18 Jun 2015

Penjualan OPK/UPT dihentikan buat sementara waktu

Hi all,

Penjualan OPK/UPT dihentikan buat sementara waktu sehingga ??? Huhu ntah.. sehingga aku dah adapt dengan life with two small kids. InsyaAllah. Sure kelam kabut hidup punya. Trust me, bila adik sofea lahir, sofea will be 2yo.. but i'm .. err silap.. "we" (including my hubby) are still struggling to be a great parents. Being a parents is a tough lifetime job! I hope all ttcian will prepare themselves mentally n physically. Ttc life tu hanya sekelumit cabaran sahaja.. trust me on this.

Ok, updates on dua buyer yg previously bank-in duit without my knowing. Aku dah berjaya refund balik their money. Lega aku weh. Aku taknak orang maki-maki kat belakang kate aku amek duit org kan. Padahal aku dah berkurun tak respon emails utk bg invoice or discussed pasal availability opk/upt stocks ada ke tak dengan buyer. Duit masuk akaun pun aku mane la sedar sbb amount pun sikit, sedangkan monthly salary kerja hakiki aku pun aku jarang cek dah masuk ke belum. Yang aku tau buat online payments to pay bills. That's it. Debit or credit transactions jarang cek unless masa betul2 aku tengah run bisness dulu.

So, kat sini aku announce sekali lagi..

SAYA DAH TAK JUAL OPK/UPT UNTUK BUAT SEMENTARA WAKTU.

terima kasih.

 

16 Jun 2015

Allahu Akhbar! Maafkan saya buyer2 opk/upt!

Salam semua buyer opk/upt,

Saya betul-betul minta maaf sangat kepada potential buyer yang dah bank-in duit sebelum sy reply invoice untuk beli opk/upt.

Saya sebenarnya dah lama tak bukak email dan blog sebab sarat mengandung. Pregnancy kali ni agak sukar sbb mana hilang tah energy sy. Serba serbi malas dan sakit pinggang serta pinggul. So saya dah lama decide stop kejap amek order opk/upt. Tapi salah saya juga tak mention dlm blog siang2.. again, sbb perubahan hormone dan sakit2 badan yang buat sy tak larat nk ke pos office.

Ada dua buyer yang telah bank-in kan duit last month. Saya memang betul-betul tak sedar. Nasib baik salah sorang buyer telah email my fren then she forwarded that email to me. Huuuu kalau buyer tu tak buat camtu, agaknye orang dah cop saya online seller penipu! Nauzubillah. Saya dah transfer balik duit buyer pertama since sy dah dapat no.account beliau thru resit online dan tgh waiting dia confirmkan penerimaan duit tu balik. Tinggal buyer kedua sahaja yang belum respon lagi email sy utk dptkan no.acc beliau since dia transfer duit thru atm deposit.. jadi sy tak dapat trace her no.acc.

Kepada semua buyer, saya mohon maaf banyak2! Tak pernah terfikir perkara ni akan terjadi. Diharap korang maafkan saya. Dua date pun dah dekat, takmo bersalin dgn org menyumpah kat belakang kita.

Kepada buyer kedua, Ha**zah Ma**ir, diharap awak dapat reply email/wasap saya utk sy dptkan no.account awak. Maaf byk2.

Dengan ini, saya umumkan sy stop sekejap penjual opk/upt sehingga akan diberitahu kelak. 
T-T