22 Disember 2014

Hairy pcoser

Benci pcos!
Boleh ke cakap macam tu sedangkan pcos tu ketentuan Allah yang bagi? Nauzubillah..

Sejak kecik lagi dah perasan asal bulu roma kat tangan ni agak ketara? Tak kasar tapi halus dan panjang. Beza dengan budak-budak sama darjah dengan aku. Yup aku perasan perkara ni sejak sekolah rendah lagi.

Sama dengan betis. Bulu roma lebih ketara sedikit tapi belum sampai tahap obvious. Pernah asked my mom, she said memang.. kalau ikut keturunan atuk memang akan berbulus sikit. Hmmm. Looking back, memang ade a few female cousins yang genetic sebelah atuk aku kuat, dorang memang akan ade bulu roma tangan dan kaki yang ketara.

Tapi sikit cemburu bila tengok cousin yang tak follow family sebelah atok, which dorang follow family sebelah atok lain.. licin je kaki dan tangan.

Umur sekecil darjah dua pun aku dah pandai menilai perbezaan tu. Lebih teruk lagi siap cemburu dan siap marah lagi kenapa aku ikut sebelah mak aku sedangkan sebelah bapak aku bulu kaki pon takde.

Tu cite kecik.

Masuk sekolah asrama. Hati resah.
Mana tak resah, sekolah asrama kenkadang geng akan mandi sesama sambil gosip2 basuh kain. Time tu semua orang berkemban or bertowel je. Aku? Bertowel gak.. Tapi tpakse beli towel besar dan panjang yang akan dapat tutup betis. Betis yang kaler sawo matang pon orang boleh perasan bulu roma aku.

Pas dah anak dara. Lagi-lagi dah nak masuk status tunang orang. Hati memang resah. Masa ni dah start aktiviti cukur mencukur. Aku mula noticed dorang mula grow thicker and longer! Kat betis je. Sebaik armpit tak terlibat! Hati makin bengang la sebab dah la nak kawin, takkan husband nanti nak tengok kaki isteri camni! Sedih weh. Time ni memang tak tau pon pasal pcos. Aku dok fikir ni keturunan. Nak buat camne.

Bile dah kawin, aku tau dah pasal pcos. Husband pon faham. Takde perkara pelik keluar dari mulut dia, Tapi kadang-kadang hati isteri tetap terusik kalau husband gurau-gurau. Kadang-kadang husband ade terlepas cakap, kalau b jadi lelaki mesti yang jenis ada jambang sebab sideburns b halus dan lebat. Rambut pun lebat. Selalunye aku bidas dengan senyuman je. Tapi kalau tewas, akhirnya aku akan bidas "Allah bagi penyakit pcos ni kat orang. Orang terima je. Untung Allah bagi peluang dapat anak walaupun pcos".

Sedih kan. Tapi aku ingat ni Allah  bagi. Terima je. Sebaik aku TAKDE MISAI! sebab aku tengok ramai gak pcoser ade misai.
PCOS_Tab1-img
Femme fatale
Excessive hair growth salah satu symptom pcos. Tapi ade gak pcos yang takde bulus2. Mcm aku pimple takdok, bdn kecik.. So depends on individu je kot kan.
Aku suspek hair growth ni boleh dibedung dengan secara (atleast) minima dengan control ape kita makan dan supplement ape yang kita ambil. Hmmm aku takde la buat kajian pembacaan tapi, yang aku perasan sebulan sebelum conceived sofea dulu, aku makan makanan sunnah mcm susu kambing, habatussauda.. bulu tu macam lambat sket grow. Hmm mungkin kawan-kawan boleh kaji sikit pemakanan yang boleh kurangkan hormon lelaki tu sekali gus kurangkan sket bulus2.

Gambar hiasan: Credit to this

2 ulasan:

Unknown berkata...

Joanna, pasal bulu betis tu kan my gynae kata sebab hormon laki tu ada sikit? I was like whattt? Ada kena-mengena ke.. Tapi masa tu i tak study pun bab bulu2 tu sbb sibuk study bab2 nak regular kan period i.. oh, i pun gynae kata pcos.. So, antara bulu n pcos mmg ada connection la eh?

Unknown berkata...

Nina,
Memang ade kaitan pcos dgn bulu weh. Mmg dorang kate kite ni ade tlebih sikit hormon lelaki tu.. tu yg kuar bulus2. Dulu ade sorang gynae tu bile i mention i ni pcos, terus die nak selak lengan baju i. Hahaha terkejut kakak! Tapi die kate oh u punye tak kronik. Tak nampak sgt pon bulu kat lengan. -_-