11 Januari 2013

Hint & perkara pelik sebelum conceived

Masa ttc dulu, suke sangat baca blog-blog or topik kat forum yang ada tajuk unsur-unsur ‘hint-hint sebelum pregnant’ atau tanda-tanda pelik sebelum pregnant. Dari apa yang aku tengok memang macam-macam yang dorang alami. Lain orang lain hint-hintnya. Err yang aku cakap ni bukan tanda-tanda common macam lewat period, UPT positive, breast sakit. Tu semua insyaAllah bakal dialami oleh mommy to be. Yang aku maksudkan ni yang pelik-pelik. Like our sixth sense or kita sorang je perasan benda tu.

Hari ni aku nak share ape yang aku alami sebelum disahkan pregnant. Bukannya ape, aku rase benda-bende ni menarik sebab banyak perkara boleh berlaku tapi yang perasan mungkin hanya kita sorang je (mother’s instinct) dan aku percaya mom to be yang kat luar sana pun banyak alami bende-bende pelik ni kan. Bende-bende ni jadi kat aku lebih kurang masa 2ww.

Aku mula dulu dengan hint-hint yang fizikal yang berlaku.





Letih tahap dewa. 
Kebetulan masa benda ni berlaku, workload aku dalam masa seminggu tu takde la heavy sangat. Aku pun banyak mengular hahaha. Errr mengular lepak-lepak gossip je. Takde pon aku kuar ofis jenjalan sana sini. Tapi hasil daripada aktiviti gossip tu, balik kerja aku boleh rasa hilang tenaga sampaikan masuk je pintu rumah terus bergegas cari bilik dan bummm! Terdampar la atas katil. Huh, letih gak gossiping ni ek? Hahaha.

Tidur tak hengat.
Haaa bile dah letih, aku memang looking forward nak tunggu maghrib pastu solat terus tidur. Isyak aku wat dalam kol 2-4 am. Yes teruk kan. Serius tak larat. Hasben aku pun heran pekejadahnya letih sangat aku ni.

Kaki sejuk tak memasal.
Tak pasal-pasal time tengok tv dengan hasben sambil laga-laga kaki, hasben sound apesal kaki baby ni sejuk sangat? Hall kita ni bukannya ada aircond pun. Aku pun pelik gak kot! Sebab aku ni jenis badan panas. Dah banyak orang bile salam dengan aku, dorang tegur demam ke? Aku tanye kenapa? Dorang cakap tangan panas sangat. Tak. Memang aku dilahirkan suhu dalam badan panas.
 
Rambut berminyak.
Selalunya rambut aku cuci setiap dua hari sebab rambut aku panjang lambat kering. Lagi-lagi dah pakai tudung ni, aku tak amalkan rambut basah-basah ikat dan terus pakai selekup tudung. Tapi masa 2ww, kepala aku ni macam kelapa sawit boleh? Adoi. Sekejap je berminyak. Ni pun hasben perasan.

Jerawat.
Aku tahu ade orang bile time nak period, akan keluar jerawat kat muka. Aku pun sama. Tapi kali ni time 2ww, jerawat besar dengan riangnya tumbuh dekat pipi dan dagu. Pastu ade lagi! Jerawat kecik-kecik (yang syiok kalau picit tu) keluar kat tepi-tepi anak rambut di dahi, pastu dekat kulit kepala tepi-tepi anak rambut kat belakang tengkuk.

Hahaha bagi aku perubahan ni pelik sebab kebanyakkannya tak atau jarang sangat berlaku kat fizikal aku. Haa sekarang nak cite lak pasal hint yang lebih kepada instinct.

Langgar pantang.
Selama 4-5 bulan terakhir ttc, aku memang pantangkan makan fast food & soft drinks. To be exact – air coke (gile sedap!). Tapi masa 2ww tu, aku cam gile meroyan kot hari-hari nak makan AYAM GORENG SPICY MEKDI + AIR  COKE! Perghhh. Aku prefer ayam goreng spicy mekdi sebab die sangat pedas compared to spicy KFC yang macam takde cili tu. Ya! I’m a chiliholic! Hahaha.Tapi aku gi gak makan ayam KFC tu kalau malas nak gi mekdi.

Sampai la satu hari, aku dapat hint tiba-tiba. Aku gi drive thru KFC, aku rase clear sangat aku cakap

“Kak, bagi snack plate spicy & air PEPSI” (sebab KFC takde COKE) . Kakak tu reply, “ok, air PEPSI”
Then, bile dah abes order, die nak repeat order balik sebelum kete aku gerak. Sekali die repeat camni
“Snack plate satu, ayam nak thigh, air nak MILO. Anything else?”

Whattttt? Air milo. Jauh kot bunyi PEPSI dengan MILO. Terus aku terdiam. Eh. Nape ni?
Terus aku insaf sorang-sorang tengok mesin order tu.
“A’ah kak, air  milo”

Aku terus amek makanan & tinggalkan KFC tu dengan seribu tanda tanya. Aku soal diri aku, “Allah nak bagi petunjuk ke?”
Memang blur masa tu.

Pas tamat cite KFC tu, aku still lagi addicted to fast food. Aku gi lak mekdi alamanda. Order Ayam goreng spicy tapi air milo. Selalu aku laju je makan. Sekali, tiba-tiba aku rase geli pula bila ayam tu masuk dalam tekak aku. Eh. Petunjuk lagi ke? Pastu tobat kejap tak makan dah mekdi sampai la kandungan aku usia 3 bulan neh baru berani beli balik mekdi.

Air tebu MIL
Aku balik visit family in law aku. Kat belakang rumah memang banyak gak la pokok tebu sampai bulan puase ade gak penjual-penjual air tebu habis stok tebu, dorang redah gak rumah MIL aku beli tebu. Pagi-pagi lagi, FIL dah keluarkan mesin tebu. Waaaa siap ade mesin tebu. Tapi aku cam malas nooo nak tolong dorang kupas kulit & potong tebu. Melecet kot tangan. Tapi hasben aku dok kenyit-kenyit mata suh tolong sebab FIL ada, so takley tunjuk malas. AKu bukan ape, kalau aku tolong pun, aku tau bukannya hasben aku kasi minum. Yela, memang tengah pantang makanan2 tajam kan time ttc. Nak tak nak, tolong la gak.

Bila dah start mesin dan baru dapat satu jag penuh, MIL aku dah sibuk keluarkan cawan & ais dah. Huh, menggoda jiwa. Pastu banyak kali pelawa aku minum. Aku tengok je muke hasben aku. Last-last, aku taknak hampakan MIL, aku cakap “ade orang tak bagi saya minum mak sambil juih mulut ke hasben” hahaha. Terus hasben aku cakap, eh minum la sikit. Buat rasa. MIL aku diam je.

Apa lagi, aku memang minum sikit. TAPI REPEAT BANYAK KALI KOTTTTTT. Hahaha. Puas ati aku dapat minum air tebu fresh. Sedap gile. Dah nak setahun gak la tak minum air tu.

Sekarang bile difikir-fikirkan balik, semuanya make sense.

oOOO.. rupenya mungkin Allah nak bagi aku merasa  air tebu tu sebelum aku pregnant. Kang time pregnant, celah mana nak minum.

oOOO.. rupenye Allah bagi hint takley minum softdrinks dah sebab mungkin baby tengah jadi.
Huuu macam-macamkan? Tapi bende-bende ni kita sorang je perasan dan kita akan faham bende-bende ni jadi once confirmed pregnant. Alhamdulillah. Allah tu Maha Kuasa. Segala yang baik memang datangnya dari Dia. Aku sahajalah yang bersifat buruk dan kejam terhadapNYA.

Err..lupa nak bagitau. Lepas 2 bulan preggy, baru la ade guts nak cite kat hasben yang aku bantai minum air coke sebelum conceived. Hasben terus BULAT MATA! Hahaha.

3 ulasan:

JayFarhana berkata...

hehehe!
my hint was
1. perut KERAS mcm ade batu duduk kat dalam.
2. LAPAR TAHAP DEWA lebih terok dari lapar 2ww.
3. Something whispered to me telling me that 'u're pregnant. u're pregnant. u're pregnant'

sbbkan tiga2 weird sign ni lah i test before my period was due. and the result was faint positive.

Joanna OT berkata...

woaaaa u siap ade suara bgtau u peknen! lagi direct. huhuhu. i cek hpt before due hanya sebab i rase malas sangat nak keluar rumah beli pad since stock dah habis! err.. tu pon might be a hint rite? hehe

Tyra&Zami (Tyrazami) berkata...

Wahhhhhh...bestnye entry u.... Ske sangat2 bace blog u ni.... Update byk2 lagi dear!!!!

p/s: doakan semoga i berpeluang rasa dan alami mcm u.... Almost 2 years da g treatment....