14 Oktober 2014

BBT and OPK - bestfriend forever!


Hello.

Tiba-tiba rasa semangat nak update blog sekarang sebab aku rase kitorang dah officially start second ttc.

Member aku dok suh start balik bbt last week. So aku pun belek-belek la balik website fertilityfriend (FF). Pergh terimbau kembali chart bbt (basal body temperature) aku time bulan yang aku conceived sofea tu. Bila belek-belek, aku pun realized memang elok pun aku buat bbt sekali daripada aku odk buat opk je. Opk ni bukannya boleh bergantung 100% kan.

So lepas CP dan menses hari tu (read this), aku start balik ttc dengan bbt. Masa sebelum menses, suhu aku tinggi 36.9C. Normally orang pregnant memang suhu akan tinggi like >36.7C. Masa bbt sofea dulu pun bila dah positive upt, suhu menten atas 36.7 je. Tu yang bile tiba-tiba early miscarriage / CP tu rase macam adeh! Tak jadi la pulok. Hee.. Suhu pun turun mendadak 36.0C. Redho...

Bbt ni kita lebih cantik bile kita buat sekali dengan opk sebab dia memang ade kaitan. Di website FF, korang boleh tengok chart yang die explain pasal perubahan suhu dengan level hormon kita macam kat bawah ni.

Source: Fertility friend

Masa tengah period, dijangkakan level LH kita akan rendah. Kalau kita tengok pada CD6 (chart atas), dia dah start test opk. Hasilnya negatif kan sehingga opk jadi positif bila suhu dia meningkat pada CD17-CD18. Time ni berlaku LH surge (peningkatan level LH). So, bila berlaku LH surge, barulah opk positif tu la tandanya kita tengah ovulate / hari subur.

Tengok chart kat atas ni sakit ati je kan sebab tau tu chart orang subur. Hah, meh kita tengok chart orang pcos. Chart aku la tu :p Sama pattern tak?

Bbt Chart (Sofea) - Cycle October 2012 

Tengok bila aku test kat CD24 (26 Oct 2012), result opk negatif. Line jelas cuma tak sama pekat dengan control line (gambar bawah). Tapi bila aku tengok suhu cantik naik pada pada CD27-CD29, opk jadi positif. Kedua-dua line jadi sama terang. Ni selari dengan eggwhites pun banyak.


1) 26/10/2012 - pagi (CD24)
2) 26/10/2012 - ptg (CD24)
3) 29/10/2012 - pagi (CD27)
4) 30/10/2012 - tghari (CD28)
Haaa.. puas ati tengok chart sendiri kan. Chart pcos.

So hari ni aku buat lagi test opk at D5. Just nak confirmkan level LH aku betul ke tak. Resultnya seperti yang dijangkakan low level LH (Gambar bawah) pada suhu rendah (35.8C). So far looks ok dengan pattern yang sepatutnya. Aku will update soon pasal chart ni once lengkap. 

Bbt chart - Cycle October 2014
Faint line opk at D5. Nampak tak?

Kalau korang berminat nak buat bbt dan opk. Boleh order opk kat aku. Click je order form kat tepi blog tu. :)

2 ulasan:

Nurul Asma' berkata...

klu period xregular mmg susah nk tgk bbt kan.. sampai i give up tgk bbt i.. n i xpernah dpt +ve opk..skrg da cd60, should i cont bbt n opk?

Joanna OT berkata...

Nurul Asma',
Tula kan. Memang kdg2 rase nak give up. Mmg pcoser ni mcabar btol time nak buat bbt ni. sy pun pernah ade cycle yg tingtong suhu tapi lepas sy mkn mknn sunnah. Alhamdulillah ade perubahan. Dah CD60 ade test upt? klo pg jmpe doc msti doc suggest ubt turun drh kan? tabah ya awk.