2 Disember 2012

Oh lines, are you for real?

9 November 2012 (Back-dated entry)

I don't have a gut to write about this on the day it happened. Aku ingat lagi benda yang lead aku untuk buat test urine pagi tu bila malam sebelumnya hasben aku tiba-tiba tegur

"Eh, baby dah ada jerawat kat pipi. Err nak period ke?"

Aku diam. Macam tersedih pun ada. Tak penah lak sebelum ni hasben aku cakap pasal period seolah-olah macam die sedih cycle ni tak jadi. Tapi kali ni maybe dia tak sengaja cakap. Aku buat bodo je. Esok pagi, aku tengok stok pad dah habis. Ingat nak pegi beli time lunch hour nanti. Terus terfikir,

"Baik aku test urine dulu" 

=.='' harapan sangat BFP (big fat positive), so tak payah beli Pad selama 9 bulan. Padahal baru DPO10. Aku ovulate lambat cycle ni. CD28 baru ovulate. So hari kejadian maknanya dah CD38.

Sementara tunggu HPT jalankan testnya, aku amek ubat gigi letak kat berus gigi. Mata aku jeling kat HPT,
eh?
eh?
Faint line?
Oh no... please not CP (chemical pregnancy)! Please. Pagi tu aku mandi kerbau. Cepat2 keluar bilik air kejutkan hasben.

Aku tak pasti korang nampak ke tak faint line tu. Tapi kalau ikotkan 2 minit pertama dia dah muncul.

"B, tengok ada faint line, tapi orang risau CP." Terus mata berair.

Hasben aku yang mata pun berair sebab pedih aku bukak lampu =.='' terus peluk bahu cakap

"Takpe b. Ada rezeki Allah bagi." Sambung tido.
Aik? Rilek je? Ke memang dia dah agak cycle ni tak jadi lagi? Eh tak boleh la camni. selagi tak tengok result esok, lusa, tulat sampai due period, selagi tu la aku tak nak mengalah.

Aku terus solat. Macam2 aku doa. Aku tau doa aku memang didengari Allah. Cuma masa jadi ketentuan Nya. Tengah siap-siap nak pegi kerja. Member msg hp.

"Weh ko jangan lupa hari ni ada aerobik before gotong royong"
Damn. Time ni la office nak wat aerobik dan gotong royong. Aku dah la risau kot2 baby tengah nak lekat. Takpe, aku pakai je baju aerobik tapi berlakon. Takyah wat sangat aerobik tu. Aku pun bawak HPT tu gi ofis nak tunjuk kat membe aku tu.

"Memang ada line weh. Tapi time aku dulu, dah due period samar tapi lagi terang. Maybe ko kena tunggu due period"

"Aku rase nak call klinik MAC,HUKM la. Tanye pendapat dorang."
"Yup that's the best kot"

Dalam pukul 3 tu aku pegi HUKM bila dorang suh datang scan and draw blood. Staf sana macam terkejut aku ter'pregnant sendiri. Tapi bila scan (ultrasound), tak nampak lagi kate embryologist tu. Dorang pun called Dr Kadir.

"Ni patient yang mana? Rase tak penah dengar nama" Dr Kadir jawab telefon.

"Oh saya tak berkesempatan jumpa Dr Kadir since the first appointment tu Dr Kadir busy kat OT, so Dr Mahiran ganti."

"Ok. Draw blood for beta-hCG dulu. We'll see the result then."

Aku left the clinic dengan hati tak sabar nak tunggu next Monday. Result terpaksa dapat on Monday since aku datang Jumaat kan. Aku dapat rasa sangat cycle kali ni sangat berlainan. Aku takde amek pape meds since aku baru je korbankan cycle ni untuk HSG scan. Cycle kali ni aku makan macam-macam supplement yang dikatakan mungkin boleh bantu stabilkan hormon aku. Surprisingly aku rase memang ada perubahan pada badan aku. Nanti aku ceritakan next entry pasal supplement yang aku amek.

Ape pun usaha aku kali ni semuanya berkesan hanya jika diizinkan Allah. Aku harap kali ni usaha kami diberkati Dia.

7 ulasan:

Unknown berkata...

Hai joanna...happy to hear the great news...hopefully bukan CP mcm u kata. Doa byk2 ye. I'm happy for u dear...

Ni back dated post kan. Maknanya skrg da confirm la kan hehee

Arya E-ra berkata...

Samela...aritu saya pun dapat... Tapi rasanya saya punya tak menjadi... :(

Unknown berkata...

Atie,
TQ dear. Tak berani nak buat entry sebab still blur and in-shocked. I terpakse buat entry sikit demi sedikit.

Arya,
Itula sy ade baca entry awak. ada buat ujian darah x? takpe, insyaAllah ada rezeki kita semua.

JayFarhana berkata...

haa dah sampai pun ke cerita ini hehehe
ur hubby sameee laa mcm i. bagitau dpt faint +ve, dia ckp "OK" astu terus sambung tido. i think nak gitau psl hpt time nak tido/pagi2 bukan the best time utk hubby2 TTCians. hahaha

Unknown berkata...

Huhu. Lambat nak hapdet cite. Risau sebab still baru. Haa tulah, dah la nk suh die tgk double line tu terpisat2. Nak tunggu die bgn, kite lak dah kuar g kje. Haish. Rilek je dorang kn? hehehe.

Arya E-ra berkata...

Joanna, saya tak confident. Ntah kenapa. Itu yang tak berani nak buat blood test... Hehe seronok bila tau awak dah conceived.

Unknown berkata...

Arya, takpe. mcm sy dlu time CP, memang tak buat blood test sbb bile sy buat second urine test, line tu hilang.xde da. Sedih gak time tp pasrah. :) membe sy plak nasihatkan, takpe klo tak jadi lagi. cuba lg. make babies kan syiok! hahaha. Trus sy jd hepi dgr ckp kwn sy tu.