31 Disember 2012

Big Belly

Uuuuu sesat cari blog sendiri hahaha. Bersawang dah 3 minggu kot tak hapdet.

Well quick update on my pregnancy. Baby's doing fine. Alhamdulillah syukur sehingga kini Allah masih meminjamkan baby ini kepada kami. Today aku genap 11 weeks dah. Setiap kali pegi scan, setiap kali tu la aku and hasben dikejutkan macam2 'peel' our baby! huhuhu... at one time siap buat summersault lagi hahaha. Funny but syukur.

Hari ni nak story pasal perut.
Last 2 weeks, aku went back to visit my parents. Setiap kali aku jumpa dorang, abah aku sure kate 
"mak aih betul ke Dr kire berapa bulan ni?"
Ya.. abah sound perut aku besar dari sepatutnya. Mak plak cakap;
"mak dulu kalau mcm ni kandungan 5 bulan baru besar camni"
=.=''
Pastu bila aku jalan lelaju, abah sound
"kau ni jalan laju jer tak macam orang perut besar"
terus terinsaf kejap selow kan jalan.

korang nak tengok, big belly aku? Ni aku bg gamba2 utk comparison huhuhu...
aku pon seram tengok.
Gambar kat atas ni gambar aku zaman free lagi :p. Bile kenang2 balik gambar masa bertunang & 5 bulan pertama kawin, sakit ati tengok. huuuu boleh ke capai balik figure tu. Reason aku letak gamba2 ni saje nak bg korang compare sebelum kawin, awal kawin & awal pregnancy.

Kat bawah lak gambar aku awal pregnancy. Ready nak tengok ikan paus? hahaha. Taraaaaaaaaaaa...

Bayangkan dari hari pertama aku detect faint lines hpt tu (3 weeks), perut aku biase je. Yang ada pon spare tayar sikit2. Pastu naik je sebulan setengah (7 weeks ++), hah! amek hang. dah macam 3 bulan. lepas tu naik 2 bln setengah (10 weeks), ada orang kate dah macam 5-6 bulan. Gambar ni aku tarik pjg sangat. kalau ikot gambar ori, lagi jelas big belly aku.

Memula niat bila tau pregnancy (3 weeks) aku niat nak diamkan dulu pasal kehamilan ni. takmo bagitau sesiapa kecuali parents je. tapi, masuk je 4 minggu, perut dah tak mampoo sorok. Hasben yang pegi outstation 3 hari kerja pun terkejut balik tengok perut aku tegang sangattttttttttttttt. Itulah bila niat nak sorok, Allah lagi berkuasa. Dia jadikan aku jatuh dalam ketagori perut besar pula. Seolah2 Allah galakkan aku sebarkan berita gembira ini. Aku bukan taknak sebar, cuma bila kite ttcian ni, macam2 pikir. Chemical pregnancy, molar pregnancy, ectopic semua bergayut dalam fikiran. Lagipun akak aku pun tak pregnant lagi, aku taknak orang banding2 kan dia dengan aku. Bukan dia taknak zuriat, cuma kita akur dengan rezeki Allah tentukan. Aku siap warning lagi family & kawan2 yang tahu supaya jangan wish kat fb. Last2 bila akak aku tengok perut aku dah memang tak boleh sorok, dia cakap

"takpelah Dik, elok la orang tahu. Biarlah orang tahu mak abah pun boleh dapat cucu macam orang lain. takde lah orang nak kutuk mak bapak kita"

Ok. sayu aku dengar.

Balik pada cite perut tadi.
Risau besau benor?
Memula tak risau. sebab aku yakin, aku mungkin jenis kulit tebal. tapi makin lama, makin ramai tegur kenapa besar benar perut aku ni. siap ada salesman cakap aku dah 6 bulan. Adoi. Makcik2 sebelah hasben aku lak dok 'bergadoh' mulut dengan hasben yang umur kandungan aku ni dah 3-4 bulan. bukannya 2 1/2 bulan mcm Dr. cakap. Makcik2 siap ckp
"Kite tau lahhhhh. kite orang tua!"
Pulak.

Last2 aku tanye pendapat Dr kat klinik panel aku. Dia kate jangan risau.
"You're bloating je ni. Normal bagi orang pregnant ni bloating = kembong"

Lepas tu tak puas ati lagi sebab Dr klinik panel tu tak usik2 pwot aku. Aku tanye lak Dr kat MAC, HUKM. Dr terus suruh aku baring bila dengar my concern pasal size perut ni. Die TEKAN2 dengan kuatnya dari bawah payudara sampai la ke sempadan ari2. Uuuuu... kesian baby kena tekan. harap dia dapat elak. huhuhu. Jawapan Dr;

"takde ape nak risau. atas kosong je. nothing abnormal. hanya keras di bahagian rahim. angin & lemak je tuh"
Hahahaha. kan aku da cakap, aku kan gained weight pas kawin. So kulit tebal la.
Fuh lega.
Alhamdulillah. semoga Allah permudahkan semuanya.

Kelebihan perut besar?
  • melintas jalan takyah lelaju sangat. kereta sure akan benti nampak ikan paus mak buyung melintas.
  • cari parking kat midvally time cuti krismas, aku siap kuar kete nak booked parking sambil pegang perut tunggu nyonya keluar parking. Kete lain terpaksa akur dengan aku yg memboyot trus belah cari parking lain.
  • hasben rajin teman jenjalan amek angin lepas makan2 kenduri kat rumah sedara. sebab perut yang tegang tak boleh duduk lelama dan tak boleh berdiri lelama. kena seimbang. :p
  • Mungkin byk lagi kelebihan. Tapi so far tu yang aku alami. nanti hapdet lagi. ahaks.





7 ulasan:

Atie Nash berkata...

so cute...bukan semua org dpt big belly ni. selalunya yg pregnant twin je hehe. Anyway, take care dear

Joanna OT berkata...

hehehe.btol! rmai gak yg tnye twin ke? tapi tiap kali scan, masih satu baby. :) TQ atie.

JayFarhana berkata...

wahhhh u punye 10weeks sama dgn i punye 17weeks!!!! :D
masa i 10weeks takde perbezaan lansung cume rase kembang kat pinggang je :P seluar jeans size 27 leh pakai lagi :P xpe mmg ade kelebihan perut beso cume lepas bersalin nnt kene pantang betul2 tauuuu :D

JayFarhana berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Joanna OT berkata...

Jay,
Kaaaaaannnn!!!
beso sgt!tapi smlm i timbang maintained naik 2 kilo since awal2 detect dulu. So nak msuk 3 bln still br naik 2 kilo ok le kot kan?
Eh ke tak hokey? hahahaa

Eika Azis berkata...

Comelnye perut dia!

NazLurve berkata...

i pun 11+ weeks and perut dah nampak. i rs bump baby kecik je. bump lemak yang besar tu. huhu.