15 Oktober 2014

Status rambut lepas setahun bersalin



Hari tu baca post blog cujen the legend pasal rambut gugur lepas bersalin.

Ngee tersengih baca.. aku pon pernah freak out cam dia. Mana tak mengelabah, aku jenis rambut lurus dan tebal so selalunya aku suka sikat guna jari je (macam iklan tu :p). Tapi lepas bersalin, asal ko lurut je rambut, hah berhelai-helai rambut ade kat jari ko!

Nanges pastu meninggey sekejap..

Then kawan aku cakap takpela after 1 year dia ok balik. Takes time.

Aku pun tunggu punya tunggu...

Sofea pun genap 1 tahun 3 bulan semalam..

Rambut-rambut yang gugur tu memang tumbuh balik. Kalo korang tengok rambut aku kat depan, tetiba ade satu port banyak anak rambut panjang jari tumbuh. Klaka kan. Ok tak klaka sebenarnya bagi aku yang menanggung ni. Buruk. Walaupun buruk, aku syukur sebab dia still tumbuh balik.

Tapi keguguran tu berenti tak?

Jawapannye nan hadoooooo jah oiii!

Ni buktinya




Ni dah tiga minggu aku tak mop lantai sebab aku busy nak mati keje pastu balik kampung raya haji bagai. Tu yang lantai banyak habuk dan rambut bila aku dok korek-korek celah-celah furniture.

Aku saje beli disposable sweeper ni kat daiso. Murah je sweeper tu RM5, pastu cloth wiper tu pon RM5 each (ada 40-45pcs). Sekali guna untuk satu rumah 2-3 pcs je. Aku beli dua-dua wet dengan dry wiper. Wet tu aku suke sebab ade alcohol, kunun sterilization kate koo. So bile sofea tido memalam, aku boleh sapu dan mop lantai sekali gus dalam masa yang sama! Jimat masa aku. Buatnya sofea terjaga, bahaya sebab alcohol ade kat lantai walaupun alcohol tu evaporate dalam masa berapa second je. Lagi satu disaster sebab cik sofea memang suke sangat dengan batang sweeper kaler pink ni!!!! Kang berebut dengan mommy, nanges mommy.

Lepas mop tu aku rase lega sangat sebab no more rambut kat lantai.

Tapi esok pagi bangun je tido tengok-tengok eh ade lagi rambut-rambut kat lantai.. uwaaaaa mane kau datang ni rambut??? Gile semak jiwa ko asik gugur.

Hasben aku dah redho walaupun kekadang dia bising gak bile sofea amek rambut tu pastu buat floss gigi. Ok bunyi disgusting. Hahaha. Tapi bende tu luar kawalan aku bila aku tak nampak ape sofea kutip. Nak nak sekarang memang tengah phase dia mengutip dan masuk mulut. Bila la phase tu nak tamat kan?

Jadi status rambut gugur lepas setahun bersalin tu aku tick "still gugur dengan jayanya". Aku malas nak cari reason ape penyebab gugur ni. Aku agak hormone la kan? Kalau korang tau, bagitau la ek. Sekali tips / petua-petua ke.. Jangan la suh aku gi yum nam.. mane nak cekau duit jah hahahaa.

Sekian.


14 Oktober 2014

BBT, PCOS and frustration

Aku ingat lagi.

Masa dok sibuk ttc dengan amek clomid, buat tvs tah berapa kali sebulan just untuk tengok telur membesar dengan baik or not.. Aku akui rase stress tu memang ada. Mau tak stress? Kena jolok banyak kali nak wat tvs. Sakit kot! Pastu stress + eager untuk tau those follicles matang ke tak? but ended up follicles kecik-kecik macam pearl.. pearls la sangat kan?

Dalam masa yang sama, aku ingat lagi aku berjinak-jinak buat bbt.

Hasilnya walaupun tengah amek clomid, bbt chart macam roller coaster ride! Ni la chart aku time tu.


FRUST!

FRUST CAM TAIK! (time tu).

Serius time tu sikap negative memang ada je dalam otak ni.

Mana tak negative kalau dah spend masa ber bbt bagai, tapi nak dapat ovulation line seems to be impossible. T-T

Frustration tu berlangsung selama berbulan sebelum sesuatu kejadian berlaku menyebabkan aku insaf dan takmo lagi negative vibes dalam diri aku.

Then, bulan Oct 2012 aku mula pilih supplement untuk amalkan makanan sunnah, Tah macam mana, bulan tu jugak bbt aku jadi cantik. Bulan tu juga aku dah redha dan stay positive. Takde dah nangis-nangis. Takde dah gaduh dengan husband bila MIL buat ayat-ayat yang aku rase macam tuju kat aku. Surprisingly, bulan itu jugak aku conceived sofea. Mungkin semua ada kaitan. Mungkin juga kan. Sapa tau? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

So bila ada pcoser yang frust ttc, frust buat bbt, frust check opk, frust bazir duit buat upt bila period dah due, kekdahnya period tak muncul-muncul walaupun upt negative. Aku memahami sangat. Husband aku pun memahami sangat. Kalau air mata tak kering, basah lenjun dah pangkuan die tu dengan air mata aku.

Aku tau korang tabah.

Tabah la wahai ttcian.

BBT and OPK - bestfriend forever!


Hello.

Tiba-tiba rasa semangat nak update blog sekarang sebab aku rase kitorang dah officially start second ttc.

Member aku dok suh start balik bbt last week. So aku pun belek-belek la balik website fertilityfriend (FF). Pergh terimbau kembali chart bbt (basal body temperature) aku time bulan yang aku conceived sofea tu. Bila belek-belek, aku pun realized memang elok pun aku buat bbt sekali daripada aku odk buat opk je. Opk ni bukannya boleh bergantung 100% kan.

So lepas CP dan menses hari tu (read this), aku start balik ttc dengan bbt. Masa sebelum menses, suhu aku tinggi 36.9C. Normally orang pregnant memang suhu akan tinggi like >36.7C. Masa bbt sofea dulu pun bila dah positive upt, suhu menten atas 36.7 je. Tu yang bile tiba-tiba early miscarriage / CP tu rase macam adeh! Tak jadi la pulok. Hee.. Suhu pun turun mendadak 36.0C. Redho...

Bbt ni kita lebih cantik bile kita buat sekali dengan opk sebab dia memang ade kaitan. Di website FF, korang boleh tengok chart yang die explain pasal perubahan suhu dengan level hormon kita macam kat bawah ni.

Source: Fertility friend

Masa tengah period, dijangkakan level LH kita akan rendah. Kalau kita tengok pada CD6 (chart atas), dia dah start test opk. Hasilnya negatif kan sehingga opk jadi positif bila suhu dia meningkat pada CD17-CD18. Time ni berlaku LH surge (peningkatan level LH). So, bila berlaku LH surge, barulah opk positif tu la tandanya kita tengah ovulate / hari subur.

Tengok chart kat atas ni sakit ati je kan sebab tau tu chart orang subur. Hah, meh kita tengok chart orang pcos. Chart aku la tu :p Sama pattern tak?

Bbt Chart (Sofea) - Cycle October 2012 

Tengok bila aku test kat CD24 (26 Oct 2012), result opk negatif. Line jelas cuma tak sama pekat dengan control line (gambar bawah). Tapi bila aku tengok suhu cantik naik pada pada CD27-CD29, opk jadi positif. Kedua-dua line jadi sama terang. Ni selari dengan eggwhites pun banyak.


1) 26/10/2012 - pagi (CD24)
2) 26/10/2012 - ptg (CD24)
3) 29/10/2012 - pagi (CD27)
4) 30/10/2012 - tghari (CD28)
Haaa.. puas ati tengok chart sendiri kan. Chart pcos.

So hari ni aku buat lagi test opk at D5. Just nak confirmkan level LH aku betul ke tak. Resultnya seperti yang dijangkakan low level LH (Gambar bawah) pada suhu rendah (35.8C). So far looks ok dengan pattern yang sepatutnya. Aku will update soon pasal chart ni once lengkap. 

Bbt chart - Cycle October 2014
Faint line opk at D5. Nampak tak?

Kalau korang berminat nak buat bbt dan opk. Boleh order opk kat aku. Click je order form kat tepi blog tu. :)

13 Oktober 2014

Faint Line and Chemical Pregnancy.

Yes. Chemical Pregnancy (CP) again.

Naturally conceived.

Ni happened lepas-lepas sofea masuk 1 year old. Nak kata dah start second ttc, kitorang takde se fokus 1st ttc. Just monitor hari subur and then BD. Tu je.

Alhamdulillah ada rezki tengok faint line tapi ended up dengan CP. Takpela belum rezki lagi.

Tapi yang funnynya, i dengan my friend chatting and mention pasal dua-dua dapat positive upt tapi gone.. huuu.. tapi dia punya lagi positive siap ade macam janin miscarr. Mine pula rasenya tak sempat implant lg kot. Tu yg dapat faint line je. Faint line tu pun masa DPO10 iaitu 5 hari sebelum due period. But tepat on DPO14 (CD36), period pun terjah. So takdela buat pregnancy test pon. Ni jela gambar seketui yang hado.



Maybe lepas ni kami akan discuss balik dan ttc dengan lebih fokes. Hopefully Allah will make it easy this time. Amin.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Note pada OPK & UPT buyer, lepas buat payment baru saya buat postage ya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

10 Oktober 2014

Order OPK & UPT Strips Murah


Hello darls,

Ingat tak tentang niat aku nak jual opk dan upt strips murah? It's about time now bebeh! Aku dengan rasminya menjual kedua-dua opk dan upt strips ni dengan harga murah serendah RM1.00.

Kalau tengok post dulu-dulu aku memang gilos buat opk just to determine hari subur aku. Dah nama pun ada pcos, susah la nak tau hari subur kan. Hah, bulan yang aku berjaya conceived sofea dulu tu, aku memang guna opk ni. Macam gambar kat bawah. Alhamdulillah dengan bantuan opk (plus method lain-lain seperti bbt dan supplements sunnah) syukur sofea berjaya ditempelkan di dinding rahim dengan izinNya.

1) 26/10/2012 - pagi
2) 26/10/2012 - ptg
3) 29/10/2012 - pagi
4) 30/10/2012 - tghari

30/10/2012 petang
So, kalau korang berminat nak test guna opk ni dalam usaha ttc korang.. boleh lah order kat aku. Ada beberapa pakej yang ditawarkan. Harga memang fix RM1.00/pcs. Just click pada order form, buat payment, nanti aku uruskan postage. Pastu korang bergumbira lah check hari subur korang dengan strip yang banyak ni (kalau korang beli banyak laaaa ekekeke).

Order form ade kat tepi blog ek mcm gambar ni.

Tapi nak bagitau, untuk upt strip masih belum dapat stok. Bila dah ade, aku update dalam blog. So far opk dulu ada...




Thank you selamat membeli belah!