8 Julai 2014

Ringankan tangan memberi

Kalau kita jumpa or baca blog-blog ttcian, mostly memang banyak saranan untuk stay positive while ttc rite? Even dalam group ttcgm (trying to conceive group malaysia) pun memang galakkan positive vibes. Banyak cara nak jadikan diri ni positif. First sekali tentulah kembali pada Allah. Aku tak nampak dah cara lain yang paling utama. Tu jela yang cara yang aku guna utk first sekali didik diri jadi positif. Tapi, lepas kita kembali pada Allah.. muhasabah diri.. ke'positif'an diri tu boleh dikuatkan lagi dengan cara-cara minor yang lain.

Salah satunya yang aku amalkan dulu adalah memberi atau bersedekah.

Memberi ni boleh jadi beri macam-macam. Memberi dengan cara berdoa pun boleh. Aku dulu terpaksa belajar turunkan ego doakan orang lain juga yang takde anak untuk berjaya mengandung dan memperoleh zuriat. Padahal masa awal-awal stress ttc dulu, aku sampai rase isk malas la nak doakan orang lain gak. Kang dia dapat dulu anak dari aku, tak ke stress aku nanti.

Hah amek ko! Macam harem kan prangai aku dulu. Ego punye lah tinggi.

Selain doakan orang lain. Kita boleh gak memberi dengan bersedekah harta yang kita ada. Seciput pon jadilah janji ikhlas. Aku dulu sampai tengok anak kucen terbiar pun aku rase kesian sangat. Yela dok terfikir kalau aku tua nanti takde anak, aku terbiar je sorang-sorang.

Sekarang ni macam-macam lubang untuk kita salurkan sedekah harta kita. Lately aku came across satu page kat fb. Namanya: Malaysia Line Life for Syria . Kalau tengok page ni, memang sayu hati. Gambar-gambar yang dorang upload sedih rasenye tengok kekejaman orang-orang kafir. Badan ni tengah giat nak kumpul dana untuk permudahkan hidup saudara-saudara kita kat sana menghadapai Ramadhan. Dorang dah terus convert siap-siap jumlah sumbangan yang boleh diberi dalam bentuk Boxes macam gambar kat bawah ni.


Bila aku tengok box baby milk tu terus sayu ati weh. Aku dok bayang kalau dalam keadaan perang macam tu, macam mana la ibu-ibu syria ni nak tenang susukan anak-anak dorang. Kalau dah manjang diselubungi keadaan stress macam tu, mane la susu nak banyak. Lagi-lagi kalau mak pcoser. Dah la nak dapat 3oz pun payah. Lagi kalau stress, agaknya takde susu dah. Then bayangkan plak kalau mak-mak syria ni terkorban, macam mane la anak-anak tu nak nyusu? Buatnya baby kuat nyusu macam sofea, asyik melalak tima aku tak produce enough milk. Aduhai meleleh air mata weh.

Aku rase ni salah satu cabang yang elok kalau kita nak bersedekah. Lagi-lagi dorang memang fokes pada anak-anak syria. Aku bila tengok susu memang teringat sofea, so aku pilih baby milk for infant. Kalau ada rezeki lebih, mungkin kawan-kawan blh consider cara ini. InsyaAllah Allah Maha Melihat dan Mengetahui. Korang jenguk dulu page tu, kat sana ada cara macam mana nak salurkan sumbangan. Terbaru aku tengok dorang dah cecah RM300K+.. dorang nak target atleast RM500K++..Moga-moga usaha mulia ni berjaya capai target.






3 Julai 2014

Hampir setahun jadi mak - Toughest job ever

Selama ni masa TTC, kite sibuk fokes usaha nak anak.. nak anak.. tapi ade tak prepare mental sekali klo-klo dah dapat anak? Jarangkan kite pegi part yang tu. Dulu yang aku tau, alaaa.. nanti slow-slow ah belajar. Nanti automatic la kita adapt dengan keadaan bila ada anak. Heh! Kalau la senang macam tu.

Aku takde nak takut-takut kan ttcian yg bakal jadi mak ni. Tapi aku nak share camne life aku turned 360 degree since sofea was born.

Satu contoh mudah:-

NAK KELUAR GI JALAN-JALAN

Sebelum ada anak
  • Subuh.
  • Tidur balik.
  • (1 jam sebelum nak gerak -10.00am)
  • Bangun tidur sambil malas2 peluk husband atas katil.
  • Bangun, mandi dan makan.
  • Gosok baju sambil bersiul.
  • Make up & hair-do (dulu freehair)
  • pastu terus gi kat kete
  • gerak ke destinasi.


Lepas ada anak
  • (5 jam sebelum nak gerak - 6.00am)
  • Aku dah bangun.
  • Subuh.
  • Mandi - awal sebab time ni sofea tido lagi.
  • Gosok baju (tak bersiul - kena cepat risau sofea bangun time aku tengah menggosok - bahaya kalau dia tengok wayar iron.. sure dia nak grab).
  • Sambil-sambil ni aku basuh baju sebab balik dari jalan-jalan nanti sure aku penat & belum tentu anak kita tak meragam (just in case).
  • Make up dan pakai tudung siap-siap2 sebab kalau aku tak siap dulu, nanti lewat keluar sbb kena budget masa kot-kot anak meragam lak.
  • Masak bubur anak - bekal untuk makanan dia time jalan-jalan nanti.
  • Sambil-sambil ni aku sidai baju.
  • Siapkan diapers bag.
  • Mandikan anak.
  • Susukan anak.
  • Tunggu husband panaskan enjin kete.
  • Baru aku keluar bawa sofea ke kereta.
  • Gerak ke destinasi - 10.00am

_______________________________________________________________
Nampak?

Macam aku, aku selesa bangun awal-awal pagi sebab time tu anak aku tengah nyenyak tidur. So, aku boleh buat banyak keje sementara nak tunggu dia bangun. Tapi untuk bangun awal tu maknanya aku kena korbankan waktu tidur aku kan? Tidur memang takkan penah cukup setelah ada anak. Aku redho je. Janji umah aku tak tunggang langgang kan. Kalau bangun lambat, nanti aku ke dapur masak bubur, sofea pon nak ikut. Aku basuh kain, dia nak ikut. Tak ke haru tu? So.. 5.00 - 7.00 am tu adalah waktu HEAVEN aku nak wat semua kerja. Alhamdulillah, aku dah makin boleh adapt dengan keadaan ni.

Aku harap nanti kalau ada ttcian yang dah mengandung, jangan la pula stress lepas bersalin dengan keadaan ni. Ini yang kita kena hadap dalam nak menjaga, mengasuh seorang anak.

InsyaAllah berbaloi.


1 Julai 2014

Back on TTC track after cesarean? Perlu tunggu dua tahun ke?

Kalau ikutkan lepas bersalin je dah orang tanya bila nak anak no.2?

Bodo.

Penat dah mulut jawab aku czer la ngok... dua taun baru blh!

But last month aku pegi visit gynae aku dulu, actually untuk follow up hypertension aku. So dalam borak-borak tu terkeluar lah soalan..

Dr, kalau czer.. wajib tunggu ke dua tahun untuk next child?

She replied.

Actually memang disarankan dua tahun lagi-lagi nak promote breast feeding kan.
Tapi untuk personal pendapat dia, jika kes-kes orang susah nak preggy (ttcian) dia kate as long as you keep the gap for 18 months, then should be ok.

Aku mintak die terangkan lagi.

Dia kate contohnya kes aku yang first child czer.. so kalau boleh cuba usaha second child tu normal. So, untuk pastikan kita tak kena czer (tanpa sebab emergency kes), tempoh dari tarikh kita kena czer (anak first lahir) sampai tempoh kita nak bersalin no.2 tu mesti gap 18 bulan / setahun setengah. Otherwise, doc kat hosp mesti tak bagi u bersalin normal! Let say, your sofea is now 1 year old. So, you akan preggy for 9 months. By the time you nak bersalin esok dah gap setahun 9 bulan kan? So should be ok kalau you takde sebarang komplikasi untuk bersalin normal.

Oooo.. baru paham.

So kawan-kawan.. tula cerita nya. Dapat gak penjelasan dari doc tu. baru clear the air.