26 November 2012

Semangat Ku kutip di HUKM

Lepas aku tamat 3 cycles clomid treatment dan gagal (klinik panel), aku dah rase down sangat. Aku rase macam tak pasti arah tuju journey ttc ni. Masa tu sebab frust sangat, aku dah terfikir;
   
Isk kalau dah amek ubat clomid tu tak ley pregnant, kena buat ivf ke? Mana nak cekau duit?

Ok. Down.

Tapi aku pendam je sebab taknak bagi hasben risau. Sampailah aku terpikir nak rujuk ke HUKM pula. Aku cari siapa yang pernah amek infertility treatment kat HUKM. Then, aku dapat tahu one of my colleagues pernah buat treatment kt Medically Assisted Conception (MAC) Centre, HUKM. Wife kawan aku ni mengalami masalah tiub tersumbat kalau tak silap aku. So, after 7 years of TTC wife die berjaya conceived via IVF di MAC, HUKM tu under Prof Dr. Zainol case.

Masa tu aku sebenarnya tengah considering HUKM or LPPKN. Tapi dengar cerita LPPKN ni lama nak tunggu appointment. Aku tanye second opinion from my previous gynae. Dia takde la berat sebelah ke hape, she’s only stated that HUKM is a learning & research center. Kat situ la ada all the professor etc. LPPKN pula dijalankan oleh M.O yg bekerja dalam bidang gynaecology. Sort of camtu la die cakap. Well, aku memang dah pun rase nak pilih HUKM, bila dengar pendapat die buat aku kuat lagi nak pilih HUKM. So, aku discussed with hasben, die pun agreed nak pegi after Raya.

14 September 2012
Before pergi terjah MAC, aku called dulu clinic nak tahu any documents yang dorang perlukan. Yup, dorang perlukan reference letter for previous treatment, GL (for government servant) and all kind of results related to fertility.

21 September 2012 - HUKM
Went to HUKM. Sampai je kat situ, ramai juga org tengah dok tunggu kat sofa2. Tapi dari observation aku, semua yg kat situ agak berumur banding kitorang. Huuu.. Eh terlalu awal ke aku refer kat sini? Ahhh lantak la. Pastu, selain Malay, Chinese and Indian pun hado. Wah, pada mata aku suggest maybe clinic ni bagus, tu yang semua bangsa ada. Mata pula melilau tengok board yang ada pada dinding.

Woaaa! Banyaknye gambar baby2 yang dah lahir hasil rawatan kat sini! And most of them are twins!” Hokey-hokey, mak dah semangat. Hahaha.

Aku pun handover semua dokumen kt kaunter. Then ada sorang nurse go through all the docs dan tanya,

HSG & pap smear belum buat ek?

 Aku angguk je.
Ok, rasenye kita boleh terima kes ni. Kita akan bagi tarikh for first consultation pada 5 Oct 2012 dengan Dr Kadir.

Alamak, masa dia sebut nama Dr tu, tak terkeluar lak dari mulut aku nak minta Prof Zainol sebab member kate mintalah Prof Zainol. He’s the best n famous! Banyak kuar paper. Tapi, aku ni percaya aku dapat Dr. Kadir ni ada hikmah Allah tetapkan.
Awak buat pap smear kat luar boleh? Nanti datang bawak result pap smear for next visit

Ok Puan” Aku replied.


Huh, senang je dapat tarikh appointment. Datang hari ni, 2 minggu lagi dah boleh jumpe Dr. Alhamdulillah.

21 September 2012 – Pap Smear
Pastu ktorang heading straight to clinic nearby rumah aku. Nak buat pap smear. Masa tengah tunggu giliran, hasben tanye camne & ape pap smear tu? Biaselah org laki kan. Sume bende nak kene terangkan. Hahaha, aku pun trus je youtubing cari video pap smear. Terbeliak mata hasben.
  

Uihhhh macam sakit je prosedur pap smear ni?

Hahaha, biaselah bab sakit2 dan makan ubat memang perempuan yang selalu kena. Pasal tula wanita ni senang masuk syurga… tapi errr senang gak masuk neraka huhuhu
Harap2 b ok lah. Harap tak sakit.

Dr klinik ni pun gynae gak. Masuk-masuk je, Dr terus tanya kenapa nak wat pap smear. Aku pun dok terang bagai yang Dr HUKM suh wat sementara nak tunggu first consultation. Alih-alih Dr ni tanye,


Ape kaitan antara infertility dengan pap smear?


Mak oii macam exam lak Dr ni! Aku tersengih.


Errr…setahu saya die ni just untuk cancer detection. Pasal kaitan tu tak pasti la Dr.

Jawapannya, kosong…kosong… (Dr siap nyanyi macam lagu kosong, najwa latif boleh??? Hahaha) Macam anak saya selalu nyanyi lagu kosong tu

Sambung die lagi

Sebenarnye Dr sana (HUKM) tak nak awak rase tunggu lama sangat appointment. So die suruh la wt pap smear. Then, masa buat pap smear maybe kita boleh wt sekali scan rahim untuk tengok fizikal rahim.”

oOOOO gitu

Ok, awak tanggal seluar dan baring atas tu

Tengah baring, tiba-tiba rase segan sebab Dr buka celah kaki pastu datang assistant dia bawa lampu suluh direct area V. Hahaha. Adoi sebaik sume pompuan. Pastu aku rase satu alat macam corong lurus dimasukkan followed by berus halus untuk collect sampel. Tiba-tiba...

Pap smear kit. Mine was like brush sebelah kanan tu.
Credit: http://www.mymedic.com.my/papsmear.html
Sample collection
credit: http://www.2womenshealth.com/Newsletter-17.htm
Sample collection - different brush/probe
credit:http://borneoclinicmiri.blogspot.com/2010/07/pap-smear.html


Eh, awak nampak ni??" Dr tarik keluar berus tu dan tunjuk kat saya lender egg whites byk gile hokey!

Haa… cik abang malam ni jalankan tugas awak!”Hahaha. Dr sound hasben saya. Tp hasben lak tak perasan sebab Dr cakap belakang tirai, dia tak nampak. Then aku pun panggil la hasben.

B…oOOO B…

Dr plak menyibuk
B.. ooOO B, awak tengok berus ni & bende lekit2 bertali kat jari saya ni. Ni tanda isteri tengah subur. Hari ni saya bagi m.c untuk wat kerja malam ni. Hahaha.

Aku pun Eh?

Eh, boleh ke Dr dapat m.c?

Isk mana ada camtu”. OK Naif sangat aku kan. Tak paham Dr perli.

Saya ambil balik sampel lagi sekali ye sebab egg whites awak ni takut ganggu bacaan” sambil die salap berus yang dah ada sampel cell ke atas slaid sample.

Selesai, aku sambung diskus dengan Dr. Dr ni tak lokek bagi pandangan dan aku dengan senang ati ofer die tengok result2 hormon and sperm count kitorang.

Hmmm.. awak ade pcos. Mungkin susah. Tapi jangan risau. Kawan saya sejak anak dara dah tau dia pcos. Tapi beranak pinak je. Lepas sorang..sorang.. Yang penting doa & usaha

Dr, saya ni heran la. Sebelum kawin, kalau nak hari subur. Saya mesti basah gila! Kadang-kadang sampai meleleh-leleh kat peha. Pastu egg white sure banyak. Lepas kawin, adoi. Susahnya.
Dulu tu umur berapa? Sekarang awak dah kawin umur berapa? Makin kita tua, bende tu memang makin kering. Dia ada, cuma kering. Kalau awak tanya saya, lagi lah kering. Hahaha

ooOOO. Logik. Logik” Eh aku suke gile Dr ni! Patot ramai tunggu nak wat check-up dengan dia.

Tamatlah kesah visit aku hari tu ke HUKM & clinic gynae tu. At least, aku rase happy dapat belajar banyak hari ni. Hilang dah down aku. Semoga semangat nak TTC ni kekal. Next entry, aku hapdet first appointment dengan HUKM. Yey!

Note: Result pap smear dapat 3 hari selepas sample collection. Alhamdulillah negative for cancer cells. Korang meh la buat pap smear at least once a year untuk early detection. Bagus tau.

8 ulasan:

Arya E-ra berkata...

Klinik apa dan dr apa yang awak jumpa tu yer.. Yang buat pep smear tu. Macam best jer

Unknown berkata...

hai...nak tanye awak...berapa kos ujian pap smear tu? dan di mana klinik yang awak pergi tu

Unknown berkata...

Klinik Famili Dr Wan Kamariah, Setiawangsa. Dr tu Dr Wan Kamariah.

Unknown berkata...

Hi Atie, kos die tak pasti maybe below RM50 coz sy guna panel insurance office hasben. Klinik tu klinik Famili Dr Wan Kamariah, Setiawangsa. Dr Wan Kamariah. Dr ni selalu ada dari pagi sampai pukul 2 stiap weekdays. Weekend takde.

JayFarhana berkata...

ok baru citer sampai sini je rupenye. berkobar2 baca rupanya sampai citer pap smear je. hehekekekeke
cepatla sambung citeeeeeeee
:P

Unknown berkata...

Hahaha.Dah 2 minggu lebey stop tulis entry.Tu yg lambat sket nak warming up.:P

ciksu berkata...

Alhamdulillah..sy tergerak nak baca post awak ni...Tadi baru je call Klinik Dr Wan..tanya boleh boleh tak dier check utk pregnan staff kata tak boleh tapi boleh bagi surat Ref..erk..mmg nak surat ref pun sbb nak gi HUKM hari Khamis..1st visit kena buat registration kan...mgkn kalau buat pap smear pun kat sini jugalah..senang..1 tempat.

Unknown berkata...

a'ah sy suka sgt buat pap smear dgn Wan. Sgt informative & x kedekut ilmu. Tp Dr Wan ada kat situ weekdays je pagi rasenye.