26 November 2012

HUKM, Aku datang.



Today is the day.
Kitorang tak cuti. Aim nak dapat m.c je dua-dua sebab kalau treatment kt MAC,HUKM ni selalunya suami dan isteri dapat m.c walaupun hanya isteri je yang ada problem. Bestkan. Bukan senang nak dapat m.c government kaler kuning tu. :P
Hasben aku dah siap cite kat bos dia personally yang kitorang nak start treatment kat HUKM. So, mungkindia  akan start banyak m.c la. Bagitau siap-siap sebab takut appraisal rendah kan. Tapi, tak sangka lak bos die terus buka cite yang die dulu pun ttc selama 3 tahun, ulang-alik LPPKN. So, bos die paham situasi hasben aku. Alhamdulillah Allah permudahkan.

Appointment start 9.00am. Kitorang sampai 8.45am. Tapi buka je pintu klinik, fuh ramainye orang. Register diri, nama aku kena panggil. Staf terangkan yang GL aku akan cover hanya diluar klinik (macam daftar buka fail kat HUKM, O&G etc). Tapi kat MAC, kena dahulukan bayaran. Then aku leh claim kemudian kat ofis.

So,
buka fail HUKM – free (guna GL).
daftar MAC – RM30.

Penantian satu penyiksaan. Dr Kadir dijangka lambat turun sebab ada di OT. Lama juga la tunggu. Sambil tunggu ni mata aku dok pandang bekas2 ais Coleman yang patient2 ni bawak. Aku agak dorang ni bawa sebab mungkin akan dapat ubat yang perlu diletakkan pada suhu sejuk. Tengah syok usya orang lain. Tiba-tiba nurse panggil sorang hasben patient Chinese.

“Mr. X, you dah provide sample belum?”

“Belum”

“Ok masuk bilik”

Aku dah macam Kak Nam kaki sibuk boleh? Dalam hati sibuk tanye sample ape ek? Sample ape ek? Tapi aku tak dapat jawapan.

Lepas sejam keluarlah dua orang patient perempuan, jalan slow-slow macam baru berpantang dari bilik rawatan. Sorang melayu, sorang Chinese. Yang Chinese tu wife kepada Chinese guy yang kena provide sample tu. Pastu aku dengar nurse cakap,

“Good luck, jaga diri”

Oh! Yang tadi tu sample sperm utk procedure IUI wife dorang! Huuuu… aku lak jadi excited. Ok good luck kakak2 semua.

Nama aku pun kena panggil. Masuk bilik consultation, eh Dr Kadir ni perempuan ke? Oh tidak. Rupanye he’s still at the OT, so ganti Dr lain. Dr Mahiran. Lepas Dr perkenalkan diri, dia go through semua dokumen. Macam biasa lah dia tanya  soalan basic.

Sejak bila kawin.
Berapa kali seminggu bersama.
Bila bersama ada masalah tak? (ejaculate bagai la).
Ada family history diabetes tak? Info ni berguna bila awak dah pregnant, kita nak pantau kadar gula.
Dan macam-macam soalan lagi.

Dari result-result, Dr kata hasben OK. Isteri PCOS. T-T

“Ok, disebabkan awak sedang hari ke-3 period, saya cadangkan awak buat scan HSG dulu di Jabatan Radiologi. Then next cycle ambil Femara (Letrozole). Then lepas amek Femara, datang untuk scan telur. Kita start dengan plan ni dulu”

Eh. Takde IUI ke hape? Aku tak nafikan aku kalau boleh nak cepat. Time ni aku ngaku aku masih lagi fragile. Kalau boleh semua benda nak cepat. Gopoh. Walhal patutnya aku ikut je ketentuan Allah bagi.

“Dr, takpayah IUI ke?”

“Buat masa ni tak perlu. Sebab saya rasa awak boleh makan ubat dan try conceived naturally. InsyaAllah ada peluang”

Ok. Aku ikut je. Dia pakar. InsyaAllah ada hikmah.

Pastu aku diberi la borang biru cam gambar-gambar kat bawah ni. Tapi borang ni aku dah fotostet untuk fail aku sendiri. Tu yang jadi borang puteh. =.=
Borang aku
Kat atas borang ni ada tulis subfertility. Dr ticked aku kat 1 degree. Maknanye aku baru ttc nak dapatkan first child.

Duration kawin 1 Year 5 months. Errr. Kitorang silap bagitau Dr. Ptotnya 1 year 3 months. Hadoi dah lupe anniversary ke? Dua-dua hampeh.  =.=’’

Cause of subfertility - Anovulation & PCOS. Sedih mak tengok Dr ticked bahagian ni.
 
Semen analysis - Normal. Mak ni je yang problem nyah.

Remarks – Clomid failure (Yup, yang tak fail nya – berat badan naik. Sedih)

Procedures – SI (yang ni tak pasti ape).

Nama form ni follicular tracking form. Khas nak track folikel matang.

Management plan – Femara (5mg) – low dosage. Folic acid for 2 months stock. HCG shot.

Aku kena makan Femara pada D2-D6. Then scan telur pada D10 & D12.


Lepas sudah. Dapat m.c untuk laki bini. Horey! Pegi kaunter farmasi amek folic acid – percuma (GL cover). Pegi farmasi HUKM beli Femara – RM103.00. Simpan resit laju-laju dalam fail. Dah tak sabar nak claim. :P

Next stop, radiology department. Dapatkan tarikh appointment HSG. Sebaik aku memang dah D3, so aku dapat appointment D9. Yey.

So next misi tunggu D9 – nak wat HSG. Nerves. Janganlah sumbat. Amin.

9 ulasan:

Bouncing and Cherubic berkata...

untungnya your husband dapat bos yang memahami..itu salah satu rezeki tu..Alhamdulillah..

Eika Azis berkata...

Salam. Good luck awak! Kite pong pernah buat HSG. Ok je, jangan nebes2 ye.. :)

Joanna OT berkata...

BnC, a'ah tula i pun fikir camtu. Rezeki sikit-sikit Allah bagi.

Eika,
Tq dear! huhuhu nebes sebab risau result. Tak sakit eyh?
:)

cujen berkata...

Salam, nak tanya la kalau wat fertility treatment kat HUKM untuk goverment servant boleh pakai GL tak?

mahal tak wat kat sini. Saya dah pernah buat kat LPPKN sekali.. so mcm nak try gynae lain pulak.

Joanna OT berkata...

Hi Cujen,
Boleh pakai tapi GL laku kat certain tempat. Dalam kes i ni:

1) Bukak file general HUKM - free (guna GL)
2) First daftar patient kat klinik MAC - RM30 (amek resit, sy claim kt UPM)
3) Folic acid - amek kat kaunter farmasi HUKM (free guna GL)
4) HSG Scan - Free (Guna GL)
5) Letrozole (ubat subur) - RM103 (kena beli dekat Kedai farmasi dalam HUKM) - resit amek claim kt UPM.

Maknanye tak semua GL boleh cover. Sebab polisi HUKM memang macam ni. Dorang taknak bagi invoice ke UPM (contohnya) sebab nanti proses payment lambat. So, klinik ni memang suh kita dahulukan duit dulu then baru claim dari majikan.

I ada baca satu blog yang penah buat claim treatment dia kt LPPKN. As a government servant, dia pun kena gak dahulukan duit dia dulu. Then baru dia claim. Mungkin boleh bantu u juga. Ni link blog tu:

http://rebellingmind.blogspot.com/2011/12/final-payment-for-claims.html

http://rebellingmind.blogspot.com/2010/12/claim-issue.html

:)

cujen berkata...

actually i dah buat kat lppkn and dah claim pun..cuma x pasti kalau HUKM ni proses dia sama ke tak?

maksudnya apa2 treatment yang kita buat di hukm, yang mana kita kena dahulukan duit, means boleh claim la?
kalau buat IUI?

claim dengan jabatan kita sendiri eh?

Joanna OT berkata...

aah insyaAllah boleh claim. I sendiri pun sblm pg hukm, i confirmed dlu dgn bahagian perubatan i samada blh claim or not. My frens yang wife die buat IVF dapat claim sampai RM8K-9K. Tapi kwn i tu kate dia tak dpt claim semua sbb our management kate only cover for ubat2an. Klo mcm servis myb kena byr sendri. Klo u fully government,i tak pasti sbb mine is badan berkanun. kdg2 bdn bkanun blh follow rules government tp dorg blh gk ubah rules. pasal tula kwn i tak ley approve semua claim kot. Overall my fren tu total cost was RM13-15k (IVF) rasanye, die dpt claim RM8-9K.

Tanpa Nama berkata...

Salam..nk tnya..claim tu bole claim dgn majikan tmpt kte keje ke law goverment?mcm mne caranye..

Joanna OT berkata...

Anon,

Klo awak government servant boleh claim. Tapi awk kena study dulu guidelines dgn pihak kewangan/bendahari. Like mine, bukan fully gov.. sy semi-gov, so might have some differences dlm law dorg. Maca sy komen kat atas2, awk blh rujuk link2 ttcian yg penah wat claim:-

http://rebellingmind.blogspot.com/2011/12/final-payment-for-claims.html

http://rebellingmind.blogspot.com/2010/12/claim-issue.html