20 Disember 2013

Things No One Tells You About... Contration

Menjadi mommy to be sangat la nerve racking. Macam-macam perkara yang baru yang aku tak tahu. Lebih-lebih lagi bila dah sarat, tunggu masa nak bersalin.

Lepas keluar tanda hari tu, aku serah diri ke bahagian kecemasan ward bersalin atas nasihat Dr klinik panel yang aku check-up tiap-tiap bulan tu. Admitted pukul 3.00 pm, malam kol 9.00 pm baru keluar. Kes kena tolak sebab selama 6 jam tu, ending contraction tiba-tiba jadi tak aktif dan cervix opening pun hanya resulting 2cm je. Punye lah happy aku time tu… sebab aku tak hand over lagi kerja ke bos untuk bos delegate kat sesapa yang malang nanti. Hahaha.

Bagi sesiapa mom to be, mesti korang nervous macam mana nak tahu tu contraction yang betul-betul untuk bersalin? Menantu jiran aku sampai 3 kali kena suruh balik sebab bukaan hanya 1cm sahaja. Tapi bila aku interview dia, menantu tu kate dah sakit tak boleh tidur dah. I think daya ketahanan sakit dia rendah. Maybe small contraction pun dia rase sakit dah. So aku nak share perkara-perkara mom to be tak tahu pasal contraction:-

Rasa contraction:
Memula rasa contraction, aku macam heran… eh nape tak sakit ek? Funny, aku rase macam sakit senggugut walaupun aku jarang rase senggugut. Hard to describe, the closest I can come to describe it like a sharp pain masa cramp menstrual. Rasa betul-betul kat tulang pelvic.

Rasa perut masa contration:
Tegang & keras.

Rasa macam senggugut je contration tu?
Korang jangan pelekeh rase senggugut tu huhu... Yang rase senggugut tu hanya baru bukaan 1- 2cm. Aku dok kena tahan kat bahagian kecemasan ward bersalin tu siap kena tegur lagi dengan Dr, puan boleh balik la ye. Muka puan pun tak show any pain & boleh senyum2 main hp lagi. Cervix pun baru opened 2cm.

Rasa contration yang sakit macam mana baru pegi hospital?
Rasa yang korg tidur pun dah tak lena. Asik..ngeeettttt…ngeeettt…ngeeettt every 5 min (between gap of two contrations) for 1 min. Macam aku, malam yang aku balik dari bantai berjalan round satu Alamanda, Putrajaya semata-mata nak enhanced cervix opening, aku terus rasa tak selesa sangat contraction tu. Nak baring tak kena, nak duduk tak best. Beza betul dari contraction yang Dr kate muka aku tu happy tadi. Gerak hati terus tau, this is it! Dah mai dah time die.

Bila dah sakit yang kerap tu, berapa bukaan dah?
Ikut ape yang aku alami… 4 cm baru aku rase sakit tapi still boleh bare lagi. Air ketuban pun tak pecah lagi. So, korang kalau dah baca ni, lepas ni dah takyah ulang alik hospital dok cakap dah contraction. Sure kena halau lagi-lagi government hospital kan. Aku yakin, korang sebagai mom to be akan dapat bezakan sakit yang betul-betul nak bersalin tu.

Time contration, ape lagi rasa?
Rasa macam intense rectal pressure sebab baby dah tolak kepala dia sikit-sikit setiap kali contration. Pasal tu la kalau korang perasan, Dr akan cakap teran bila dia suruh sahaja. Sebab, selalunya bila kita start contract, Dr boleh rase dah kepala baby / nampak kepala baby.. time tula kita kena push. Kalau push time baby tak bergerak ke bawah, kan sia-sia tenaga kita.

Contraction jadi bertambah sakit bila?
Dah 5cm, air ketuban still intact. Dr pecahkan. Colour air tak clear dah. A bit meconium. Sejak air ketuban pecah, besi katil jadi peneman setia untuk aku genggam. Contraction makin kuat dan kerap.

Posisi yang aku rase sesuai time hadapi contraction:
Mengiring! Lepas tu aku pegang kuat-kuat besi katil. Zikir memang tak putus-putus dah.

Macam mana rasa baby keluar ikut laluan cervix?
Sorry, aku tak rasa… aku last minute bila bukaan cecah 5-6cm, sofea’s heart rate drop suddenly maybe due to aku punya natal-hypertention yang aku dapat time bersalin.

Huhuhu. Mencabar sakit bersalin ni.

Oh lagi satu, aku nak share pasal nak pantau gap between contraction kan. Bila pegi hospital gomen memang dorang tanye tau tak nak kire contraction? Aku terus jawab TAK. Nurse tengok semacam je kan. Hahaha. So dia ajarlah…

“Tiap kali contraction catat masa pukul berapa & catat selama berapa saat contraction tu last”


Aku siap wat note kat hp aku. Sampai la ni dok simpan. Sayang kenangan. Moh tengok.

 
Kalau korang perasan, pada 13 July 2013 (dua hari sebelum bersalin), gap between contraction tunggang langgang. Takde rhythm yang cantik. Tak sekata. Kejap-kejap selang 13 min, kejap-kejap selang 4 min. Haa.. time ni baru opening 1-2cm la. Tu pasai la kena halau balik hohoho. Time ni pada aku langsung tak sakit.


Then tengok yang 14 July 2013, masa petang tu aku ligat gi Alamanda, Putrajaya sebab nak cepatkan proses bukaan. Memang la betul cakap orang, membantu juga berjalan banyak-banyak ni. Contraction jadi makin kerap dan agak konsistan sebelum buka puasa hari tu. Antara 6  ke 8 minit.


Contraction sangat cantik dan setiap kali contract tu, ketegangan kekal lebih kurang satu minit. Huh, ape lagi, husband terus heret pegi admit ward. Bila Dr check bukaan, memang dah 4 cm. So terus kena tahan. Bersalinnya pukul 5.00 am.

Harap dapatlah bantu korang sikit sebanyak pengalaman aku ni. InsyaAllah.




2 ulasan:

JayFarhana berkata...

Dalam keadaan berbedung pun boleh meniarap kaa?? Sofeaa sofea..hehehe
Fahim bedung 2minggu saje -_- sebab die MENCI GILA bedung. Hari die lahir dah menunjukkan gaye taksuke bedung sebab baru bedung mesti tangan die akan terkeluar, ketat mcm mana pun die akan keluarkan gak tangan. sampai akak yg urut i time pantang tu bedungkan ketat2 pun die leh kuarkan gak tangan. akak tu ckp flexible sgt kot tangan die. hahaa..mmg ade budak suke bedung sbb die rase selesa. my fren anak dah 2tahun pun bedung gak..kena bedung dgn kain pelikat laa..dah besoo..hahaha

Joanna OT berkata...

Hahaha fahim awal2 tunjuk taring da ye. Aaaa??? 2 tahun? Makoiii.. jgn la cenggitu sofea, jenuh nak wrap nanti. Dahla i tak byk kain pelikat @ batik. Ade pon sbb bsalin ritu huihuihui...