttttttttttttttt… sakiiiiiiiiiiiiiiiiittttttttttttttt… tak tau nak wat camne dah ni”

Hasben memang panik la. Nak pegang aku pun takut. Kang tak pasal2 tangan aku naik. Hahaha. Dia pun call sedara dia yang keja kat radiology tu. Pastu sedara dia pas telefon kat Dr mana tah.

“Oh sesetengah orang mungkin akan alami sakit macam sengugut yang teruk selepas sejam prosedur berlalu. Macam ni, kalau lepas sejam sakit isteri tak berkurangan, bawa dia ke unit kecemasan”

Lepas sejam memang sakit aku reda. Sumpah weh sakit ni panadol pun tak jalan. Kawan aku cakap,

“Sakit sengugut yang teruk memang camtu. Kalau ko nak tahu, kalau sakit camtu, time bersalin ko baru buka 3 cm. Ko bayangkan kalau dah 10 cm camne contraction tu? ”

Hoh????

Terperanjat gile! Patot la orang kate sakit bersalin ni tak boleh lawan mana-mana sakit. Adoi. Mak sumpah sakit. Sorry la Mak selama ni kecik-kecik suka melawan mak. Terima kasih lahirkan adik. Insaf. Insaf sangat. Mampu ke aku nak tahan sakit untuk lahirkan anak? Allah kuatkan lah aku. (T – T)

"Haa... tu nak pegi lagi mid valley tu?" Perli hasben. (=.=)
So, camtula kisah HSG aku. Ada orang tak sakit. Ada orang siap2 makan pain killer sejam sebelum procedure (aku tak tahu boleh wat camni). Tapi takpelah, at least aku tau sakit sengugut camne. Aku tau sakit pre-contraction awal-awal nak bersalin camne.  

Ni aku paste kan gambar2 HSG dari google dan video youtube. Aku punyer x-ray masih tak dapat lagi. Dr klinik pegang until next appointment.


Normal tube and uterus
http://www.dallasivf.com/diagnostic-testing-dallas-tx/anatomical-evaluation.html


Blocked tube - left
http://ivfny.org/diagnostic-procedures/hysterosalpingogram-hsg/
Both tubes are blocked (no splits of dye)
http://www.ivf-infertility.com/infertility/investigations/female/hsg.php
Uterus shape abnormal - akibatnya selalu terjadi keguguran
http://www.ajronline.org/content/191/5/1381/F17.expansion.html
Uterus terbelah dua - septate
http://www.cfrm.net/ServiceDetail.aspx?id=11
Septate uterus gak
http://medtube.net/gynecology/medical-pictures/10928-hsg-septste-uterus

Alhamdulillah aku punya normal dan aku doakan kawan-kawan semua pun normal. In Sya Allah.

#panjang entry neh.

23 ulasan:

aNis LeMoN aBu berkata...

hi joanna.

Rasa insaf pulak lepas tgk septate uterus tu. Huhuh. Semoga mine is normal. Amiinn.

Joanna OT berkata...

Amin. Itulah. Macam2 kejadian Allah.

JayFarhana berkata...

wuu takot nak imagine sakit bersalin.
oo u sakit gak mase hsg ek..me pun sakit la tapi mcm 2kali ganda senggugut je la then hilang selera makan for 3days, pastu dah ok alhamdulillah, mine was fine too! tapi doc ckp tube halus gila.

Joanna OT berkata...

Haa takut kn? patot la Allah dah tetapkan sebelah kaki ibu bersalin dah jejak syurga sebab sakit bersalin ni lebih sakit dari segala-galanya.

Selera i macam biasa! Bangun dari sakit, trus mintak nasi kandar! hahaha.

i sampai sekarang x dpt tgk x-ray tu. Result tu datang dlm bentuk document je. =.=''
Rugilah. ingat nak simpan result x-ray tu.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih sbb share pengalaman..
I pon nak kena buat HSG test ni.. Rasanya kurang sikit rasa takut..
Thank u!

Siti Maisarah berkata...

Thanks pd yg share cite HSG ni....
Dijdkn panduan b4 buat aritu.
Mmg sakit siap mkn panadol sebelum inject dye
Tgh2 buat dh jd spasm...
Siap liking sampai kene 3kali set things...
Dan2 tu jgk kene inject ubat thn sakit kt bahu..
Left side blocked... huhuhu
Hopefully msh ade rezeki utk ada cahayamata...

nurmaia berkata...

Sy wat kt kpj caj 200..
Malu je mse nk msukkn dye tu bole plak ckp kt doc sy rse mcm nk buang air besar hihihi..
Pngalaman 2 thn lpas..smpai skrg masih berTTC..tahun 2014 ni da nk masuk 6 tahun..
Tolong doakan sy berpeluang menimang zuriat sendiri ya :')

Joanna OT berkata...

Anon,
Takpe kite buat je.. kalo tak buat tak tahu kan result.

Siti Maisarah,
Siap leaking? yeke.. camne ley jadi camtu. Takpela wak, insyaAllah ada rezeki.

Nurmaia,
Result hsg mcm mana? Harap semuanya ok. InsyaAllah, ada rezeki kita semua.

firra berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
firra berkata...

Hi,slm.hurm takot nye.huhuhu smlm da p kpj.igt nk wat checkup jek.xnak jumpa doc.rupenye xleh.pastuh time jumpa doc tuh dia trus suggest wat yg msuk kamera tuh.bkn hsg.hsg tuh mcm xraykan.ni yg kn masuk kamera. Kn operate gak la.rm 8000 ++ mr suami trus diam.doc xcite pon pasai hsg.huhuhu pastuh tanya dia nk wat hsg lu.dia mcm xgalak kan jek...waaa....mcmna ni.mcm nk nangis pon da gak ni.sy dh nk masuk thn ke 5 dh ni....

Joanna OT berkata...

firra,

W'salam. Kenapa die terus diagnosed nak masukkan camera bagai? awak ada history treatment kat situ ke yg menyebabkan die terus decide awak kne tebuk bagai masuk camera? huuu sori byk soalan sbb tak paham knapa doc tu suddenly decide trus mcm tu. Awak ade pcos ke? Jgn sedih2 dear, kalau rase tak yakin, u're fee to find another gynae. Its your body and money. :)

firra berkata...

Tula.xder lak history paper.dia kt sbb dh 5 tahun.tuh suggest mcm tuh.huhu...pastuh last doc tuh kt t lpas priod hr ke 2 mai jumpa dia lg.adoiiii.hurm penat la nk pk

Joanna OT berkata...

oh..gitu. takpe, awk pikir dulu nanti decide. maybe die nak tgk ovaries awk le kot ke die nak buat ovaria drilling? huuuu.. konfius. tapi awk jgn patah semangat! buat apa yg awk yakin ok & bagus!

dyna efy berkata...

Alhamdulillah...Br lps wat hsg td...kne rm 320...kt kpj puteri jb...normal jgk...tp xskitla sbb dh mkn ubt thn skit arcoxia 120mg n antibiotic azithromycin sejam sblom procedure with payment rm 60....arinie jekk a biz almost 1000...semua sbb usaha nk dptkan anak...doakan sy jugak ye...

Joanna OT berkata...

Dyna efy,
Oh its good mkn pain killer bfore buat hsg. atleast tak sakit kan. sy dlu xde mkn pape pon. Mmg ttc ni kite bkorban kluar byk duit. Takpe rezeki smua pun dr Allah kan.. insyaAllah akn ade rahmat rezeki yg menanti kite smua. nnti u monitor your hari subur. klo dah nk sampai, u BD la kerap huhuhu.. Some people lepas hsg, tube sume tgh luas tbuka.. so hopefully senang sperms nak swim jumpe egg! Baby dust to you!!!

siti nurhana berkata...

Adddooooiiiiii....mcm mn nk buat ni....takutttttnya....

Joanna OT berkata...

hehehe.. takpe, lain org lain.. byk member2 ttcian yg lain ckp dorg wat x sakit. klo x buat, x tau kan condition rahim.. rugi wooo

Eja Iza berkata...

Salam smua. Saja nak share. Smlm slesai HSG kat KPJ Dmsara (Tawakkal xdpt apoment, nk cepat xsabar) cost RM250 GL Xcover.
Ok sambung,kluar KPJ je confident strong sengih2 kt Dr n nurse kata xsakit pun klu bca blog ada smpai mraung xbolh bgun.
OTW balik menyinggah Mydin cri brg drive lak jem hujan jumaat lg.
Smpai umah husband tny mcmna siap kata I'm strong xmcm og lain.
Then msak brsihkn dapur. Tgh2 mghdang dh trasa... bdn dh xbolh lurus trus mndi salin n baring xsmpat mkan. 20min lpas baring tu "Raksasa gorgon" pun mnyerang.
Lurus salah belipat pun salah serba xkena mcucuk2. Mncurah2 ayer mataku. Husband dok tepi kjap letak bntal kjap tarik bntal... Ya Ampun ini ka namanya ksakitan HSG. Ada og trsa awal. . I pula slepas. Ptutla Dr sound awal2 klu mlm ni rasa sakit mkn je pnadol. Xsangka la pula.
Moral of the story.. lps HSG bykkn rehat wlpun Xrasa sakit lg time tu okey kngkawan. AMARAN KERAS!

Joanna OT berkata...

Eja,
Heee.. kita senasib. Ade yg bnasib baik tak sakit.

Tanpa Nama berkata...

So normal ke x?

Joanna OT berkata...

Tanpa nama,
Alhamdulillah semua tubes dan womb normal. Sy ade jugak tulis kat bahagian bawah sekali post ni.

Noralina Mahmood berkata...

Aduhai. Sakit parut aku baca pegalaman ko. Sbb sama mcm aku gak. Actually baru pagi td (6/10/2015) aku buat HSG. Masa HSG tak sakit. Siap hubby ckp i keluar bilik prosedur mcm nak berlari sbb gembira xblockage. Lepas sejam kat kedai makan. Berjujuran air mata laju membasahi pipi sbb sakit gile. Jalan membongkol mcm org lepas bersalin. Dan sampai skrg ni mengelepar atas tilam sbb sakit perut. Dah telan panadol tp masih rasa sakit bila nak gerak. Taubattt okehh. Anyway awak da selamat dpt baby yg comel. Saya masih lagi berusaha. Saya pon nk update pengalaman HSG kt blog saya nanti. Bye

NURHIDAYAH BINTI ARDANI Canselori berkata...

Petg td sis pon bru buat HSG kt Columbia Asia.. sakit juga.. tapi skejap je.. lepas tu ok dah.. keluar bilik siap senyum kt husband lagi.. tapi lepas 2-3 jam lepas tu..ada rasa sengal2 sikit kt kawasan tu.. but everything ia fine..