Note: Entry ni sebenarnya back dated. Banyak dah aku missed
nak story huhu. Walaupun back dated tapi rase rugi lak tak tulis perjalanan TTC
aku. So sorry la kalau ada yang confused :P
27 September 2012
Yeh pagi ni excited & takut nak wat HSG scan. HSG ni Dr
suruh aku buat untuk tengok samada ada blockage or shape tak normal pada my
uterus and tube fallopian. Nama panjang HSG adalah Hysterosalpingography. Rasanya kalau google banyak penerangan pasal
HSG ni. Sila lah berbuat demikian ahahahaaa..
Okok back to my story. Appointment aku pukul 9.00 am. Sebelum
pegi, hasben asyik confirmed kan dengan aku betul ke nak naik motor je pegi
HUKM. Tak takut sakit ke? Aku bertegas nak naik motor. Bukan yakin kuat, tapi
malas nak meredah jem kat MRR2 & cari parking kat HUKM. Sengsara boleh? So sampai
je, terus heading to Radiology Department. Memang dekat level ground floor tu
je. Aku terus pegi ke kaunter serahkan borang yang Dr dari MAC bagi masa first
appointment sekali dengan GL. Duduk. Tunggu.
Tak sampai 5 minit. Nama kena panggil kat kaunter bayaran.
“Ok Puan punya tak payah bayaran sebab GL cover. Puan boleh
pegang balik GL ni. Then pegi bilik ni 6 (kalau tak silap aku la. Lupe. Hampeh)
tunggu nama dipanggil.”
- Yey! kalau kat xde GL, aku kena bayar RM180-RM260. Ni harga2 aku survey kat hosp. swasta. Cheapest dekat Tawakal - RM180. Selamat duit hasben. :P
- Yey! kalau kat xde GL, aku kena bayar RM180-RM260. Ni harga2 aku survey kat hosp. swasta. Cheapest dekat Tawakal - RM180. Selamat duit hasben. :P
“TQ puan.”
Aku pun tunggu la depan bilik tu. Uih ramainya umat tunggu
nak scan? Dah la tu penuh dengan Ah So2 dan Apek2 je. Nape ek dorang ni ramai2
nak scan? Sakit apa? Dalam 10 minit tunggu, nama pun kena panggil masuk. Eh?
Aku dapat potong line apek2 ni? Hahaha. Heaven. Jahat kan?(=.=)
Masuk2 je, nurse suruh duduk. Datang Dr perempuan terangkan
kat aku segala prosedur nak dijalankan. Apa yang diterangkan dia, sama la
dengan yang kita baca kat google.
“Ok. Dah faham semua. Ada pape soalan?” Dr tanye.
“Takde Dr.”
“Bagus, boleh tukar baju. Buka semua kecuali tudung.”
Keluar dari bilik persalinan, aku rase macam bogel sangat. Hahaha.
Weird dowh. Mana taknya dalam tak pakai ape. Pastu sarung je baju tu dari
depan. Kat belakang boleng cuma ikat dengan tali je. Sejuk montot mak! Terkemut
sket eh? :P. Tiba-tiba aku dah rase tak best. Mana taknya ada Dr lelaki
India! Adoi.
“Ok, ada apa-apa soalan pasal HSG? Normally orang akan tanye
sakit ke tak? Its depends. Separuh rasa tak sakit, separuh ada yang terus tak
boleh berjalan first 30mins, ada juga yang sakit after one hour”
Aku sengih je. Dalam hati baca macam-macam. Pastu Dr pompuan
tu aku tengok macam houseman. Yang Dr lelaki tu macam senior M.O. Aku pun
baring la atas examiner bench. Sejuk kena montot mak. Ahahaha.
Kat atas tu Dr terus kangkangkan kaki aku dan nurse suluh
dengan lampu besar!
“Rileks, saya akan cuci dahulu kawasan vagina” Makkk oiiii
sejuk kot alcohol swap tu! Kemut lagi sekali =.=. Dah la time ni Dr laki tu
tengok. Pastu bila aku cam segan, dia terus bergerak ke sisi aku. Bagus. Jangan
la tengok anu kite (=.=).
“Saya akan mula masukkan dye ke dalam vagina”
Mata aku terkebil2 je tunggu dye masuk. Posisi aku sekarang
mengangkang sambil tangan letak bawah kepada. Dr laki tu yang suh aku rilek wat
camtu. Aduh! Sakit macam nak period ni. Tula yang aku rasa bila memula dye
masuk. Aku pejam je mata. Aku ni tak biasa kena sengugut, so rase sakit gak la.
Habis masuk batch pertama dye, Dr suh aku mengesot ke
belakang tanpa angkat punggung. Hanya guna lengan dan tapak kaki. Erk? Boleh
imagine camne? Hahaha. Aku pun siap risau tak leh buat sebab Dr dah cakap
jangan angkat punggung sebab takmo kasi dye meleleh.
Berjaya gak aku alih badan ke belakang.
Dr laki t u terus rapatkan scanner x-ray tu pada bahagian
ari-ari. Lagi sekali Dr perempuan masukkan dye sambil Dr laki tengok pada
monitor. Monitor aku tak dapat tengok. Kali ni bertambah sakit boleh? Senak! Nak terberak pon ada. Adoi.
Lepas 5 min,
“Haa sudah siap. Saya akan tarik alat ni dari vagina awak.
Ready. Tarik nafas perlahan-lahan.”
Fuh! Lega.
“So macam mana Dr?”
“So far i tengok no blockage dan shape normal. But you have
to wait until the x-ray film dihantar kepada klinik MAC”
“Alhamdulillah”. Syukur sangat tiada sumbat. Maknanya memang
tiada rezeki lagi walaupun folikel matang, telur dah induced untuk pecah. Aku ingatkan
sumbat.
Dr pun bagi je M.C. Aku mintak 2 hari ngeh2. Alasan nanti
aku kena jaga konvo hari sabtu. So nak rehat. Hahaha. Keluar je, hasben
terkejut.
“Aik! Cepatnya?” Ngeee… aku sengih je.
“Sakit sikit macam nak period kot”
Kitorang pun berjalan keluar jabatan radiologi. Sekali
terserempak dengan sepupu hasben daaaa! Hahaha. Rupenya hasben lupa ada sedara
kat jabatan radiologi.
Bila nak gerak balik, aku siap sound hasben
“B, jom midvalley? Boring la”
“Uih! Gile. Rehatlah dulu. Tak sakit ke?”
“Tak” Konfiden sgt kan!
“Ok, kalau takmo, kita gi kejap wangsa walk. Nak beli kek.
Teringin.”
“Ok. Tapi sekejap je”
Atas motor aku takde lah sakit sangat. Cuma sengal-sengal
je. Kat Wangsa Walk siap jenjalan 2-3 buah kedai sebab segan nak pegi secret recipe
awal2 pagi. Hahaha. Tiba-tiba
“B, jom balik. Perut dah sakit.”
“Eh muka b pucat!” Hasben panik.
Kitorang turun, trus pegi kedai secret recipe beli kek. Kat situ aku dah
terpeleot duduk boleh? Sakit die tak boleh bayang! Hasben lari amek motor. Aku
jalan dah macam orang baru bersalin.
Naik je motor, aku dah nangis. Serius tak penah rase camni.
Sampai umah je, baring kat katil. Aku meraung-raung sakit.
Err.. mungkin korang rase aku ngada2 tapi sebenarnya aku cakap serius tak penah
aku sakit camni. Aku duduk sakit, aku mengiring sakit, aku baring telentang
sakit. Sakit sampai dada rasa nak mual dan muntah. Sampai aku cakap kat hasben
“Sakiiiiiiiiiiiittttttttttttttttt…
sakiiiiiiiiiiiiiiiiittttttttttttttt… tak tau nak wat camne dah ni”
Hasben memang panik la. Nak pegang aku pun takut. Kang tak
pasal2 tangan aku naik. Hahaha. Dia pun call sedara dia yang keja kat radiology
tu. Pastu sedara dia pas telefon kat Dr mana tah.
“Oh sesetengah orang mungkin akan alami sakit macam sengugut
yang teruk selepas sejam prosedur berlalu. Macam ni, kalau lepas sejam sakit
isteri tak berkurangan, bawa dia ke unit kecemasan”
Lepas sejam memang sakit aku reda. Sumpah weh sakit ni
panadol pun tak jalan. Kawan aku cakap,
“Sakit sengugut yang teruk memang camtu. Kalau ko nak tahu,
kalau sakit camtu, time bersalin ko baru buka 3 cm. Ko bayangkan kalau dah 10
cm camne contraction tu? ”
Hoh????
Terperanjat gile! Patot la orang kate sakit bersalin ni tak
boleh lawan mana-mana sakit. Adoi. Mak sumpah sakit. Sorry la Mak selama ni kecik-kecik
suka melawan mak. Terima kasih lahirkan adik. Insaf. Insaf sangat. Mampu ke aku
nak tahan sakit untuk lahirkan anak? Allah kuatkan lah aku. (T – T)
"Haa... tu nak pegi lagi mid valley tu?" Perli hasben. (=.=)
So, camtula kisah HSG aku. Ada orang tak sakit. Ada orang
siap2 makan pain killer sejam sebelum procedure (aku tak tahu boleh wat camni).
Tapi takpelah, at least aku tau sakit sengugut camne. Aku tau sakit pre-contraction
awal-awal nak bersalin camne.
Ni aku paste kan gambar2 HSG dari google dan video youtube. Aku punyer x-ray masih
tak dapat lagi. Dr klinik pegang until next appointment.
Normal tube and uterus http://www.dallasivf.com/diagnostic-testing-dallas-tx/anatomical-evaluation.html |
Blocked tube - left http://ivfny.org/diagnostic-procedures/hysterosalpingogram-hsg/ |
Both tubes are blocked (no splits of dye) http://www.ivf-infertility.com/infertility/investigations/female/hsg.php |
Uterus shape abnormal - akibatnya selalu terjadi keguguran http://www.ajronline.org/content/191/5/1381/F17.expansion.html |
Uterus terbelah dua - septate http://www.cfrm.net/ServiceDetail.aspx?id=11 |
Septate uterus gak http://medtube.net/gynecology/medical-pictures/10928-hsg-septste-uterus |
Alhamdulillah aku punya normal dan aku doakan kawan-kawan semua pun normal. In Sya Allah.
#panjang entry neh.
23 ulasan:
hi joanna.
Rasa insaf pulak lepas tgk septate uterus tu. Huhuh. Semoga mine is normal. Amiinn.
Amin. Itulah. Macam2 kejadian Allah.
wuu takot nak imagine sakit bersalin.
oo u sakit gak mase hsg ek..me pun sakit la tapi mcm 2kali ganda senggugut je la then hilang selera makan for 3days, pastu dah ok alhamdulillah, mine was fine too! tapi doc ckp tube halus gila.
Haa takut kn? patot la Allah dah tetapkan sebelah kaki ibu bersalin dah jejak syurga sebab sakit bersalin ni lebih sakit dari segala-galanya.
Selera i macam biasa! Bangun dari sakit, trus mintak nasi kandar! hahaha.
i sampai sekarang x dpt tgk x-ray tu. Result tu datang dlm bentuk document je. =.=''
Rugilah. ingat nak simpan result x-ray tu.
Terima kasih sbb share pengalaman..
I pon nak kena buat HSG test ni.. Rasanya kurang sikit rasa takut..
Thank u!
Thanks pd yg share cite HSG ni....
Dijdkn panduan b4 buat aritu.
Mmg sakit siap mkn panadol sebelum inject dye
Tgh2 buat dh jd spasm...
Siap liking sampai kene 3kali set things...
Dan2 tu jgk kene inject ubat thn sakit kt bahu..
Left side blocked... huhuhu
Hopefully msh ade rezeki utk ada cahayamata...
Sy wat kt kpj caj 200..
Malu je mse nk msukkn dye tu bole plak ckp kt doc sy rse mcm nk buang air besar hihihi..
Pngalaman 2 thn lpas..smpai skrg masih berTTC..tahun 2014 ni da nk masuk 6 tahun..
Tolong doakan sy berpeluang menimang zuriat sendiri ya :')
Anon,
Takpe kite buat je.. kalo tak buat tak tahu kan result.
Siti Maisarah,
Siap leaking? yeke.. camne ley jadi camtu. Takpela wak, insyaAllah ada rezeki.
Nurmaia,
Result hsg mcm mana? Harap semuanya ok. InsyaAllah, ada rezeki kita semua.
Hi,slm.hurm takot nye.huhuhu smlm da p kpj.igt nk wat checkup jek.xnak jumpa doc.rupenye xleh.pastuh time jumpa doc tuh dia trus suggest wat yg msuk kamera tuh.bkn hsg.hsg tuh mcm xraykan.ni yg kn masuk kamera. Kn operate gak la.rm 8000 ++ mr suami trus diam.doc xcite pon pasai hsg.huhuhu pastuh tanya dia nk wat hsg lu.dia mcm xgalak kan jek...waaa....mcmna ni.mcm nk nangis pon da gak ni.sy dh nk masuk thn ke 5 dh ni....
firra,
W'salam. Kenapa die terus diagnosed nak masukkan camera bagai? awak ada history treatment kat situ ke yg menyebabkan die terus decide awak kne tebuk bagai masuk camera? huuu sori byk soalan sbb tak paham knapa doc tu suddenly decide trus mcm tu. Awak ade pcos ke? Jgn sedih2 dear, kalau rase tak yakin, u're fee to find another gynae. Its your body and money. :)
Tula.xder lak history paper.dia kt sbb dh 5 tahun.tuh suggest mcm tuh.huhu...pastuh last doc tuh kt t lpas priod hr ke 2 mai jumpa dia lg.adoiiii.hurm penat la nk pk
oh..gitu. takpe, awk pikir dulu nanti decide. maybe die nak tgk ovaries awk le kot ke die nak buat ovaria drilling? huuuu.. konfius. tapi awk jgn patah semangat! buat apa yg awk yakin ok & bagus!
Alhamdulillah...Br lps wat hsg td...kne rm 320...kt kpj puteri jb...normal jgk...tp xskitla sbb dh mkn ubt thn skit arcoxia 120mg n antibiotic azithromycin sejam sblom procedure with payment rm 60....arinie jekk a biz almost 1000...semua sbb usaha nk dptkan anak...doakan sy jugak ye...
Dyna efy,
Oh its good mkn pain killer bfore buat hsg. atleast tak sakit kan. sy dlu xde mkn pape pon. Mmg ttc ni kite bkorban kluar byk duit. Takpe rezeki smua pun dr Allah kan.. insyaAllah akn ade rahmat rezeki yg menanti kite smua. nnti u monitor your hari subur. klo dah nk sampai, u BD la kerap huhuhu.. Some people lepas hsg, tube sume tgh luas tbuka.. so hopefully senang sperms nak swim jumpe egg! Baby dust to you!!!
Adddooooiiiiii....mcm mn nk buat ni....takutttttnya....
hehehe.. takpe, lain org lain.. byk member2 ttcian yg lain ckp dorg wat x sakit. klo x buat, x tau kan condition rahim.. rugi wooo
Salam smua. Saja nak share. Smlm slesai HSG kat KPJ Dmsara (Tawakkal xdpt apoment, nk cepat xsabar) cost RM250 GL Xcover.
Ok sambung,kluar KPJ je confident strong sengih2 kt Dr n nurse kata xsakit pun klu bca blog ada smpai mraung xbolh bgun.
OTW balik menyinggah Mydin cri brg drive lak jem hujan jumaat lg.
Smpai umah husband tny mcmna siap kata I'm strong xmcm og lain.
Then msak brsihkn dapur. Tgh2 mghdang dh trasa... bdn dh xbolh lurus trus mndi salin n baring xsmpat mkan. 20min lpas baring tu "Raksasa gorgon" pun mnyerang.
Lurus salah belipat pun salah serba xkena mcucuk2. Mncurah2 ayer mataku. Husband dok tepi kjap letak bntal kjap tarik bntal... Ya Ampun ini ka namanya ksakitan HSG. Ada og trsa awal. . I pula slepas. Ptutla Dr sound awal2 klu mlm ni rasa sakit mkn je pnadol. Xsangka la pula.
Moral of the story.. lps HSG bykkn rehat wlpun Xrasa sakit lg time tu okey kngkawan. AMARAN KERAS!
Eja,
Heee.. kita senasib. Ade yg bnasib baik tak sakit.
So normal ke x?
Tanpa nama,
Alhamdulillah semua tubes dan womb normal. Sy ade jugak tulis kat bahagian bawah sekali post ni.
Aduhai. Sakit parut aku baca pegalaman ko. Sbb sama mcm aku gak. Actually baru pagi td (6/10/2015) aku buat HSG. Masa HSG tak sakit. Siap hubby ckp i keluar bilik prosedur mcm nak berlari sbb gembira xblockage. Lepas sejam kat kedai makan. Berjujuran air mata laju membasahi pipi sbb sakit gile. Jalan membongkol mcm org lepas bersalin. Dan sampai skrg ni mengelepar atas tilam sbb sakit perut. Dah telan panadol tp masih rasa sakit bila nak gerak. Taubattt okehh. Anyway awak da selamat dpt baby yg comel. Saya masih lagi berusaha. Saya pon nk update pengalaman HSG kt blog saya nanti. Bye
Petg td sis pon bru buat HSG kt Columbia Asia.. sakit juga.. tapi skejap je.. lepas tu ok dah.. keluar bilik siap senyum kt husband lagi.. tapi lepas 2-3 jam lepas tu..ada rasa sengal2 sikit kt kawasan tu.. but everything ia fine..
Catat Ulasan