6 Disember 2012

I found you - said womb.

Selama ni bile keluar dari klinik, rasa tak selesa lepas buat tvs. Kat tangan mesti pegang gambar scan.
Black and white.
Orang lain kalau tengok, mesti ingat scan gamba baby. tapi dah setahun ulang alik klinik, dok scan "gamba baby" pewot budak ni tak besar2 pon.
Memanglah.
Aku scan ovary. scan telur. bukan scan baby.
Dapat gambar sebijik telur matured pun rase cam dah hepi gile. terus salam Dr cium tangan lagi. semangat sangat.
Tapi bila penah terkena time telur langsung tak matang.
Longlai sekejap.
Maknanye womb still can't find the lil' peanut. yet. that time. takpe. have faith ketat2.

Week 3
Hari yg aku dapat faint line tu. aku gi scan kat hukm. nope. still xde nampak lagi sac. embryologist pon tak mau buat tvs. dia kate baru nak jadi. kita jangan kacau die. pasrah. nerves. that time.

Week 3 - Tak nampak lagi sac pada dinding uterus
Tapi dia nampak aku nyer corpus luteum dekat sebelah kanan. besar. 25mm.
Dia kate that's a good sign. kalau betul pregnant, kita memang perlukan that corpus untuk provide progesterone hormone until plasenta terbentuk. oh. hepi. doa byk2.

Week 3 - Corpus luteum size 25 mm pada belah kanan ari2.
Week 4.
Alhamdulillah. 

Aku pegi scan dekat klinik panel sebab i was worried pasal cramping yang kerap kat ari2 sebelah kanan. risau mengandung luar rahim (ectopic). tanye kwn2 dan sedara2 yang penah peknen. dorang tak ingat sangat pasal cramp ni. what the heck? oh. lupe. mereka ni senang mengandung. tak pernah risau erti ectopic pregnancy. molar pregnancy. chemical pregnancy. gugur. makna ectopic pon dorang fail. ya. bagi mereka, mereka yakin, once pregnant, baby akan lahir sihat. sigh. Last2 aku tanye kwn ex-ttc aku, jay. die cakap kalo ectopic aku patotnye da tak ley jalan. nak jalan pun terbongkok2. bleeding etc. semua simptom aku xde. aku siap boleh jenjalan kt ikea and curve walaupun cramp. ngek.

Lepas borak2 dengan Dr. Dia offer nak scan. aku lak cam takut x nampak sac tu sebab rase still early 4 weeks. kalau nampak pon mesti dgn tvs. sekali, the minute Dr letak probe scanner tu kat pewot aku.
Ya Allah.
Kalau berdiri, dah terduduk da aku.
Tapi sebab aku tgh baring. Maka terbaring la aku.
haaa... dah nampak sac. only sac.
Nangis dalam diam.
Saiz  sac 0.7cm.
Jangkaan tempoh pregnancy dalam 4 minggu 6 hari.
Alhamdulillah.
Womb did found one.
oh yang pasal cramp kat sebelah kanan tu. Dr found corpus luteum tu sebelah kanan aku macm previous scan aku wat kt hukm (week3). Dr kate pasal tu aku cramp kt situ. fuh. lega. bukan sebab ectopic. sac pun da jumpe at the right place.
Kalau corpus luteum dtg dari sebelah kanan, maknenye telur dari kanan. aku penah terbaca klo nak dpt anak laki, mengiring kanan time bersama. eh. baby boy ke :p.
Mana2 pun boleh. janji sihat dan sempurna akal fikiran dan zahir.

Week 4 - Kecik. comel. Hi sac.
Week 6.
Scan kt klinik panel. rase takjub sangat dengan kuasa Allah. dalam masa 2 minggu, sac dah besar. mula2 Dr nampak yolk dulu. aku suspen. mana fetus? Dr godek sekali lagi, haa alhamdulillah. Assalammualaikum baby.
lagi takjub, Dr bg dengar heart beat. tak jelas. but its was there. nak nangis tapi tahan.
Saiz baby 0.48 cm
Jangkaan umur baby 6 minggu 1 hari.
Hasben jeles aku dpt dgr baby's heart beat terlebih dulu. mana taknye, aku bantai gi klinik ni sensorang. boring kt ofis. rindu kat anak. terus menonong gi klinik.
Takpe jumaat nnti pg hukm lak. hasben blh dgr kat sana.

Week 6 - Arrow kiri - fetus & arrow kanan - yolk. Alhamdulillah.
Week 6. still.
Scan kat hukm. uh. selang 4 hari fetus dah tambah panjang. sac pun makin luas. aku tengok muka hasben cam terharu sangat tengok monitor sambil record on video. kali ni degup jantung tambah kuat. kagum Allah jadikan dalam bdn wanita boleh ada dua degupan jantung, dua nyawa. lelaki takde kelebihan tu. alhamdulillah.
Saiz baby 0.67 cm
Saiz sac 2.7 cm (bayangkan dari first jmpe sac - saiz 0.7cm)
Umur baby 6 minggu 5 hari.
dalam kereta video tu aku dok ulang2 kat tab. indah. tapi segan nak hapload video kat sini. :p

Week 6 - Embryologist scan jauh sket rahim ni. nampak kecik. tapi klo ikut lagi besar dr gmba atas.
arrow tu baby.
Lagi 2 minggu lagi kena dtg scan blk kat dua2 tempat. sebab dorang still nak confirmkan size fetus betul2. bile saiz dah betul, baru lah boleh detect due date. kalau ikut LMP (hari pertama period terakhir) aku 3 oct 2012, baby dah lebih 8 minggu. tapi cycle aku kan pjg 40 hari. ovulate pon D28. so, dorang kena measure saiz baby baru tau due date. So far dorang jangkakan antara 20 - 22 july 2013. kalau dipinjamkan Allah lama, in shaa Allah dia akan jadi baby Ramadhan. aku hepi. Dengan izin Allah, raya aku dah tak sepi. pastu paling best aku dapat skip jadual raya rumah family in law. sebab aku kena pantang kat umah ayahanda bonda aku.
eh. hahaha. nakal.

6 ulasan:

JayFarhana berkata...

wah, doc bagi u dgr baby's heartbeat? i xdpt smpai skg sbb doc ckp bahaya kalau awal2 takot gelombang tu kacau dia Eh camne tah die ckp. tapi dah nampak kat u/s so maybe sbb tu she doesnt need to hear it.

eh ur corpus was at ur right eh. i pun mcm right tapi mase sakit2 sengal tu blah kiri. Haha! entah la taksure tapi maybe sbb i sakit kiri kanan tu psl tu ada 2 sac kot walaupun the other sac tak survive..hmmmm i wonder.

Nanie Nahar berkata...

syoknya joanna & jay dua2 nak sambut baby tahun depan...jaga kandungan baik2 ;)

Atie Nash berkata...

3rd oct is my birthday...haha..

Joanna OT berkata...

Jay,
Aah Dr bg dgr tapi dua2 klinik panel n hukm tu bg dgr like 3-4 seconds je. pstu trus tutup. myb sbb dorg x encourage awl2 ni dgr kot. ahaks i ni xtau pape main request je nk dgr.

Haa kn. i tatau la btol ke x psl corpus tu yg buat i sakit. tp Dr agak cmtu le. tp a few weeks sakit tu da hilang.

Nanie,
Tq nanie. In shaa Allah klo dipinjamkan lama.

Atie,
hahaha. u celeb birthday, i lak celeb menses masa tarikh tu. Happy belated birthday dear! ahaks.

Nissa Kawaii berkata...

happy!!!!!!

doakan nisa n kawan2 lain k!

Joanna OT berkata...

nissa, in shaa Allah! Amin