2 Disember 2013

Things No One Tells You About... KELUAR TANDA NAK BERSALIN (Mucus plug)

Hi korang...

Walaupun back dated tapi aku nak gak share dengan korang.. :P

Sejak aku bersalin, aku nekad nak post entry pengalaman sebelum aku bersalin dan sampai lah aku berjaya handle sofea lepas pantang.. Tapi entry ni bukan entry simple-simple. Aku nekad nak tulis entry Things No One Tells You About... (dots tu aku akan replace dengan tajuk2 seperti Keluar Tanda, Contraction, Cesarean section, Berpantang, Ragam baby etc....).

Aku takmo tulis macam masa aku nak bersalin, aku keluar tanda bla..bla..bla.. Bende macam tu bersepah kat google korang boleh baca sendiri...

Tapi aku nak tulis bende-benda yang orang tak cakap keluar tanda tu macam mana rase.. sakit ke? Ape yang keluar...? Rupa bentuk macam mane?... Aku nak detail supaya new mommy macam aku tak tertanya-tanya macam aku dulu.. huhuhu kental kan nak bagi pencerahan. Goodluck kat diri aku... hahaha... takpe aku try ek...

Ok..

Things No One Tells You About... KELUAR TANDA NAK BERSALIN
(Please note yang aku tulis based on experience aku je... May differ from others.)

Estimated due date: 21 July 2013

10 & 12 July 2013
Petang lepas balik kerja seperti biasa lepak depan tv... Setelah lama aku duduk mengadap tv, aku bangun sebab terasa nak kencing... sambil jalan, aku terkejut kenapa seluar aku basah macam aku duduk atas air? Liquid tu pula dok melekat-lekat antara celah peha (peha bertemu sebab gemok hahaha)... Haish dah keluar tanda ke? Time tu blur la.. mane ade orang lain bagi tau keluar tanda tu pekat macam mana, mengalir ke, colour ape... etc... Haa.. kalau korang nak tau...

Things No One Tells You About... KELUAR TANDA NAK BERSALIN 


  1. Nama 'liquid'?-Mucus plug (kalau google banyak info cakap mucus ni salah satu function untuk protect your baby dengan block laluan serviks). So, bila korang dah tau nama liquid tu mucus plug, senang nak google kan... Aku dulu nak google pun tak tahu nak taip keywords apa. Kalau taip keywords in bahasa like keluar tanda, bagi aku tak membantu sangat... sebab mostly orang 'kita' post tak detail. So, aku lebih suka google blog orang putih... Dorang lebih detail dan culture dorang tak segan nak upload gambar-gambar gross.
  2. Sakit ke keluar tanda? -Tak sakit. Tak sedar pun keluar. Cuma rasa basah sahaja.
  3. Texture liquid yang keluar? -Texture macam jello, melekit sikit, pekat sikit dari hingus kuning hijau korang tu... hahaha.. husband aku kata macam gam.
  4. Warna mucus? -
    Warna light kuning dahulu then after a few days kuning + blood
  5. Keluar banyak ke sedikit? -
    Macam aku tak banyak, pantyliner still boleh tampung. Mucus amek masa 2 hari keluar light kuning... then baru bercampur darah.
  6. Sakit tak keluar tanda sekali darah -
    Walaupun keluar sekali darah, masih tidak sakit. Aku keluar tanda bersama darah pada 13 & 14 July 2013
  7. Perlu ke klinik / hospital? -
    Kalau light kuning, better tak payah sebab mucus plug ni tak semestinya keluar masa 2-3 hari sebelum bersalin. Mucus plug boleh juga keluar weeks even before bersalin, like at 36 weeks. Tetapi kalau dah campur dengan blood, boleh la korang check di klinik / hospital. Aku dulu sebab tak tahu, walaupun warna mucus belum bercampur dengan darah, aku pergi check up klinik. Dr terus cakap sepatutnya tak perlu risau, tapi since aku dah datang menyerah diri, Dr terpaksa juga seluk. Hasilnya baru 1 cm opened.

    Untuk lebih pencerahan, di bawah adalah gambar-gambar from google tentang rupa bentuk mucus plug. Aku punya macam gambar no. 2 (light yellow) & no. 6 (light yellow + blood).
1. Mucus plug berfungsi block laluan cervix.
2. Light yellow
3. Macam gam kan?
4. Pekat
5. Bercampur blood
6. Like mine! 
Haaaa... at least korang dah ada gambaran kan macam mana mucus plug ni kan? So takde lah tercangak-cangak risau tak tentu arah kan. Sikit-sikit ulang alik klinik (aku letew) hahaha... Semoga info dapat membantu mengurangkan debaran mommy to be. Aku tau, bila dah sarat, dah tak lalu nak surf banyak-banyak info sebab mesti tengah busy nak settle kan kerja sebelum cuti bersalin kan. Aku tau... aku dah rase kelam kabut dah gara-gara bersalin awal hohohoho...

Ok, nak karang post untuk Things No One Tells You About... Contraction.



3 ulasan:

JayFarhana berkata...

i takde bende2 tu smua :-O what am i????

hahaha..yg i tau i byk wattery discharge je dari 2nd trimester sampai bersalin. i rase i alien -_-

Unknown berkata...

Hahahaaa.. oh takde ek? haa.. maknanye lain org lain kot! I memula ingat infection, tapi rupa die lain. Sekali google, mmg tanda daa...

aleya berkata...

Baru start keluar mucus plug ni... tapi saya keluar jernih kuning cair mcm jelly... pekat mcm hingus tidak berbau... dan banyak... ada la dalam 3 sudu