8 Julai 2014

Ringankan tangan memberi

Kalau kita jumpa or baca blog-blog ttcian, mostly memang banyak saranan untuk stay positive while ttc rite? Even dalam group ttcgm (trying to conceive group malaysia) pun memang galakkan positive vibes. Banyak cara nak jadikan diri ni positif. First sekali tentulah kembali pada Allah. Aku tak nampak dah cara lain yang paling utama. Tu jela yang cara yang aku guna utk first sekali didik diri jadi positif. Tapi, lepas kita kembali pada Allah.. muhasabah diri.. ke'positif'an diri tu boleh dikuatkan lagi dengan cara-cara minor yang lain.

Salah satunya yang aku amalkan dulu adalah memberi atau bersedekah.

Memberi ni boleh jadi beri macam-macam. Memberi dengan cara berdoa pun boleh. Aku dulu terpaksa belajar turunkan ego doakan orang lain juga yang takde anak untuk berjaya mengandung dan memperoleh zuriat. Padahal masa awal-awal stress ttc dulu, aku sampai rase isk malas la nak doakan orang lain gak. Kang dia dapat dulu anak dari aku, tak ke stress aku nanti.

Hah amek ko! Macam harem kan prangai aku dulu. Ego punye lah tinggi.

Selain doakan orang lain. Kita boleh gak memberi dengan bersedekah harta yang kita ada. Seciput pon jadilah janji ikhlas. Aku dulu sampai tengok anak kucen terbiar pun aku rase kesian sangat. Yela dok terfikir kalau aku tua nanti takde anak, aku terbiar je sorang-sorang.

Sekarang ni macam-macam lubang untuk kita salurkan sedekah harta kita. Lately aku came across satu page kat fb. Namanya: Malaysia Line Life for Syria . Kalau tengok page ni, memang sayu hati. Gambar-gambar yang dorang upload sedih rasenye tengok kekejaman orang-orang kafir. Badan ni tengah giat nak kumpul dana untuk permudahkan hidup saudara-saudara kita kat sana menghadapai Ramadhan. Dorang dah terus convert siap-siap jumlah sumbangan yang boleh diberi dalam bentuk Boxes macam gambar kat bawah ni.


Bila aku tengok box baby milk tu terus sayu ati weh. Aku dok bayang kalau dalam keadaan perang macam tu, macam mana la ibu-ibu syria ni nak tenang susukan anak-anak dorang. Kalau dah manjang diselubungi keadaan stress macam tu, mane la susu nak banyak. Lagi-lagi kalau mak pcoser. Dah la nak dapat 3oz pun payah. Lagi kalau stress, agaknya takde susu dah. Then bayangkan plak kalau mak-mak syria ni terkorban, macam mane la anak-anak tu nak nyusu? Buatnya baby kuat nyusu macam sofea, asyik melalak tima aku tak produce enough milk. Aduhai meleleh air mata weh.

Aku rase ni salah satu cabang yang elok kalau kita nak bersedekah. Lagi-lagi dorang memang fokes pada anak-anak syria. Aku bila tengok susu memang teringat sofea, so aku pilih baby milk for infant. Kalau ada rezeki lebih, mungkin kawan-kawan blh consider cara ini. InsyaAllah Allah Maha Melihat dan Mengetahui. Korang jenguk dulu page tu, kat sana ada cara macam mana nak salurkan sumbangan. Terbaru aku tengok dorang dah cecah RM300K+.. dorang nak target atleast RM500K++..Moga-moga usaha mulia ni berjaya capai target.






Tiada ulasan: