14 Oktober 2014

BBT, PCOS and frustration

Aku ingat lagi.

Masa dok sibuk ttc dengan amek clomid, buat tvs tah berapa kali sebulan just untuk tengok telur membesar dengan baik or not.. Aku akui rase stress tu memang ada. Mau tak stress? Kena jolok banyak kali nak wat tvs. Sakit kot! Pastu stress + eager untuk tau those follicles matang ke tak? but ended up follicles kecik-kecik macam pearl.. pearls la sangat kan?

Dalam masa yang sama, aku ingat lagi aku berjinak-jinak buat bbt.

Hasilnya walaupun tengah amek clomid, bbt chart macam roller coaster ride! Ni la chart aku time tu.


FRUST!

FRUST CAM TAIK! (time tu).

Serius time tu sikap negative memang ada je dalam otak ni.

Mana tak negative kalau dah spend masa ber bbt bagai, tapi nak dapat ovulation line seems to be impossible. T-T

Frustration tu berlangsung selama berbulan sebelum sesuatu kejadian berlaku menyebabkan aku insaf dan takmo lagi negative vibes dalam diri aku.

Then, bulan Oct 2012 aku mula pilih supplement untuk amalkan makanan sunnah, Tah macam mana, bulan tu jugak bbt aku jadi cantik. Bulan tu juga aku dah redha dan stay positive. Takde dah nangis-nangis. Takde dah gaduh dengan husband bila MIL buat ayat-ayat yang aku rase macam tuju kat aku. Surprisingly, bulan itu jugak aku conceived sofea. Mungkin semua ada kaitan. Mungkin juga kan. Sapa tau? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

So bila ada pcoser yang frust ttc, frust buat bbt, frust check opk, frust bazir duit buat upt bila period dah due, kekdahnya period tak muncul-muncul walaupun upt negative. Aku memahami sangat. Husband aku pun memahami sangat. Kalau air mata tak kering, basah lenjun dah pangkuan die tu dengan air mata aku.

Aku tau korang tabah.

Tabah la wahai ttcian.

4 ulasan:

Nurul Asma' berkata...

joanna, this post is really goes to me..haha..yup da 3 -ve upts..and sbnrnye start 2 bln lps da start amik mknn sunnah..so hope is still there. bila la nk jadi peng bbt dan opk tegar ni..huu..moga Allah bagi kekuatan..

Joanna OT berkata...

Nurul Asma'

Hahaha sama kan! Sepp sikit!
InsyaAllah sama-sama kita doa hormone kita getting better dengan amalan mknn sunnah. Ttcian memang tegar dan tabah! Never giv up dear!

Nina Shaff berkata...

asslm joanna.
i pun pcos,and finally berjaya pregnant and delivered a baby girl via a c-sect.
teringin nak tmbah anak lagi, padahal baby baru 6 bln, new life pun still nak adjust and adapt lg..

i ada baca cerita Jay yg dia conceive lg, tp miscarriage.

persoalannye, bila i boleh start ttc balik?

Joanna OT berkata...

W'salam Nina Shaff,

Kalau baby baru 6mo, normally hormone tu still seswai sgt nak pregnant. Banyak kes yg macam tu. Utk soalan bila maca sesuai nak start ttc balik, uboleh refer post i yg ni:

http://haveyoufoundonewomb.blogspot.com/2014/06/back-on-ttc-track-after-cesarean-perlu.html

dalam post ni, i ade jelaskan apa yg gynae i terangkan bila kita blh start pregnant balik especially c-zerian mom.. hopefully dengan explanation gynae tu blh helps u decide when. :)
Kalau dah preggy for 2nd baby, share ek story!