10 Februari 2016

Sapu sawang 2015

Bismillah.
Assalammualaikum / Hi dear,

Lama dah tak login blog ni. Ntah la hilang punca nak menulis.

Aku officially dah bersalin last year our second child. Tarikh bersalin adik lewat 4 hari je dari tarikh kakak lahir. Baby girl. Dah masuk almost 7mo dah umur dia..

So far hidup bertambah hectic. My daily activities starts at 4 am.. Kali ni rezeki breast feeding lama, so pagi-pagi kol 4am dah bangun pam susu, followed by buat bubur adik dan lain-lain lagi. Kali ni dapat rezeki anak yang clingy (sebab lama bf kot), anak takmo tengok muka org lain selain mommy kalau terjaga dari tidur. Kadang-kadang tengah buat bubur / pam susu, terpakse tutup api / pam sbb benti nak popok adik yang ngamuk tengok mommy takde. Dah pandai mengensot.. gigih adik mengensot menghala ke bilik mommy selalu pam jika tengok mommy takde tidur sebelah dia. Tapi usaha mengensot tu suku jalan je berjaya..selebihnya nangis kuat-kuat sebab letih mengensot hahaha.. comel je kan. So, agak-agak dari short story ni, korang boleh agak betapa hecticnye life aku..

mmm cukup lah takat tu na story.. nanti sambung lagi. Harap-harap aku dapat cari masa nak menulis blog.

18 Jun 2015

Penjualan OPK/UPT dihentikan buat sementara waktu

Hi all,

Penjualan OPK/UPT dihentikan buat sementara waktu sehingga ??? Huhu ntah.. sehingga aku dah adapt dengan life with two small kids. InsyaAllah. Sure kelam kabut hidup punya. Trust me, bila adik sofea lahir, sofea will be 2yo.. but i'm .. err silap.. "we" (including my hubby) are still struggling to be a great parents. Being a parents is a tough lifetime job! I hope all ttcian will prepare themselves mentally n physically. Ttc life tu hanya sekelumit cabaran sahaja.. trust me on this.

Ok, updates on dua buyer yg previously bank-in duit without my knowing. Aku dah berjaya refund balik their money. Lega aku weh. Aku taknak orang maki-maki kat belakang kate aku amek duit org kan. Padahal aku dah berkurun tak respon emails utk bg invoice or discussed pasal availability opk/upt stocks ada ke tak dengan buyer. Duit masuk akaun pun aku mane la sedar sbb amount pun sikit, sedangkan monthly salary kerja hakiki aku pun aku jarang cek dah masuk ke belum. Yang aku tau buat online payments to pay bills. That's it. Debit or credit transactions jarang cek unless masa betul2 aku tengah run bisness dulu.

So, kat sini aku announce sekali lagi..

SAYA DAH TAK JUAL OPK/UPT UNTUK BUAT SEMENTARA WAKTU.

terima kasih.

 

16 Jun 2015

Allahu Akhbar! Maafkan saya buyer2 opk/upt!

Salam semua buyer opk/upt,

Saya betul-betul minta maaf sangat kepada potential buyer yang dah bank-in duit sebelum sy reply invoice untuk beli opk/upt.

Saya sebenarnya dah lama tak bukak email dan blog sebab sarat mengandung. Pregnancy kali ni agak sukar sbb mana hilang tah energy sy. Serba serbi malas dan sakit pinggang serta pinggul. So saya dah lama decide stop kejap amek order opk/upt. Tapi salah saya juga tak mention dlm blog siang2.. again, sbb perubahan hormone dan sakit2 badan yang buat sy tak larat nk ke pos office.

Ada dua buyer yang telah bank-in kan duit last month. Saya memang betul-betul tak sedar. Nasib baik salah sorang buyer telah email my fren then she forwarded that email to me. Huuuu kalau buyer tu tak buat camtu, agaknye orang dah cop saya online seller penipu! Nauzubillah. Saya dah transfer balik duit buyer pertama since sy dah dapat no.account beliau thru resit online dan tgh waiting dia confirmkan penerimaan duit tu balik. Tinggal buyer kedua sahaja yang belum respon lagi email sy utk dptkan no.acc beliau since dia transfer duit thru atm deposit.. jadi sy tak dapat trace her no.acc.

Kepada semua buyer, saya mohon maaf banyak2! Tak pernah terfikir perkara ni akan terjadi. Diharap korang maafkan saya. Dua date pun dah dekat, takmo bersalin dgn org menyumpah kat belakang kita.

Kepada buyer kedua, Ha**zah Ma**ir, diharap awak dapat reply email/wasap saya utk sy dptkan no.account awak. Maaf byk2.

Dengan ini, saya umumkan sy stop sekejap penjual opk/upt sehingga akan diberitahu kelak. 
T-T

10 Mac 2015

KPI orang luar yang tinggi

Nape KPI (Key Performance Indicator) kali ni yang dicarutkan?
Hahahaaa..
Takde salah si KPI tapi melewati perjalan mengandung anak no.2 ni agak menggelikan hati jika tengok kelakuan orang sekeliling.
Kalau dulu lambat dapat anak, macam-macam ayat sarcastic yang aku dapat. Nasib baik akhirnya aku berjaya tolak tepi nak mencarut kan dorang.
Tapi bila orang tiba-tiba dapat perkhabaran aku pregnant no.2 sedangkan yang anak pertama masih belum cukup dua tahun, masing-masing keluarkan ayat yang hanya buat aku balas dengan senyuman sahaja sabab aku tau itu semua pinjaman Allah je. Tiada langsung nak riak apatah lagi war-warkan khabar tu.

Ayat dari orang yang bunting pelamin tapi nak anak no.2 masih belum nampak rezeki:
"Hish! awalnye pantasnye dari saya ni!!! Saya tak kira hujung taun ni saya nak beranak gak!!"

Ayat dari orang yang selalu gurau-gurau lucah (lelaki):
"Aiiii..cepat kali ni? Tak tunggu yang pertama tu besau dulu ke?"

Ayat dari ahli keluarga yang pernah wish tahniah tapi kalau gugur kau jangan nangis plak:
"Haaaa??? Kenapa tak bagitau ngandung? Kalau susah..susah sangat.. ni dah senang, senang sangat plak"

Ayat dari ahli keluarga yang subur:
"Eh aktif pulak husband ko ni"

Ayat dari ahli keluarga yang ttc kepada husband:
Dah tau dah dia mengandung melalui fb <--- sedangkan demi Allah aku tak pernah upload or revealed dalam fb. Husband aku blh jadi saksi sebab setiap updates dari aku, dia orang pertama dapat notification dan dia sendiri cakap mana ade aku sebar berita. Hanya Allah je tau, orang berkenaan tahu dari mana. Fb aku pun penuh gambar anak, husband dgn bento yang aku prepared utk hubs je.


dan keep coming more..
---------------------------------------------------

Macam-macam kan? Sesak nafas kadang-kadang. Aku sendiri bergelut nak revealed pregnancy kedua sbb nak jaga hati kakak dan sepupu-sepupu yang masih ttc.. aku memilih untuk merahsiakan. Cuma bila dah masuk bln ke3 dan keempat, aku tak mampu dah hide perut kalau pegi kenduri. Dari situ lah dorang tau.

Susah nak capat KPI orang sekeliling ni. Oleh itu, aku galakkan ttcian semua buat tatau je.. takyah nak tacing-tacing sangat. Layan tacing tu sikit-sikit je pastu bangkit dengan hebat! Maksud aku bukan bangkit pegi ganyang orang yang mulut carut tu.. hahahaa bangkit dengan positive vibes yang hebat! Sebab at the end, kita takkan dapat puaskan hati semua orang. Lebih baik puaskan hati yang MAHA PENCIPTA. Amin.

26 Februari 2015

First time husband cakap ape perasaan dia.

Hello darls,

Semalam tengok ulangan drama suamiku En. Sotong. Ada babak pelakon tu nak bersalin. Terus husband cakap

"teringat masa mami lahirkan sofea".

Paling champion husband aku cakap dia ingat, masa aku dah selesai recovery after czer dan dimasukkan dalam ward.. dia pun dibenarkan melawat aku.. dia cakap.....

"Kelakar tengok mata mami time bercakap dengan papa! ". "Mata memang cross habis la (read juling)" sebab kesan bius tu buat aku memang mamai nak mampppp... hahahaa.. ok tu bab kelakar..

Tapi paling tak sangka husband aku tetiba cakap camni..

"Tapi paling sayu bila dapat masuk ward, tengok mami atas katil (<--- tido), papa rase sebak & appreciate sangat..."

"Awat pa sebak?"

"First time menatap wajah isteri lepas isteri dibedah bersalinkan anak orang"

Ok sob..sob.. aku nak nangis.

Pastu hasben aku cakap camtu, dua-dua terus buat2 tengok drama tadi sebab takut kantoi mata berair.

Weeehaaaaa..


5 Februari 2015

Monitoring Postpartum High Blood Pressure

Just a short post this time.

Alhamdulillah dah masuk 4months sekarang. Aku memang usaha gigih untuk kekal positive yang aku boleh vbac (vaginal birth after cesarean). Salah satu halangan aku adalah postpartum high blood pressure yang aku dapat lepas lahirkan sofea.  Till now aku still on med to control it. Aku pun dah masuk group gentle birth and ICAN/VBAC malaysia untuk dapat info berguna and support from them camne nak usaha ke arah vbac. Yela.. mostly doc kadang-kadang sering momokkan kite once pernah czer, most probably next pregnancy pun kena czer sebab risau rapture womb. Lagi-lagi la golongan high risk macam aku yang ade high BP.

Anyway,

Aku start monitoring aku nye bp dengan ubat cara pemakanan. I ate a lot of protein foods compared to carbo. Then, start walk dengan daughter petang-petang (actually sofea yang ngamuk tak nak masuk umah bila balik dari rumah babysitter.. dia sibuk nak jenjalan sambil minum / snaking pape yang aku bawa dari office T-T). Lepas tu aku start self-monitoring bp aku dengan bp set yang aku dah setahun beli dari lazada.

Alhamdulillah nampak perubahan. BPs reading became more stable. And.. lebih takjub bila aku saje buat experiment amek bacaan bp lepas recite Quran atau zikir... Gile bp drop sangat2. Walaupun kenkadang kalau ngaji lelama kan kita macam short nafas sikit lagi-lagi kalau surah panjang. Tehee..

Jap aku tunjuk korang reading bp aku ek..

124/74 - sit, left hand
119/81 - sit, left hand
119/78 - sit, left hand

115/36 - sit, after recite Quran
113/73 - sit, after recite Quran
114/73 - sit, after Zikir & looooong wait tunggu jumpa gynae.

Huuuu.. rase kagum dan takjub sangat dengan finding aku ni. Bayangkan walaupun sengal-sengal punggung tunggu nama aku dipanggil masuk jumpa gynae (2jam tunggu kot!!), bp still stable sbb dok sumbat telinga dengan earphone sambil ikut zikir dalam youtube. Syukur sangat.

Sekarang ni aim aku nak turunkan range sistolic tu pada below 110.. InsyaAllah aku yakin kalau aku kekalkan usaha, kekal positive, minta pada Allah.. dengan izinNya mesti Allah izinkan bp aku ditahap terbaik dan increase chances aku nak vbac. Amin.



23 Januari 2015

Positive to Get Pregnant

Dua hari lepas baca post dari blog Jay, aku sengeh je. Seriously memang teringat balik kat diri aku yang dulu-dulu. Banyak la negative vibes dalam diri aku yang menyebabkan aku malas nak campur orang kan. Mmmm rasenye tu sifat biase orang ttc kot. Last-last, kenduri kawin malas nak pegi, makan kat pantry pun malas, nak borak lelama dengan colleagues pun malas sebab nyampah nak dengar dorang cakap pasal anak je.

Tapi semua tu Alhamdulillah aku berjaya ubah before conceived sofea. Aku start ubah bit by bit. Dan yang paling ketara perubahan aku lepas kematian arwah sepupu aku. Which i treated him badly (indirectly of course <-- donno whether he realized it or not), a few days before dia meninggal. Just because dia datang rumah my parents untuk share his happiness dapat anak sulung dia. Huiii kalau aku cite balik, confirm aku menangis sambil menaip. Yup..till now.. still missing him badly. Pemergian dia banyak hikmah untuk aku.. But i felt so pathetic sebab aku dapat muhasabah diri dengan maximum after I lost him. Sejak tu aku selalu pesan kat orang, jgn tunggu nak datang musibah kat diri kita baru kita nak terhegeh-hegeh nangis berubah.

And.. after he left,

Aku jadi more positive..

2 months later,

Aku conceived sofea.

T-T

Allahuakhbar..

So.. aku cakap terus terang.. 

Sape rase diri die still ade feeling, kalau aku doa nak pregnant, aku nak doa untuk aku je. Sebab kalau aku doakan sekali sedara aku yang ttcian gak tu..nnti die pregnant dulu, aku gak yang ketinggalan.. <-- selfish

Sila daftarkan diri korang ke program yang Jay and friends handle ni. Helps korang untuk wake up and realize negative vibes tak membantu pun kita dalam ttc. Percayalah. Been there..

Korang boleh click kat link blog jay ni kat sini

Or korang baca kat bawah ni and email her.

#InsyaAllah satu hari nnti aku cite balik kaitan aku berubah jd positive dgn my late cousin.

Al-Fatihah...

TTC Breakthrough Program?

Salam semua,

im so sorry for my loooooooooooooong silence
sumpah bizi -_- tapi Alhamdulillah, busy ni tanda rezeki dari Allah.
Dah 2015 dah pun, alhamdulillah anakandaku Fahim dah berusia 1tahun 8bulan.
Tahun ni, aku berazam nak bantu ramai sangat orang. Tak kisah la bantu dari segi apa pun.

Dengan ilham dari Allah Taala, tiba-tiba aku terfikir pasal satu mini-program yang aku boleh buat khas untuk TTCians semua. Patutnya dah lama nak buat, tapi belum konpiden. Kali ni insyallah konpiden habis :P

Berminat tak TTCians semua nak join:

TTC Breakthrough Program


Ok ape ke jadahnye TTC Breakthrough Program?
Apa yang anda akan dapat kat program ni? Ok anda akan dapat;

- Tips on how to cleanse your mind and pulihkan semangat diri on the difficulty to get pregnant, and how it can INCREASE your fertility chances.
- Tips on how to specify our DOA to Allah - yes kadang2 kita tak sedar cara kita berdoa tu ada yang tak betul. Allah memang MAHA mengetahui apa yang kite nak. The prob is, kita ni tahu tak ape kite nak? Don't be surprised if anda sendiri tak tahu apa yang anda nak selama ni. Nanti kite 'cungkil' bersama-sama during this program :D
- Tips on HOW TO ERASE all bad thoughts about not getting pregnant, towards pregnant mothers, towards facebook statuses, towards negative people yang asyik annoy korang, towards kenangan silam/pahit yang korang takpernah nak LET GO - yes, semua ni berkaitan dengan kenapa kita susah mengandung/selalu miscarried.
- Tips on how zikirullah can make your nerves & cells positive, supaya hormon anda LEBIH SIHAT, supaya telur anda LEBIH SIHAT, supaya dinding rahim anda LEBIH TEBAL, supaya serviks mucus anda LEBIH BERKUALITI untuk sperm berenang2 dan melekat dengan ovum anda utk menghasilkan seorang janin yang sihat walafiat.
- Tips on how to react with ignorants like makcik pakcik dan rakyat mesia yang mulut takde insurance TANPA menyakitkan hati anda dan hati mereka, dan INCREASE chances untuk pregnant. Ha..pelik tak macam mana cara kita jawap dengan orang BOLEH increase chances to get pregnant tanpa anda perasan.
- Kita akan adakan sessi 'breakthrough' di mana anda akan rasa LAPANG dada, lapang minda, tiba-tiba yakin 100% yang anda AKAN menjadi IBU dalam masa terdekat, insyaAllah. Ha nak tau apabenda breakthrough tu, kena la datang.

Siapa yang KENA datang?
TTCians yang mempunyai kriteria yang berikut:

- Golongan ISTERI sahaja.
- TTC more than 2 years diutamakan. Kalau TTC baru 6bulan...er pegi honeymoon lah dulu. Tapi taksalah kalau nak datang cuma aku bagi keutamaan pada TTCians yang dah bertahun TTC.
- Fail IUI/IVF/ICSI berkali2..sampai rasa pasrah, taknak cuba lagi dah. Sebab duit pun dah banyak habis.
- Pernah atau banyak kali miscarriage.
- Baru plan nak ambik supplement/fertility drugs prescribe by doc/nak buat IUI/IVF
- TTCians yang dokter pernah kata "U takkan boleh pregnant naturally" atau "Chances u nak pregnant adalah tipis" atau "Kalau u gemok macam mana nak mengandung!? Kuruskan badan dulu!" dan kata2 lain yang buat kite semakin down.
- PALING BENCI/SEDIH nak bukak Facebook/Media social yang lain sebab: Nanti tertengok orang update pasal anak, nanti terbaca pregnant mother yang update dia dah berapa minggu atau morning sickness yang dihadapi, nanti tertengok orang update pasal beli barang baby, nanti tertengok iklan Mother & Baby Expo, etc. FYI, ini masalah jiwa TTCians yang sangat serious. (Yang aku pernah alami dulu) I want to share on HOW to NOT feel like this anymore and increase the chances to 'tiba-tiba' je pregnant walaupun doc kata Takde harapan dah nak pregnant naturally -(mcm aku kena dulu)
- Selalu kena smash tanpa belas kasihan dari keluarga/sahabat handai/rakyat mesia pasal takde anak. Dan anda rasa keseorangan, takde orang yang faham. (husband kurang bagi support, takde kawan nak luahkan sebab kawan2 semua takfaham) So airmata ni sangatlah murah, asyik menangis je bila mengenangkan diri masih belum dapat merasai zuriat sendiri. Takde idea dah nak buat macam mana.
- Sentiasa avoid kenduri-kendara, reunion sekolah, gathering dan sebagainya sebab____ anda tahu kenapa.
- Dah lama tahu pasal kena mindset positif, dah cuba buat, tapi anehnya, SUSAH betul la nak jadi positif ni...sebab hidup dikelilingi orang negatif.

JANGAN datang kalau anda

-Taknak perbaiki diri sendiri dan rasa it's okay untuk hari-hari bersangka negative.
-Jenis yang nak pregnant sekarang jugak tanpa buat apa2
-Don't like the idea of Positive Mindset dan menganggapnya Bullshit.

--
So if you are interested,
Please EMAIL me at jayfarhana@gmail.com (atau komen bawah ni pun boleh) tapi email lebih senang aku nak track.
Insyallah Fee nya cuma RM35 (include breakfast & lunch)
Tentative date 28 Feb 2015 at Avenue Crest, Sek22 Shah Alam.
9am-5pm

Program ini hanya LIMITED untuk 25 orang sahaja.

Siapa aku untuk buat program ni? Siapa JayFarhana tu??
-Aku bukan PAKAR kesuburan, bukan juga pakar motivasi.
-Tapi I'm the SUCCESS story. Apa yang aku share adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan beberapa rakan TTC yang lain ada yang berjaya conceived bila buat exactly macam yang aku buat - dengan rezeki Allah. Aku dah lama nak sangat share apa yang boleh tiba2 menyebabkan datangnya Muhammad Fahim Maliqi, yang diturunkan dari Allah pada aku.
-Aku janji tak jual produk apa2. Ni bukan perangkap untuk anda tiba2 jadi ahli MLM :P hahaha

Insyallah sahabat baik aku Reen Zuhdi - yang juga TTCians - with PCOS - with NO TUBES - conceived via 4th IVF - akan menjadi speaker bersama2 dengan aku kat program ni.

Program ni santai-santai je. Tak formal pun, jangan risau :D
So TTCians?
Email me at jayfarhana@gmail.com and copy paste this:

YES I AM INTERESTED TO JOIN TTC BREAKTHROUGH PROGRAM!

5 Januari 2015

Second pregnancy - beza sangat!

Still early term lagi tapi syukur, dah cecah almost 3months kandungan. Tapi pregnancy kali kedua memang definitely berbeza dari yang first one. Banyak yang aku kalah.

Early months. Mual.
Masa conceived sofea, takde mual-mual. Semua bende boleh makan dan tengok. Cuma selera tak naik jela. Untuk adik sofea, aku mual sangat-sangat. Selama ni jarang makan buah, abes semua buah masam aku makan. Sampai pegi pasar malam, aku hangin tengok budak jual buah tu jual mangga masak, bukan mangga yang masam. Buah strawberry paling mengubat mual aku. Amboi tekak pon komain lagi kan. Nak yang mahal je. Kalau tapau air pun memang air masam je. Takde dah teh tarik pepagi.

Makan.
Nasi aku kurang. Pagi aku rembat bihun sup letak limau. Malam bihun goreng perah limau. Kesian husband, muak dah die menu tu. Penah sekali orang kedai tak taruk limau dalam polisterin bihun goreng aku, husband pon lupa nak check sebelum balik. Aku makan dengan muke sendu. hahaha.

Emosi
Makin garang.
Makin emo. Tengok masterchef australia pun aku nangis. -_-

Energy.
Mak oii mane hilang energy aku pon tak tau. Letih memanjang. Balik keje, amek sofea terus aku terbaring depan hall sambil pantau sofea main. Muke pon jadi kusam sebab tak bermaya. 

Masak.
Jarang sangat! Aku tak boleh bau dapur. Kalau tengok makanan lebihan semalam, sure aku jeluak kat sinki. Ventilation fan dekat dapur wajib buka. Kalau tak aku jeluak lagi.

Bilik air.
Walaupun bilik air wangi sebab bau sabun husband mandi, aku mesti jeluak. Aku tak boleh bau.
Kesian husband terpakse terlebih rajin berus bilik air. Ventilation fan dekat tempat laundry pun kena on kalau aku nak masuk bilik air.

Yang paling champion sekarang. SAKIT PINGGANG.
Aku dah start sakit pinggang seawal almost 3months. Padahal dulu, aku pregnantkan sofea aku boleh kemas rumah packing untuk pindah dan renovate rumah lagi. Angkat barang berat-berat takde hal lah. Tapi tu dulu..sekarang angkat sofea 10kg pun, aku nak menangis dah. Sofea pula dah pandai ngelat nak naik tangga sendiri. Kena berdukung. So, tiap-tiap malam husband akan picit-picit dan usap pinggang dan tulang belakang, just untuk legakan aku. Tapi sakit tetap ada.

Lain sangat pregnancy kedua ni. Last-last aku ngadu ke mak aku, mak aku cakap.. dulu pregnancy kedua dia pun, die tak sekuat yang pertama. Kazen aku yang dah anak dua pun hadapi bende yang sama. I guess makin tua, makin camni kot. Takpelah. Aku redho je. Cuma nak berkongsi pengalaman. Hehe, lagipun kena catat sebab nanti lupa pula nak cite kat anak kedua bila die dah besar, dengan izinNYA.. InsyaAllah.

22 Disember 2014

Hairy pcoser

Benci pcos!
Boleh ke cakap macam tu sedangkan pcos tu ketentuan Allah yang bagi? Nauzubillah..

Sejak kecik lagi dah perasan asal bulu roma kat tangan ni agak ketara? Tak kasar tapi halus dan panjang. Beza dengan budak-budak sama darjah dengan aku. Yup aku perasan perkara ni sejak sekolah rendah lagi.

Sama dengan betis. Bulu roma lebih ketara sedikit tapi belum sampai tahap obvious. Pernah asked my mom, she said memang.. kalau ikut keturunan atuk memang akan berbulus sikit. Hmmm. Looking back, memang ade a few female cousins yang genetic sebelah atuk aku kuat, dorang memang akan ade bulu roma tangan dan kaki yang ketara.

Tapi sikit cemburu bila tengok cousin yang tak follow family sebelah atok, which dorang follow family sebelah atok lain.. licin je kaki dan tangan.

Umur sekecil darjah dua pun aku dah pandai menilai perbezaan tu. Lebih teruk lagi siap cemburu dan siap marah lagi kenapa aku ikut sebelah mak aku sedangkan sebelah bapak aku bulu kaki pon takde.

Tu cite kecik.

Masuk sekolah asrama. Hati resah.
Mana tak resah, sekolah asrama kenkadang geng akan mandi sesama sambil gosip2 basuh kain. Time tu semua orang berkemban or bertowel je. Aku? Bertowel gak.. Tapi tpakse beli towel besar dan panjang yang akan dapat tutup betis. Betis yang kaler sawo matang pon orang boleh perasan bulu roma aku.

Pas dah anak dara. Lagi-lagi dah nak masuk status tunang orang. Hati memang resah. Masa ni dah start aktiviti cukur mencukur. Aku mula noticed dorang mula grow thicker and longer! Kat betis je. Sebaik armpit tak terlibat! Hati makin bengang la sebab dah la nak kawin, takkan husband nanti nak tengok kaki isteri camni! Sedih weh. Time ni memang tak tau pon pasal pcos. Aku dok fikir ni keturunan. Nak buat camne.

Bile dah kawin, aku tau dah pasal pcos. Husband pon faham. Takde perkara pelik keluar dari mulut dia, Tapi kadang-kadang hati isteri tetap terusik kalau husband gurau-gurau. Kadang-kadang husband ade terlepas cakap, kalau b jadi lelaki mesti yang jenis ada jambang sebab sideburns b halus dan lebat. Rambut pun lebat. Selalunye aku bidas dengan senyuman je. Tapi kalau tewas, akhirnya aku akan bidas "Allah bagi penyakit pcos ni kat orang. Orang terima je. Untung Allah bagi peluang dapat anak walaupun pcos".

Sedih kan. Tapi aku ingat ni Allah  bagi. Terima je. Sebaik aku TAKDE MISAI! sebab aku tengok ramai gak pcoser ade misai.
PCOS_Tab1-img
Femme fatale
Excessive hair growth salah satu symptom pcos. Tapi ade gak pcos yang takde bulus2. Mcm aku pimple takdok, bdn kecik.. So depends on individu je kot kan.
Aku suspek hair growth ni boleh dibedung dengan secara (atleast) minima dengan control ape kita makan dan supplement ape yang kita ambil. Hmmm aku takde la buat kajian pembacaan tapi, yang aku perasan sebulan sebelum conceived sofea dulu, aku makan makanan sunnah mcm susu kambing, habatussauda.. bulu tu macam lambat sket grow. Hmm mungkin kawan-kawan boleh kaji sikit pemakanan yang boleh kurangkan hormon lelaki tu sekali gus kurangkan sket bulus2.

Gambar hiasan: Credit to this

17 Disember 2014

Huu anak dara dah!

Genap dah anak aku ni 1 tahun setengah. Fuh, body die still ade gebus gebas sikit. Sedikit sebanyak buat kitorang tak larat nak dokong. Padat!

Dah jarang amek gambar sofea. Bukan jarang.. selalu tapi banyak tak jadi. Hahahaaa.. mana taknye orang dah dapat kaki kan! Tak reti nak dok diam!

Tak caya.. haaa tengok mane gambar yang aku boleh fokes leklok? ade la seketoi dua. Kahkahkahkah.. 



Hahaha.. die bukan tengah menari tu. Dia tengah "peraghk" rase texture skirt tu yg soft ngeee.. (Toto pon ade kat hall. OH itu biase utk orang anak kecik yg tido dpt tv miahahaaa..)

Tak caya lg? Bile amek gamba dgn aku, mesti sabotaj muke masam! Kali ni siap berkerut buat2 pening pale! hahahaa poyos.


Hahahaaa rambut kat bawah serabai bawah ni sebab die dok tarik2 getah rambut tu. Aku pun redho jela. 


Ni kitorang gi educational outing (cheeewah!) utk sofea. Kitorang gi aquaria KLCC. Ramai nak mampus.. Yang peliknye copea suke tengok ikan buntal yang mata bulat cam dia tu! hahahaa.. Tengok kembar ke??? :p



Heh.. dah besar kau nakk.. pasni nak jadi kakak dah. Kejap je adiknye dah 2months. Nnti aku update pasal pregnancy kali kedua ni. Totally lain.. mihmihmih...


16 Disember 2014

OPK is back!

Salam darls, Alhamdulillah. OPK dah ada stok. Lega.. Aku pun tak sabar nak bg kakak aku yg masih belum dikurniakan rezeki anak. #boleh isi form kt bahagian tepi blog eyh! :*

2 Disember 2014

Usaha TTC Anak Kedua

Hi korang,

Aku dalam dilema gak nak tulis bab ttc anak kedua ni. Dengan mengambil kira ramai ttcian yang masih tengah berusaha untuk anak pertama, aku rase macam sedap pula cite pasal anak kedua. Aku paham perasaan dorang. Cuma bila aku pikir balik, bende ni penting untuk aku tulis sebab nanti nak bagi anak-anak baca pasal kepayahan dapat dorang. So aku nekad je tulis pasal ttc kedua ni. Aku betul-betul minta maaf pada sesiapa yang no longer finds blog aku ni tak sesuai dah untuk korang yang ttc. Takpe, aku faham.

Baik.

Post kali ni nak ulas pasal usaha (yang tak seberapa) sepanjang ttc anak kedua ni.

Medication:

  1. Takde ambil sebarang ubat fertility.
  2. Ubat hypertension je (kes dapat hypertension lepas bersalin tak surut2 lagi).
  3. Folic acid - consistent.

Supplement:

  1. Susu Al-Khisbun - sekejap je amek, tak consistent sebab kali ni aku tak tahan rase herba. Tah nape tah.
  2. Shatavari - consistent sehari 2 kali dari CD1 - CD27 (hari ovulation).
  3. EPO - consistent sehari 2 kali dari CD1 - CD27 (hari ovulation).
  4. Adidnda Qaseh Gold - tak consistent.
Kaedah:
  1. Bbt - 2 cycles termasuk cycle lepas yang mengalami chemical pregnancy.
  2. Opk
  3. Vaginal discharge examination (tengok kehadiran eggwhites).
Software bbt:
  1. Fertility Friend - sebelum dapat bold coverline, ff buah coverline (line merah putus2) sebanyak dua kali untuk detect hari ovulation.
Kerohanian:
  1. Surah Maryam
  2. Al-Ma'thurat selalunya pagi lepas subuh.
Alhamdulillah. Tu je yang mampu dilakukan. Sukar juga nak consistent usaha ttc anak kedua dengan ada aank kecil. Kita kadang-kadang boleh terlupa dan abaikan usaha sebab kita lebih utamakan melayan kerenah anak kecil.  Tapi syukur. Masih diberi peluang oleh Allah.


25 November 2014

Second TTC: Suspen DPO

Dah lama tak hadap perasaan 2ww. Bila mula start ttc, fuh memang suspen dpo kali ni. Seriusly tak suke nak tunggu dua minggu penantian. Walaupun orang cakap wat rilek je huhu sikit sebanyak hati ttcian sure meronta beb! 2ww kali ni start pada cd28 sebab aku ovulate cd27. Aku tau aku ovulate melalui opk mcm gambar kat bawah, bbt dan eggwhite macam dalam post ni.

LH surge @ cd27
Masa dpo11 aku dah gatai tangan sangat nak cek upt. Aku guna upt yang aku jual je. Hasilnye, mata aku ni dah nak naik "kero" tengok macam ada VERY VERY FAINT LINE. Puas aku dok petik-petik gambar guna hp, line tu susah nak captured dlm gambar. Nak gak guna dslr, tp awok tak kaya.. takdok dslr hahahaa
-_-

Ce korang tengok? Ade tak? Husband siap cakap takde dengan jujurnya. Pastu lepas dia tenung dia cakap eh macam ade. Aceceh ko tengok aku siap letak upts atas duit syiling sebab aku nak bagi camera hp aku tu captured dengan terang, pastu takmo flash sebab tau mesti tak nampak faint line tu.. hahaha. motip.

Very-very faint line
Masa dpo11 ni aku dah keciwa sebab aku dok banding dengan dpo11 time pregnant si copea (tengok gambar bawah). Nmpak dah line dpo11 copea banding yang ni. Hati dah ready je nak ke laut. Sob..sob.. Tapi stay positip sebab suhu bbt tinggi 36.9c..
Dpo copea: Tahun 2012

Time ni la tetiba rase balik payahnya nak pregnantkan copea dulu. Banyak duit dan masa abeh tapi berbaloi weh. So kali ni aku kena alami kembali semua perasaan tu.., aku nekad je ati kering teruskan cek upt dan bbt baki dpo12-15.

Resultnye....

Dpo adik copea: Tahun 2014
Alhamdulillah. Kelu lidah weh.
Macam kaget pon ade.
Aku laki bini tersenyap. Tapi tak nangis. Tak nangis bukan sebab belagak tapi terkedu. Blur gile. Lagi-lagi kalau korang ikut post aku sebelum ni yang aku cakap ttc kedua ni kelaut gara-gara fertilityfriend dok berubah2 line ovulation kan..dengan kitorang bd sekali je dalam 'fertile window" Tak sangka implantation took place. Allahuakhbar

Aku tanye laki aku kenapa senyap? Dia kate teringat dulu susahnya nak dapat copea. Kali ni Allah kurangkan beban kita. Dia izinkan mami pregnant zuriat kedua kita.
T-T

Clear blue dok kate aku dah conceived 2-3minggu dari tarikh aku ovualate / egg fertilized. Tapi kalau jmpe gynae, dia akan ambil kira dari tarikh last mentrual period (LMP) --> so dah 4-5minggu aku pregnant.

Syukur tak terkata. Bila tenung copea yang tatau pape tu, rase sebak dan terharu gak. InsyaAllah kandungan kedua ni akan kami sayang sama seperti copea.

Bawah ni bbt aku untuk cycle ttc kedua ni. Alhamdulillah sampai sekarang suhu menten tinggi..dan aku dah benti dah amek suhu sebab balik kg ritu tak bawak termometer.


InsyaAllah aku akan visit gynae utk scan and blood test.. hopefully ade berita baik.

Tak aku lupai.. semua ttcian di luar sana...

BABY DUST TO YOU BABE. xoxo



19 November 2014

OPK kehabisan stok buat sementara waktu

Hi darls, sorry sangat-sangat yang berminat nak beli opk. Stok abes sebab tetiba ramai beli. Huuu... buat masa ni ada upt je. Nanti bile opk dah muncul, sy update. Sorry sgt2..

17 November 2014

Second TTC: Serba serbi tak kena

Be ware.. post ni panjang. Hahahaa.. please bare with me...

Ttc kali kedua ni serba serbi tak kena.. rase kelaut je kekdahnye.

Dari segi perasaan jangan cakap la. Perasaan aku lebih pada takut, cuak, seram sebab aku nak tau sangat lepas aku survived ttc pertama dengan lahirnya sofea, pcos aku ni gone ke.. klo tak gone pun, status die getting better ke? Seriously nak positive ttc pertama tu aku survived, tapi nak menten positive untuk ttc kedua.. aduhai mencabar. 

Then, ape lagi yang ke laut?..

cd9 - Dah ovulate???
Kan lepas chemical pregnancy (cp) cycle lepas, kitorang mula balik ttc dengan cycle baru ni. Aku gigih opk dengan bbt. Aku start bbt hari kedua period. cd7 period dah clear. Masa cd8 dan cd9 suhu drop. Tapi aku buat derk je sebab aku anggap hormone ni kenkadang  tingtong kan. Aku continue je bbt sampat cd12. Tau ape jadi? FF ni keluar garisan coverline putus2 merah kat cd9!!!


Terkejut badak la aku tengok pehal plak baru lepas 3 hari abes period aku ovulate? Tapi masa hari kejadia, memang aku rase basah-basah sket. Pastu breast sakit. Tapi aku dok ingat sisa-sisa sakit tetek time period la. Dan paling sadis, takdenye aku bd sepanjang 3 hari lepas period tu!!! hahahaa. Bd kitorang memang kelaut sebab aku lately workload cam harem.. husband aku lak aktif gym and jog sebab preparation utk mount kinabalu. So, bd activity macam slow down la.

Ok balik pada cite awal ovulation tu kan. Aku dok google memang banyak kes wanita yg cp last cycle, akan mengalami next ovulation awal. Fuh! dah jadi, baru jumpe info ni. Hahahaa.. udahnye kitorang gelak je sebab tahu kompom bulan ni kelaut la ttc.

Tapi aku sambung je bbt walaupun rase macam dah missed fertile day. Bagi aku, selagi garisan coverline tu tak merah (bukan putus-putus merah), selagi tu ff tak confirmed 100% kita dah ovulate.

cd16 - tvs

Aku gi klinik untuk ambil hypertension med aku. Sekali tu, aku decided nak check whether betul ke aku dah ovulate? And hows pcos condition aku?

Hasil tvs, doc found ade satu big follicle (lupa dah size die) kat dalam ovary kiri aku. Others just small in size. Doc kate looks like shape follicle tu tak berapa bulat. A bit terpenyek camtu. So dia ckp "MAYBE" <--- tak sahih lagi.. follicle tu dah pecah dan bebaskan egg. Yang penyet tu adalah raptured follicle <--- bertukar kepada corpus luteum (helps generate hormone utk pregnancy). TApi dia tegaskan MAYBE. She couldn't confirmed it.

Ni aku sketch untuk bagi faham husband aku sebab aku lupa nak suh doc tu print gambar scan tvs tu.

Bila tengok semua pearl kecik2 tu, aku teringat pasal pcos. Tapi doc tu cakap its normal bila ade satu egg yang besar, yg kecik lain tu akan mengecut jadi non-dominant. After all dia kate needs only 1 egg to be fertilized. Pcos pula, semua egg kecik2 sampai tiada egg yg blh membasar sampai matang. Huuuu.. ada lega di situ. Syukur. At least status anovulatory tu maybe dah jauh dari aku. Alhamdulillah.

cd17 - eh ovulate kat cd17 plak?
Kat cd20, tiba-tiba coverline aku beralih tempat! Hahahaaa. Die beralih ke cd17. Hahahaa.. time tu husband aku dah start bebel. boleh caya ke ff apps ni mami? Tapi sebaik within fertile window  <--kunun-kunun fertile (cd18) ktorg ade bd. unfortunately opk showed -ve results. Aduh pening.


Aku dah redho gaban jela untuk cycle ni.
Teruskan je bbt dengan ati kering.

cd27-ovulate dan postive opk
Last sekali pada cd27, aku rase tetek aku sakit, ade cramp sket pastu basah. Aku basuh tangan aku lelaju, aku terus check cervical mucus.. fuh bertali2!! Seriously kalau aku tak buat vagina mucus examination, aku tatau aku tengah fertile. Sebab eggwhite tu dok kat dalam. Tak turun sangat pun. Aku sangat rekomen korang cek vaginal mucus korang betul2. Sorry la kalau geli tgk eggwhite ni,

Lepas eggwhite muncul, opk aku pun baru la positive! Yey!


Bile dah opk and ew muncul, ff terus declare cd27 aku ovulate dgn garisan merah! takde dah garisan putus2.

Conclusion / lesson utk aku

Kalau aku bbt je - ff hanya akan bagitau kita fertile lepas 3 hari (atau 3 kali temperature spike!) Nanti boleh termissed bd.

Kalau aku opk je - jenuh weh nak cek hari2. Kalau banyak duit takpela. Tapi klo nak murah blh beli kat aku RM1 je.. (sempat promote :p)

Kalau aku tunggu eggwhite je - aku perasan ew aku kenkadang tak turun sepenuhnya kat pantyliner. Bile nak cek kat pantyliner dah tak berapa confident tu ew. Tu yg kena jolok bagai tu.

Kalau ff apps suggest coverline, belum tentu tepat.. sebab dorg ni just formulated software kan. So selagi tu lah kena gigih bd. :p

Kalau rajin, boleh buat tvs utk check telur membesar dengan jayanya ke tak - at least korang boleh tau size follicle terbesar. Bila dah cukup size, blh minta doc (<-- bayar) cucuk drug mcm pregnyl untuk enhance follicle pecah membebaskan egg. Pastu boleh "rogol" dengan rela husband kite! Cewahhh :p

Maka, bagi aku.. combination bbt, opk dan vaginal exam mmg terbaik utk aku. Tvs adalah bonus. 


11 November 2014

Karma..perhaps?

Post ni bukan nak jatuhkan air muka. Cuma nak share Allah Maha Kuasa in every way you can imagine.

Hari ni aku betul-betul rase terpana. Betullah. ALLAH memang MAHA KUASA.

Aku rase semua orang ade kawan yang bragging endlessly about her kesuburan. How fertile she is. Ini termasuklah aku. Aku ada colleague yang bunting pelamin for her first child then after three months on maternity leave, she went back to office with her second baby inside her womb -_-

Some of the phrases yang aku berdesing dengar even tho aku dah ada sofea was like:

"Eh dia tu kan dah la memang susah nak pregnant pastu bila pregnant, ngandung luar rahim plak" ... Dia referring to our fellow friend yang baru pas kena operate buat janin yg grow dalam Fallopian tube.

"Eh dah la susah nak ngandung, bile ngandung kena kencing manis laa..kena chicken pop laa..bla..bla..blaa." .....again dia referring to another fellow friend  yang pregnant lepas ttc 4 tahun.

Paling berdesing telinga..

"Hmmm aku ni pelik la period aku ni tiba-tiba lari. Selalu tepat je. Kalau 1 hari bulan.. so stiap bulan mesti 1 hari bulan"....

"Aku kan tak boleh "terlepas".. kalau tak pakai condom nnti mengandung..."
-_-

Banyak lah lagi ayat-ayat yang aku rase nak nangis dengar. Walaupun dah ada sofea, tapi still aku rase nak nangis. Coz i can definitely feel perasaan orang-orang yang dia bashed pasal infertility.

But despite everything she said, aku still baik dengan dia coz aku malas nak gaduh-gaduh. Paling kuat pun aku ngadu kat husband. Hari ni je baru aku buka cite kat blog. Tu pun without mentioning her name.

Until one day...

Tengah aku jalan-jalan dengan dia, she asked me:

"Weh, dulu ko pregnant ko makan supplement ape ek? Salindah tu ok tak? Ko beli salindah tu kan?"
.... Hmmm out of blue dia tanye pasal supplement nak pregnant. Tak penah2 die interested pasal product2 yg org ttc je browse kat internet. Then aku tnye dia balik...

"Asal?"

She didn't replied.

TEgnok muke die macam sembunyikan sesuatu.. Aku pun terus jela jawab
"Nope aku tak penah consumed pun salindah. Tak penah beli pun. Skrg ni byk dah product nak pregnant. Tapi seeloknya beli la makanan-makanan sunnah. Lagi elok"

She replied:

"Tapi salindah tu dah banyak testimonial. Dia product lama. Byk dah pregnant."
...Aku tak reply ape dah. Aku senyum je.

At the end of the day baru la aku tahu..

Currently she's trying to get pregnant untuk her third child. She aiming for a girl. But what's worried her...

Her so called PERIOD TETAP tu dah TING TONG tak semena-mena. Every months, cycle dia jadi SEmakin pendek dua hari. From religiously 30 days.. this month cycle dia dah jadi 24 days only. Sampai dia tak boleh detemine hari subur dia dah!!! Dia freak out! Sampai pegi jumpa GYNAE! Which sebelum ni dia bragging hanya jumpa gynae sebab pregnancy not infertility.

Allahu Akhbar.

Allahu Akhbar.

Allahu Akhbar.

Aku terpana.

15 Oktober 2014

Status rambut lepas setahun bersalin



Hari tu baca post blog cujen the legend pasal rambut gugur lepas bersalin.

Ngee tersengih baca.. aku pon pernah freak out cam dia. Mana tak mengelabah, aku jenis rambut lurus dan tebal so selalunya aku suka sikat guna jari je (macam iklan tu :p). Tapi lepas bersalin, asal ko lurut je rambut, hah berhelai-helai rambut ade kat jari ko!

Nanges pastu meninggey sekejap..

Then kawan aku cakap takpela after 1 year dia ok balik. Takes time.

Aku pun tunggu punya tunggu...

Sofea pun genap 1 tahun 3 bulan semalam..

Rambut-rambut yang gugur tu memang tumbuh balik. Kalo korang tengok rambut aku kat depan, tetiba ade satu port banyak anak rambut panjang jari tumbuh. Klaka kan. Ok tak klaka sebenarnya bagi aku yang menanggung ni. Buruk. Walaupun buruk, aku syukur sebab dia still tumbuh balik.

Tapi keguguran tu berenti tak?

Jawapannye nan hadoooooo jah oiii!

Ni buktinya




Ni dah tiga minggu aku tak mop lantai sebab aku busy nak mati keje pastu balik kampung raya haji bagai. Tu yang lantai banyak habuk dan rambut bila aku dok korek-korek celah-celah furniture.

Aku saje beli disposable sweeper ni kat daiso. Murah je sweeper tu RM5, pastu cloth wiper tu pon RM5 each (ada 40-45pcs). Sekali guna untuk satu rumah 2-3 pcs je. Aku beli dua-dua wet dengan dry wiper. Wet tu aku suke sebab ade alcohol, kunun sterilization kate koo. So bile sofea tido memalam, aku boleh sapu dan mop lantai sekali gus dalam masa yang sama! Jimat masa aku. Buatnya sofea terjaga, bahaya sebab alcohol ade kat lantai walaupun alcohol tu evaporate dalam masa berapa second je. Lagi satu disaster sebab cik sofea memang suke sangat dengan batang sweeper kaler pink ni!!!! Kang berebut dengan mommy, nanges mommy.

Lepas mop tu aku rase lega sangat sebab no more rambut kat lantai.

Tapi esok pagi bangun je tido tengok-tengok eh ade lagi rambut-rambut kat lantai.. uwaaaaa mane kau datang ni rambut??? Gile semak jiwa ko asik gugur.

Hasben aku dah redho walaupun kekadang dia bising gak bile sofea amek rambut tu pastu buat floss gigi. Ok bunyi disgusting. Hahaha. Tapi bende tu luar kawalan aku bila aku tak nampak ape sofea kutip. Nak nak sekarang memang tengah phase dia mengutip dan masuk mulut. Bila la phase tu nak tamat kan?

Jadi status rambut gugur lepas setahun bersalin tu aku tick "still gugur dengan jayanya". Aku malas nak cari reason ape penyebab gugur ni. Aku agak hormone la kan? Kalau korang tau, bagitau la ek. Sekali tips / petua-petua ke.. Jangan la suh aku gi yum nam.. mane nak cekau duit jah hahahaa.

Sekian.


14 Oktober 2014

BBT, PCOS and frustration

Aku ingat lagi.

Masa dok sibuk ttc dengan amek clomid, buat tvs tah berapa kali sebulan just untuk tengok telur membesar dengan baik or not.. Aku akui rase stress tu memang ada. Mau tak stress? Kena jolok banyak kali nak wat tvs. Sakit kot! Pastu stress + eager untuk tau those follicles matang ke tak? but ended up follicles kecik-kecik macam pearl.. pearls la sangat kan?

Dalam masa yang sama, aku ingat lagi aku berjinak-jinak buat bbt.

Hasilnya walaupun tengah amek clomid, bbt chart macam roller coaster ride! Ni la chart aku time tu.


FRUST!

FRUST CAM TAIK! (time tu).

Serius time tu sikap negative memang ada je dalam otak ni.

Mana tak negative kalau dah spend masa ber bbt bagai, tapi nak dapat ovulation line seems to be impossible. T-T

Frustration tu berlangsung selama berbulan sebelum sesuatu kejadian berlaku menyebabkan aku insaf dan takmo lagi negative vibes dalam diri aku.

Then, bulan Oct 2012 aku mula pilih supplement untuk amalkan makanan sunnah, Tah macam mana, bulan tu jugak bbt aku jadi cantik. Bulan tu juga aku dah redha dan stay positive. Takde dah nangis-nangis. Takde dah gaduh dengan husband bila MIL buat ayat-ayat yang aku rase macam tuju kat aku. Surprisingly, bulan itu jugak aku conceived sofea. Mungkin semua ada kaitan. Mungkin juga kan. Sapa tau? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

So bila ada pcoser yang frust ttc, frust buat bbt, frust check opk, frust bazir duit buat upt bila period dah due, kekdahnya period tak muncul-muncul walaupun upt negative. Aku memahami sangat. Husband aku pun memahami sangat. Kalau air mata tak kering, basah lenjun dah pangkuan die tu dengan air mata aku.

Aku tau korang tabah.

Tabah la wahai ttcian.

BBT and OPK - bestfriend forever!


Hello.

Tiba-tiba rasa semangat nak update blog sekarang sebab aku rase kitorang dah officially start second ttc.

Member aku dok suh start balik bbt last week. So aku pun belek-belek la balik website fertilityfriend (FF). Pergh terimbau kembali chart bbt (basal body temperature) aku time bulan yang aku conceived sofea tu. Bila belek-belek, aku pun realized memang elok pun aku buat bbt sekali daripada aku odk buat opk je. Opk ni bukannya boleh bergantung 100% kan.

So lepas CP dan menses hari tu (read this), aku start balik ttc dengan bbt. Masa sebelum menses, suhu aku tinggi 36.9C. Normally orang pregnant memang suhu akan tinggi like >36.7C. Masa bbt sofea dulu pun bila dah positive upt, suhu menten atas 36.7 je. Tu yang bile tiba-tiba early miscarriage / CP tu rase macam adeh! Tak jadi la pulok. Hee.. Suhu pun turun mendadak 36.0C. Redho...

Bbt ni kita lebih cantik bile kita buat sekali dengan opk sebab dia memang ade kaitan. Di website FF, korang boleh tengok chart yang die explain pasal perubahan suhu dengan level hormon kita macam kat bawah ni.

Source: Fertility friend

Masa tengah period, dijangkakan level LH kita akan rendah. Kalau kita tengok pada CD6 (chart atas), dia dah start test opk. Hasilnya negatif kan sehingga opk jadi positif bila suhu dia meningkat pada CD17-CD18. Time ni berlaku LH surge (peningkatan level LH). So, bila berlaku LH surge, barulah opk positif tu la tandanya kita tengah ovulate / hari subur.

Tengok chart kat atas ni sakit ati je kan sebab tau tu chart orang subur. Hah, meh kita tengok chart orang pcos. Chart aku la tu :p Sama pattern tak?

Bbt Chart (Sofea) - Cycle October 2012 

Tengok bila aku test kat CD24 (26 Oct 2012), result opk negatif. Line jelas cuma tak sama pekat dengan control line (gambar bawah). Tapi bila aku tengok suhu cantik naik pada pada CD27-CD29, opk jadi positif. Kedua-dua line jadi sama terang. Ni selari dengan eggwhites pun banyak.


1) 26/10/2012 - pagi (CD24)
2) 26/10/2012 - ptg (CD24)
3) 29/10/2012 - pagi (CD27)
4) 30/10/2012 - tghari (CD28)
Haaa.. puas ati tengok chart sendiri kan. Chart pcos.

So hari ni aku buat lagi test opk at D5. Just nak confirmkan level LH aku betul ke tak. Resultnya seperti yang dijangkakan low level LH (Gambar bawah) pada suhu rendah (35.8C). So far looks ok dengan pattern yang sepatutnya. Aku will update soon pasal chart ni once lengkap. 

Bbt chart - Cycle October 2014
Faint line opk at D5. Nampak tak?

Kalau korang berminat nak buat bbt dan opk. Boleh order opk kat aku. Click je order form kat tepi blog tu. :)

13 Oktober 2014

Faint Line and Chemical Pregnancy.

Yes. Chemical Pregnancy (CP) again.

Naturally conceived.

Ni happened lepas-lepas sofea masuk 1 year old. Nak kata dah start second ttc, kitorang takde se fokus 1st ttc. Just monitor hari subur and then BD. Tu je.

Alhamdulillah ada rezki tengok faint line tapi ended up dengan CP. Takpela belum rezki lagi.

Tapi yang funnynya, i dengan my friend chatting and mention pasal dua-dua dapat positive upt tapi gone.. huuu.. tapi dia punya lagi positive siap ade macam janin miscarr. Mine pula rasenya tak sempat implant lg kot. Tu yg dapat faint line je. Faint line tu pun masa DPO10 iaitu 5 hari sebelum due period. But tepat on DPO14 (CD36), period pun terjah. So takdela buat pregnancy test pon. Ni jela gambar seketui yang hado.



Maybe lepas ni kami akan discuss balik dan ttc dengan lebih fokes. Hopefully Allah will make it easy this time. Amin.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Note pada OPK & UPT buyer, lepas buat payment baru saya buat postage ya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------