3 Julai 2014

Hampir setahun jadi mak - Toughest job ever

Selama ni masa TTC, kite sibuk fokes usaha nak anak.. nak anak.. tapi ade tak prepare mental sekali klo-klo dah dapat anak? Jarangkan kite pegi part yang tu. Dulu yang aku tau, alaaa.. nanti slow-slow ah belajar. Nanti automatic la kita adapt dengan keadaan bila ada anak. Heh! Kalau la senang macam tu.

Aku takde nak takut-takut kan ttcian yg bakal jadi mak ni. Tapi aku nak share camne life aku turned 360 degree since sofea was born.

Satu contoh mudah:-

NAK KELUAR GI JALAN-JALAN

Sebelum ada anak
  • Subuh.
  • Tidur balik.
  • (1 jam sebelum nak gerak -10.00am)
  • Bangun tidur sambil malas2 peluk husband atas katil.
  • Bangun, mandi dan makan.
  • Gosok baju sambil bersiul.
  • Make up & hair-do (dulu freehair)
  • pastu terus gi kat kete
  • gerak ke destinasi.


Lepas ada anak
  • (5 jam sebelum nak gerak - 6.00am)
  • Aku dah bangun.
  • Subuh.
  • Mandi - awal sebab time ni sofea tido lagi.
  • Gosok baju (tak bersiul - kena cepat risau sofea bangun time aku tengah menggosok - bahaya kalau dia tengok wayar iron.. sure dia nak grab).
  • Sambil-sambil ni aku basuh baju sebab balik dari jalan-jalan nanti sure aku penat & belum tentu anak kita tak meragam (just in case).
  • Make up dan pakai tudung siap-siap2 sebab kalau aku tak siap dulu, nanti lewat keluar sbb kena budget masa kot-kot anak meragam lak.
  • Masak bubur anak - bekal untuk makanan dia time jalan-jalan nanti.
  • Sambil-sambil ni aku sidai baju.
  • Siapkan diapers bag.
  • Mandikan anak.
  • Susukan anak.
  • Tunggu husband panaskan enjin kete.
  • Baru aku keluar bawa sofea ke kereta.
  • Gerak ke destinasi - 10.00am

_______________________________________________________________
Nampak?

Macam aku, aku selesa bangun awal-awal pagi sebab time tu anak aku tengah nyenyak tidur. So, aku boleh buat banyak keje sementara nak tunggu dia bangun. Tapi untuk bangun awal tu maknanya aku kena korbankan waktu tidur aku kan? Tidur memang takkan penah cukup setelah ada anak. Aku redho je. Janji umah aku tak tunggang langgang kan. Kalau bangun lambat, nanti aku ke dapur masak bubur, sofea pon nak ikut. Aku basuh kain, dia nak ikut. Tak ke haru tu? So.. 5.00 - 7.00 am tu adalah waktu HEAVEN aku nak wat semua kerja. Alhamdulillah, aku dah makin boleh adapt dengan keadaan ni.

Aku harap nanti kalau ada ttcian yang dah mengandung, jangan la pula stress lepas bersalin dengan keadaan ni. Ini yang kita kena hadap dalam nak menjaga, mengasuh seorang anak.

InsyaAllah berbaloi.


Tiada ulasan: