14 Mac 2013

TTC entry - Kesanggupan Kita

Assalammualaikum bakal penghuni Jannah.

Hari ni aku nak cakap pasal ttc. Lama dah takde entry ttc. Aku terpanggil tulis pasal entry ttc ni sebab aku rase ttc life ni banyak hikmahnya.

Believe it or not, being a ttcian makes me a stronger person. Stronger dari segi apa?
Obviously aku lebih kuat dari segi kesanggupan untuk mendisplinkan diri fokes dan tetap pada sebarang usaha yang aku pilih untuk amalkan.

Having a pcos condition, buat aku sedar yang usaha untuk jadikan hormon aku stabil ni perlu displin yang TINGGI dan it comes with PELBAGAI usaha yang aku perlu terokai. Percaya atau tak, setiap usaha tu nak tak nak kena buat aku paksa diri aku untuk jadi rajin.

Tak caya? Meh aku bagi pencerahan.

BBT -
ingat kalau displin tak tinggi, senang ke nak rutinkan diri sendiri buka mata je trus tangan capai termometer from side table (tanpa perlu bangun) dan tunggu dalam 5min untuk dapatkan bacaan. Then aku key-in bacaan in my phone dulu before pegi kerja nanti br add data to FF website. Hah, bayangkan nak buat ni setiap hari. Kalau weekdays takpela. Macam mana kalau malam sebelum tu aku balik kg dan lewat tido sebab berborak sakan with family sampai tidur lewat pagi. Boleh ke aku committed nak bangun at 5.00am hanya untuk amek bacaan? Aku stick pada pukul 5 pagi sebab usually on weekdays aku memang bangun pada waktu tu untuk prepare bekal hasben & bersiap gi keje.

TVS setiap cycle clomid - 
ingat kalau takde keazaman tinggi, tiap-tiap bulan ada je muka aku ni kat klinik panel tu untuk scan telur. Yang ni mungkin la tak berlaku everyday, tapi rutin ni berlaku tiap-tiap bulan. Rutin ni effects masa dan komitmen aku pada kerja. Samada aku curi-curi gi ke klinik atau aku acknowledge my boss dulu sebelum ke klinik. Dah la tunggu berjam-jam nak tunggu giliran kat klinik. Udahnya, I had lower appraisal marks than a year before from my boss. Tapi ade aku menyesal? TAK! aku tak kesah, lantak la nak bagi aku lower marks ke surat notis ke janji aku tau aku dah usaha terbaik untuk dapatkan zuriat. Berjaya atau tak, aku tolak tepi masa tu.

Supplements -
Setiap supplement yang aku amek (ley rujuk sini eyh) semuanya perlukan determination yang tinggi untuk pastikan aku tak ngelat amek sume tuh! Serius weh, kalau ikut hati rase tak larat nak makan macam-macam, tapi demi nak perbaiki hormone level, aku kena gak berjuang. Setiap pagi sebelum gi keje, aku akan pastikan masak air dan bancuh susu kambing khisbun & cafe khisbun untuk hasben aku. Aku akan minum pada kol 6.30am sebelum gerak keje. Cafe hasben aku nyer lak aku letak siap2 dalam small flask supaya bila die minum kol 8.00am nanti sebelum die gi keje, air tu still warm. Tu baru susu kambing. Camne dengan EPO, shatavari, hulba & madu, tolak tepi fast food, soft drinks, nescafe, makan tradisional kegemaran aku like rebung madu, air tebu, air kelapa? Harap korang dapat bayang komitmen yang aku kena fokes.

Baby dancing (BD) -
ingat bende ni tak perlu komitmen ke? kalau aku tak pcos, sure takyah risau kan. Sure setiap D13-14, aku ajak je hasben aku BD insyaAllah ada yang lekat nanti kan? Tapi, dah nama pcos. Hari subur pun berubah-ubah sebab cycle panjang sampai D40. Jadi nak tak nak, serius aku cakap memang kena buang rasa MALAS & PENAT untuk BD. Korang paham-paham jela, bukan sepanjang masa kite nak 'bende' tu kan. Kadang-kadang time kite nak, pasangan kite letih. Time kite letih, dia pula nak kan? So aku buang rase  malas ni camne tau? Aku pegang cakap sorang beloved friend (she's normal tapi faham masalah fertility aku). Ape ayat die?

"Takpe BD je banyak kali pun takpe. Kan BD ni best!"

Serius. Aku memang pegang cakap die dan alhamdulillah aku tak pernah fikir BD ni beban.

OPK test -
Haa ni lagi satu. Dah nama pcos kan, hari subur pun belum tentu tau hari ke berapa kan? So aku tetap fokes beli banyak-banyak opk untuk determine hari subur aku. Ni salah satu method aku la nak tentukan hari subur. Lain org, lain la caranya kan. Ikut mana sesuai dengan anda. Tak pernahnya dalam satu cycle aku wat sekali je opk. At least sure 2-3 kali gak. Haaa..nampak kan kat celah mana kena tanam displin dan fokes aku tu.

Surfing -
Ni lagi satu. Aku ingat kalau nak layan malas, memang haram jadah la aku nak spend masa surf pasal info fertility kat internet hari-hari. Tapi kalau aku TAK CARI SENDIRI info, sape nak suap aku pasal bende2 ttc ni? Kawan? ttcian lain? tapi macam mana kalau masalah kite lain sket dari ttcian yang lain? ah sudah, duduk termenung je ke aku? So bile ada free masa aku curi-curi gak la surf pape info yang aku rase sesuai dengan usaha aku supaya kalau Dr or some one else tanye pasal usaha yang tengah aku buat, aku ada sket ilmu dan pencerahan mengenai perkara berkait. Tula aku cakap, bile ttc dapat rezeki jadi mom to be, aku rase ttcian lah bakal ibu yang terbaik sebab kite dah biase cari-cari info. Ada kemusykilan sikit je, kite dah kelam kelibut cari info rujuk sana sini kan. Haaa nampak tak hikmah ttc tu?

Amalan kerohanian -
Ni aku prefer tak sebut. Tapi rasenye byk ttcian kita faham kan. Amalan mendekatkan diri pada Allah memang perlu displin tinggi since syaiton ada kat mana-mana kan.

So, kalau aku dengar orang kagum dengan usaha ttcian ni, aku tak heran! memang kite ttcian ni KUAT semangat! KUAT azam! KUAT terokai usaha! KUAT cari info.. dan aku caya gak, kebanyakkan ttcian yang aku kenal become stronger dan rigid dengan setiap usaha dorang than they were before. Kalau ada yang masih mengomel, merungut dengan their ttc life... please darling wake up. Starts today and give your commitment to it. InsyaAllah, ada nikmat menanti dalam apa juga caranya. Sama-sama aku doakan.

Amin.



7 ulasan:

Sarah Ghazali berkata...

Sokong! word~

p/s: am a silent reader but really like to read your blog. very detail!

from a ttcians also! :)

JayFarhana berkata...

BENAR!
BENAR!
BENAR!

eh semangat lak :P

Kalau tak sanggup jgn komplen.
Kalau tak sanggup jgn dengki tgk orang lain ada anak eventhough die takyah usaha teruk2 pun senang2 je dpt anak.
Kalau tak sanggup jgn menangis.
sekian.

Joanna OT berkata...

Sarah,
Tq dear!

Jay,
Perit nak telan kan, tp tu yg BENAR! Nak tak nak kite kena ubah.

chikadakbiru berkata...

assalamualaikum.tahniah sbb berjaya preggy..i tak habis khatam blog u lagi...enjoy baca... sangat berilmiah...2 jam jugak terganggu keje kat ofis hahaha.kadang2 terselit jugak kesedihan...siap nangis lagi waa...
jaga kesihatan baik2 ya...

Joanna OT berkata...

chikadakbiru <--unik nma! :P

TQ dear!

miszfizah mrnazrul berkata...

Assalam...sis ...ur blog bagi saya semangat to conceive back after lost my baby - ectopic pregnancy.teruja tengok video ur baby..take care.

Joanna OT berkata...

miszfizah mrnazrul Yey!!! gudluck dear!!! Doa kami iringi awak! u too tcare