5 Disember 2012

TTC: Efforts A Month Before Conceived

Bile orang dah start nampak baby bump, ramai juga ttcian kt bangunan ofis aku ni tanye ape aku buat? ape aku consumed to get pregnant? Meds ape aku amek?

so hari ni aku nak share ape yang aku buat & apa aku makan
Fertility treatment:
Semua tau aku dah start daftar kat MAC, HUKM utk fertility treatment. Tapi aku tak sempat buat pape selain buat HSG scan. Dr and nurses yg terkejut aku conceived naturally cakap mungkin HSG dye tu bantu juga luaskan tube. Yang ni aku tak pasti sgt, sebab aku still fikir kalau tube dah luas tapi I still have PCOS, hormon aku mesti gak kena balance seiring dengan tube yg luas. Tapi aku rase dengan izin Allah, hsg pon did helps.

Medicine:
Folic acid ONLY.
Masa cycle ni, aku xberapa fokes sebab SANGAT looking forward dengan next cycle sebab Dr dah suh aku makan femara (letrozole). Aku fikir kalau clomid boleh matangkan folikel aku, sure femara lg terer kot. Tu je yg aku fikir masa tu.

Daily Supplement (wife):
Susu Kambing Al-Khisbun - aku start minum the day aku pg scan hsg tu. Ntah. Tiba2 bila aku tgk balik website yg jual susu ni, aku pon beli. Aku beli sbb aku memang nak amalkan susu kambing & habatussauda seperti sunnah Rasullulah S.A.W. Kebetulan dalam Al-Khisbun tu, dah all-in. Rase susu ni, aku blh tahan lagi. Aku minum sekali pagi, sekali malam sejam sebelum tido. Bile pregnant, aku stop. Tak abes sebotol alhamdulillah dah ada rezeki.

Hulba - Yang ni aku beli sekali dengan SK Al-Khisbun tu. Supplier tu cakap sbb aku ada pcos, baik beli sekali dengan hulba (kire aku bli set kesuburan la terus). Ni memang sangat herba la. Bile aku mkn ni, satu rumah bau macam Mustika Ratu boleh? huhuhu. Ni pun tak abes aku mkn sbb sebotol kecik tu byk, pastu mkn sekali sehari je lak tu time waktu dhuha.

Madu - aku makan hulba tu dengan sesudu madu. Hari2. Yang ni pon sunnah nabi kan.

Shatavari Himalaya - Aku beli benda ni sebab ramai ttcian yg dah conceived pun ada amek benda ni disamping supplement lain2 la. Since it cheap, RM47.90 for 1 month stock, so why not. Aku pun makan.

EPO - aku memang ske makan ni sebab aku rase remaja sgt bile time da nak subur, mencurah2 kebasahan macam time muda2 dulu. Hahaha. Lgpun aku fikir kalo dia bykkan CM, senang si askar2 hasben nak swim!!! So, aku makan 2 bijik sehari (satu pagi, satu malam).

Daily Supplement (hasben):

Spemen Himalaya - Hasben aku bermasalah? Nope! Dr said he's normal! Tapi hasben insisted nak gak amek supplement. So, die ambil spemen ni dan suggest gak kt kwn  yg xde anak lg. Hasben aku suke gile hasilnya! lagi PEKAT katenye. Gagagaga. Kwn die lg sengal, die kate pancut lagi JAUH! Huawakaaka. Ok, Jgn tanye aku camne die tau bende tu pegi jauh. :p

Cafe Al-Khisbun - Hasben aku insisted lagi sekali nak beli cafe ni. Cafe ni ade habatussauda, so dia nak minum. Hasilnye, dia kate bertenaga kat ofis! Tengahari takyah take a nap kalau mlm tu die pg kelas agama balik umah kol 2-3 pagi. Ok looks good. Even aku dah confirmed preggy pn, die still minum dan nk masuk 2 botol dah.

Testimonial aku bile consumed semua supplements tu, aku ni PCOS. So ada hairy pada tangan & lengan. Pastu, aku perasan ada satu helai mcm bulu yg tebal sikit dari bulu roma tumbuh kat bawah dagu. Ok tapi aku xmo panggil die janggut. kang sama lak mcm laki aku. hahaha. Bulu tu kalo sebelum ni aku cabut, 3-4 hari sure tumbuh balik ciput. Lagi satu aku nak mengaku, aku ada sehelai bulu kat nipple. Macam lelaki kan? Tapi lelaki lebih 3-4 helai. Tu pon aku try cabut. Kalau ikutkan, dia ptot tumbuh 3-4 hari selepas. Tapi bile aku amalkan supplement ni sume, takes almost 3-4 WEEKS for it to grow back! Adakah hormon jantan aku dah kurang? Ntah. Hanya Allah yg tahu. Supplement mana yg buat hormon aku stabil (since byk supplement aku amek)? Ntah, Hanya Allah yg tahu. Semua ni dengan izinnya.

Kalau boleh aku nasihatkan, bile kite beli apa2 supplement jgnlah kite anggap,
eh org tu dah mkn pastu pregnant. Aku pon nak beli gak la. Nnti boleh peknen.
Come one darling. Klo tak diizinkan Allah, ape bende kite sumbat dalam bdn pon, xley gak kite ngandung. Aku bukan ape, aku ade sorang kwn ttcian. Bile die tgk aku pregnant terus jumpe aku kt ofis tnye mcm2 ape aku makan. Pastu esok trus dia beli bende2 yg aku makan. Aku jadi risau sbb sebelum ni die penah buat bende yg sama kt kwn aku yg lg sorang (ex-ttcian) yg dah berjaya pregnant. Kwn ktorg tu ambil shakelee. Trus la si ttcian ni beli shakelee tu. Try sebulan, still tak pregnant. Terus die mcm bengang dan tak continue makan. Pastu keciwa. Aku xnak perkara yg sama berulang lg kat dia. Kesian die. Lagipun kan elok, klo kite betulkan niat dulu. Niat yg semua ni usaha sampingan je. Yg menjadikannya hanya Allah.

Batin

Selain supplement, kerohanian jgn lupe juga. Apa2 pun semua datang dari dia. Antara yg aku amalkan:

Baca Zikir Ma'thurat setiap pagi lepas solat. Kalau petang, aku tengok kelapangan masa. Jgn jadi aku buat pagi je, buat la pagi & petang, elok utk rezeki.

Niat - Tiap kali minum susu. Aku pejam mata niat supaya Allah berkati usaha aku n suami. Allah matangkan semua folikel2 aku. Allah izinkan folikel aku pecah untk release telor. Allah izinkan telor aku bergerak ke tempat sepatutnya tanpa kepayahan. Allah izinkan sperma terbaik memasukki telur aku. Allah izinkan fertilized telor pegi ke dinding uterus. Allah izinkan lapisan zona (luar fertilized telor) pecah dan membenarkan sel2 pada telor tu binds pada dinding uterus sehingga terbentuknya janin. Allah izinkan aku lahirkan zuriat2 yg sihat dan sempurna akal dan batinnya. Konsep aku buat ni klo ikotkan sama mcm geng blogger yg lain (Jay & BnC) cadangkan dlm entry dorang. Errr sila cari entry tu sendri. aku dah x igt mana satu :p

Zikir - Ya-Mussawir (usap ari-ari sambil bayang ape yg aku niat kat atas). Yang ni paling kerap aku buat time drive sensorang gi keje & balik keje. Daripada melayan jem MRR2 tu, baik berzikir.

Doa - Doa Nabi Zakaria a.s

Doa sendiri dan doakan orang lain- Doa utk diri sendiri. Then aku tak lupa doakan juga agar kakak aku, kwn2 aku, ahli keluarga yg tgh ttc pon dikurniakan zuriat.

Solat taubat - ni terpulang pada individu. Aku memang niat nak buat ni bukan sebab aku nak zuriat. tapi aku dah byk buat dosa. Bila aku buat ni tenang hati. InsyaAllah. Ulang byk kali lagi elok. Klo ikot kata ustaz hasben aku, buat tiap2 hari Allah lagi sayang kita.

Paling penting,

MUHASABAH DIRI - ni yg aku sarankan kt korang. Bile korang rase nak hilang punca, hilang harapan. korang balik pada Allah. InsyaAllah. Ada hikmah.

Zahiriah

Sejak aku terima keadaan aku. Redha dengan ujian Allah. Aku dah xde nangis2 dah. Serius. Start pertengahan tahun 2012 ni aku xde nangis dah. Gaduh dengan hasben pon aku rase dah bape bulan xde gadoh da. Bila aku tenang, xde la aku cari sebab je nak gaduh dgn hasben aku. Kalau dulu pasal mulut MIL pun aku gadoh, pasal mulut biras aku pon aku gadoh. Kesian hasben aku. Walhal bukan die yg sakitkan hati aku. MIL & biras aku tu yg takde insurans mulut. Sebaik habsen aku baik. Dia bersabar je sampai aku berubah. Aku rase MIL aku pon dah berubah sejak hasben aku sound die. Biras je yg dah cm iri hati sejak aku pregnant ni. Eh. tiba2 cite pasal MIL & biras. Ah. Abaikan. Dorang pon manusia. Tak lepas wat kesilapan.

Kalau hasben korang yg bermasalah fertility atau keluarga hasben memang ada history masalah kesuburan, TOLONG JANGAN AIBKAN HASBEN atau FAMILY HASBEN. TOLONG JGN CAKAP FAMILY AKU SEMUA SUBUR. FAMILY LAKI AKU YG TAK SUBUR. Ingat, ni semua dari Allah. Bukan mereka minta. Percayalah, benda ni berlaku dalam family hasben aku. Aku kesian bila 'orang tu' buka aib family mertua. Bagi aku org tu bodoh. Memang bodoh.

Semuanya kan dari Allah. Kite ni macam semut merah je. Eh. :p

update:
Jay - kwn i dah bgkan link entry dia pasal positive thinking tu. rasenya ada termasuk entry blogger BnC sekali. Baca la, rmai gak dah prektis ni.

http://findingtwolines.blogspot.com/2012/11/ttcians-must-read-this.html
and this http://findingtwolines.blogspot.com/2012/09/mind-body-power-works.htm

4 Disember 2012

Addicted to HPTs

Aku sebenarnya serba salah nak teruskan blog ttc ni dengan entry2 pasal pregnancy. Tapi aku rase macam tak layak buat blog baru untuk pregnancy's entry sebab blog ni pun still nipis. Banyak lagi sebenarnya pasal ttc aku nk tulis. Mungkin aku terpaksa campur entry ttc and pregnancy. Harap kalau ada yang kurang senang, aku minta maaf sangat2.

Addicted to HPTs? Yup! That's my new habit.
Aku nak cite pasal pengalaman aku sepanjang ttc bile guna hpt.
Ni aku cite pasal aku je.
Orang lain mungkin lain dari aku.
Aku buat entry ni, aku tak judge pun orang lain. Based on experience aku je.

Masa awal-awal aku ttc, aku mengaku kadang-kadang aku cam dalam fasa 'on denial'. Nape aku cakap camtu? sebab bile aku kawen, period start ting tong, period asyik lewat je, aku suke benor nak cek hpt.
Bila period aku dah lewat sebulan, aku cek hpt tapi result came out negative. Aku cam tak caya dengan hpt tu. Siap anggap hpt MURAH, so susah nak detect awal2 ni.
Tak puas ati, aku gi lak klinik to confirmed it. Dr scan, nothing. Hpt klinik pon negative gak. Bila first time dalam hidup aku Dr prescribed ubat norculat utk turun darah, aku cam tak ley terima. Tak pernah aku amek ubat turun darah semata2 nak period.
Aku siap kate kat Dr, camne kalau baby tu ada tapi kita je tak nampak?
Oh sooooo on denial kan.
Walhal kalau pregnant dah tentu la hormon hCG tu tinggi and can be spotted dekat hpt.
Tapi apa nak buat, hati aku hati seorang ttc. Terlalu mengharap.

Bila aku disahkan pregnant, baru aku tahu selama ni (terutamanya di awal-awal ttc) aku TERLALU mengharap ada double lines pada hpt. Padahal hpt dah terang-terangan tunjuk satu line je, menandakan aku tak pregnant sebelum ni. Bila aku pregnant, baru aku tahu klo ditakdirkan kite pregnant, hpt memang akan showed double lines walaupun seawal 5 hari sebelum due period (in my case la). Tapi kalau chemical pregnancy pon boleh showed double lines but faded before u know it.

So DIRI aku lah sebenarnya the main reason yg buat aku stress time ttc. Aku suke memberi harapan palsu pada diri sendiri. Suke sangat ckp "tah2 baby dah ada, tapi tak nampak lg atau hormon hcg tu baru lg nak jadi"
Padahal dah sebolan kot aku missed period. Ptot klo LMP 4 weeks, karung baby dah boleh nampak, dah tentu2 lah boleh nampak kat ultrasound.
=.=''
Takpela. At least aku byk blaja dari masa ke semasa.

Sekarang aku tahu, murah camne pon hpt tu..klo aku pregnant, double lines sure akan showed up.

Kat sini aku letak gmbar2 hpt yang aku guna utk trace pregnancy aku ritu.
Yang paling murah aku pakai strip pink tu - beli online RM24 / 10 pcs.
Yang second murah, cassette hpt - beli farmasi RM5-RM8 / 1 pcs.
Yang mahal, clear blue digital - beli watson RM29.90 / 1 pcs.

DPO10-DPO14 - strip murah
DPO14 - digital hpt dpt detect pregnant 2-3 weeks dari hari conception (bukan dari tarikh first period) walaupun pd strip murah tunjuk line tak berapa strong (rujuk gambar DPO14 strip pink)

DPO15 (period dah due sehari) - line dah start terang
 
DPO17 - tiga hari missed period, line sangat clear. Betul la cakap kawan aku, klo missed period 1-3 hari pun dah blh check hpt.

23/11/2012 - digital hpt ni ley detect paling jauh 3+ wks dari tarikh conception je.
 Agaknya kalau anak2 kpt ttcian tahu bape duit ke habis ke hpt, sure anak2 kite terharu kn?

3 Disember 2012

Result first Beta-hCG

12.11.2012 (Back dated lagi. Hari ni je aku published byk entry sebab nak kejar byk entry yg back-dated. Harap tak semakkan dashboard korang :P)


Aku called HUKM kol 10 pagi untuk tahu result B-hCG.
Kerani kaunter pas phone dekat nurse.
Nurse jawab:

Dr Kadir dah tengok result. B-hCG awak pada DPO10 (hari jumaat lalu) 62 miu.

Aku blur. Otak blank. Tiba-tiba jadi buduh.

Maknanya Puan?

Dr kate insyaAllah awak pregnant. Tapi benda baru jadi. InsyaAllah ada rezeki, kita doakan pregnancy ni sihat.


Hah? Betul ke ni?

Dr suruh awak datang balik 30 Nov 2012 untuk first check-up. Continue makan folic acid. Jaga diri baik2.

Aku letak telefon. Call hasben laju2. Terus nangis.

credit


Ah So si mulut longkang

Ahad: 11.11.2012
(entry back-dated lagi. sori aku terpaksa back-dated kan entry. Terima kasih kepada blogger yg mendoakan aku kat entry sebelum ni hugs! :P)

Pagi ni DPO12 aku buat lagi HPT. Still rasa blur dengan hasil yang aku dapat. Macam mimpi. HPT sekarang macam my new best friend. Aku berdoa agar double lines ni semakin terang. Kalau CP, rasanya dah lagi faded atau langsung takde. Ntah aku tak pasti. Result B-hCG plak boleh tau esok.

Result HPT sampai DPO13.
Seposen terpaksa letak kat tepi sebab camera hp susah nak fokes. Hp tak berapa nak iphone kan? =.=''
Ok aku nak cite pasal Ah so mulut longkang ni.

Pagi ni aku bersiap pegi kenduri one of my bos (banyak bos kat office) punye anak kawin. Since bos ni penah bagi aku hadiah kawin setahun 3 bulan yang lepas, so nilah masa aku balas. Eh. Tak ikhlas letew. =.=''
Mana ada. Ikhlas.

Macam biasa aku bersiap. Mengenangkan yang kemungkinan baby tengah nak menjadi (amin), aku terfikir.

"Boleh ke pakai wedges? Boleh kot. Takde efek kot."

Budus. =.=''

Aku konvoi ke majlis tu dengan kawan aku yang beranak 2. Booked je meja, aku hint kat member aku

"Ko pegila amek dulu lauk2 utk anak-anak ko. Anak ko aku tengokkan." Sebaik anak dia sejak 2-3 hari ni dah jumpe aku (kes babysitter cuti, terpaksa bawa anak gi ofis). So dorang ok je dengan aku. Time member tengah amek lauk, tiba-tiba aku nampak staf cina yang terkenal mulut kecoh sampai ke majlis. Dia datang dekat ke meja aku untuk cari port. Cina ni bawak sorang je anak dia dengan hasben. Cina ni orang kate subur la kot sebab kawin je terus pregnant dan sekarang anak dah dua.

Aku buat-buat tak nampak ah so cina ni lalu. Tapi die berenti kat meja aku. Time tu hasben kawan aku yang tengah pegang anak no.1 die sengih kat cina tu. Cina tu stop dan...

Kejap pandang aku.
Kejap pandang anak no.2 kawan aku (budak tu duduk dengan aku)
Kejap pandang hasben membe aku
Pastu pandang aku balik.


Pastu buat-buat ayat,

"Eh..eh.. anak ni (budak yang duduk dengan aku) anak KAU ke (sambil tunjuk muka AKU) atau anak kau (sambil tanye hasben kawan aku)? Hahahaha" Gelak. Boleh cina makan babi tu gelak.

"Tak payah la tanya camtu. Saya tahu saya ni memang takde anak!"

Terus dia benti ketawa. Tapi sengih masih bersisa kat bibir dia. Tarik tangan laki die blah cari meja lain. Aku pasrah. Bukannya dia dah setahun tak jumpa aku nak konfius tu anak sape. Memang satu bangunan ofis tahu aku dah setahun kawin takde anak lagi! Perlu ke buat lawak pasal benda tu? Takpe dah nama kafir. Memang Allah dah tetapkan balasan untuk dia. Tu pun kalau dia tak convert la. Huh, kali ni aku memang marah. Aku marah sebab aku tak penah buat orang lain camtu sebelum kawin sebab aku tau benda tu tak bermoral. Tapi ada si Ah So cina ni pikir camtu? Last-last aku diam je bila member aku datang bawak 2 pinggan untuk anak dia. Aku malas nak cerita kat dia. Nanti mesti dia serba salah sebab biar aku jaga anak dia. Kalau aku tak jaga sure tak kena perli camtu.

Takpe, aku tahu orang teraniaya lagi makbul doanya. Lagi-lagi bila aku tengok double lines aku tu makin terang, aku rase tak guna aku nak sakit ati dengan orang-orang camni. Baik aku duduk berzikir dan berdoa agar ada rezeki aku kali ni.

Selesai makan, salam 'keruk' terus balik. Rumah bos aku ni atas bukit. Parking lak bawah bukit. Adoi. Wedges aku rase dah tak se comfort dulu. Nape ek tiba-tiba camni. Sampai kat kete, pinggang aku dah menangis minta baring. Adoi.

"Baby kat dalam, kalau kau ada. Bertahan la. Sorry mommy (verangan) pakai kasut tinggi. Mommy tak tahu." Sampai rumah aku terus msg hasben. Kena marah asal pakai wedges. Hasben tak dpt ikut gi kenduri sebab keje. Hasben aku cakap,orang kalau betol pregnant, once dah tahu pregnant memang macam-macam sakit akan rase. Sakit pinggang la. Mabuk la. Eh. Tapi aku tak tau lagi pregnant ke tak sebab result darah tak dapat lagi. Haih =.=''

Kalau aku betol pregnant, maknanya aku buat the biggest mistake ever pakai heels.

Bongok.


Tiba-tiba takut nak tunggu result darah esok.

2 Disember 2012

Oh lines, are you for real?

9 November 2012 (Back-dated entry)

I don't have a gut to write about this on the day it happened. Aku ingat lagi benda yang lead aku untuk buat test urine pagi tu bila malam sebelumnya hasben aku tiba-tiba tegur

"Eh, baby dah ada jerawat kat pipi. Err nak period ke?"

Aku diam. Macam tersedih pun ada. Tak penah lak sebelum ni hasben aku cakap pasal period seolah-olah macam die sedih cycle ni tak jadi. Tapi kali ni maybe dia tak sengaja cakap. Aku buat bodo je. Esok pagi, aku tengok stok pad dah habis. Ingat nak pegi beli time lunch hour nanti. Terus terfikir,

"Baik aku test urine dulu" 

=.='' harapan sangat BFP (big fat positive), so tak payah beli Pad selama 9 bulan. Padahal baru DPO10. Aku ovulate lambat cycle ni. CD28 baru ovulate. So hari kejadian maknanya dah CD38.

Sementara tunggu HPT jalankan testnya, aku amek ubat gigi letak kat berus gigi. Mata aku jeling kat HPT,
eh?
eh?
Faint line?
Oh no... please not CP (chemical pregnancy)! Please. Pagi tu aku mandi kerbau. Cepat2 keluar bilik air kejutkan hasben.

Aku tak pasti korang nampak ke tak faint line tu. Tapi kalau ikotkan 2 minit pertama dia dah muncul.

"B, tengok ada faint line, tapi orang risau CP." Terus mata berair.

Hasben aku yang mata pun berair sebab pedih aku bukak lampu =.='' terus peluk bahu cakap

"Takpe b. Ada rezeki Allah bagi." Sambung tido.
Aik? Rilek je? Ke memang dia dah agak cycle ni tak jadi lagi? Eh tak boleh la camni. selagi tak tengok result esok, lusa, tulat sampai due period, selagi tu la aku tak nak mengalah.

Aku terus solat. Macam2 aku doa. Aku tau doa aku memang didengari Allah. Cuma masa jadi ketentuan Nya. Tengah siap-siap nak pegi kerja. Member msg hp.

"Weh ko jangan lupa hari ni ada aerobik before gotong royong"
Damn. Time ni la office nak wat aerobik dan gotong royong. Aku dah la risau kot2 baby tengah nak lekat. Takpe, aku pakai je baju aerobik tapi berlakon. Takyah wat sangat aerobik tu. Aku pun bawak HPT tu gi ofis nak tunjuk kat membe aku tu.

"Memang ada line weh. Tapi time aku dulu, dah due period samar tapi lagi terang. Maybe ko kena tunggu due period"

"Aku rase nak call klinik MAC,HUKM la. Tanye pendapat dorang."
"Yup that's the best kot"

Dalam pukul 3 tu aku pegi HUKM bila dorang suh datang scan and draw blood. Staf sana macam terkejut aku ter'pregnant sendiri. Tapi bila scan (ultrasound), tak nampak lagi kate embryologist tu. Dorang pun called Dr Kadir.

"Ni patient yang mana? Rase tak penah dengar nama" Dr Kadir jawab telefon.

"Oh saya tak berkesempatan jumpa Dr Kadir since the first appointment tu Dr Kadir busy kat OT, so Dr Mahiran ganti."

"Ok. Draw blood for beta-hCG dulu. We'll see the result then."

Aku left the clinic dengan hati tak sabar nak tunggu next Monday. Result terpaksa dapat on Monday since aku datang Jumaat kan. Aku dapat rasa sangat cycle kali ni sangat berlainan. Aku takde amek pape meds since aku baru je korbankan cycle ni untuk HSG scan. Cycle kali ni aku makan macam-macam supplement yang dikatakan mungkin boleh bantu stabilkan hormon aku. Surprisingly aku rase memang ada perubahan pada badan aku. Nanti aku ceritakan next entry pasal supplement yang aku amek.

Ape pun usaha aku kali ni semuanya berkesan hanya jika diizinkan Allah. Aku harap kali ni usaha kami diberkati Dia.