10 Februari 2016

Sapu sawang 2015

Bismillah.
Assalammualaikum / Hi dear,

Lama dah tak login blog ni. Ntah la hilang punca nak menulis.

Aku officially dah bersalin last year our second child. Tarikh bersalin adik lewat 4 hari je dari tarikh kakak lahir. Baby girl. Dah masuk almost 7mo dah umur dia..

So far hidup bertambah hectic. My daily activities starts at 4 am.. Kali ni rezeki breast feeding lama, so pagi-pagi kol 4am dah bangun pam susu, followed by buat bubur adik dan lain-lain lagi. Kali ni dapat rezeki anak yang clingy (sebab lama bf kot), anak takmo tengok muka org lain selain mommy kalau terjaga dari tidur. Kadang-kadang tengah buat bubur / pam susu, terpakse tutup api / pam sbb benti nak popok adik yang ngamuk tengok mommy takde. Dah pandai mengensot.. gigih adik mengensot menghala ke bilik mommy selalu pam jika tengok mommy takde tidur sebelah dia. Tapi usaha mengensot tu suku jalan je berjaya..selebihnya nangis kuat-kuat sebab letih mengensot hahaha.. comel je kan. So, agak-agak dari short story ni, korang boleh agak betapa hecticnye life aku..

mmm cukup lah takat tu na story.. nanti sambung lagi. Harap-harap aku dapat cari masa nak menulis blog.

1 ulasan: