10 Mac 2015

KPI orang luar yang tinggi

Nape KPI (Key Performance Indicator) kali ni yang dicarutkan?
Hahahaaa..
Takde salah si KPI tapi melewati perjalan mengandung anak no.2 ni agak menggelikan hati jika tengok kelakuan orang sekeliling.
Kalau dulu lambat dapat anak, macam-macam ayat sarcastic yang aku dapat. Nasib baik akhirnya aku berjaya tolak tepi nak mencarut kan dorang.
Tapi bila orang tiba-tiba dapat perkhabaran aku pregnant no.2 sedangkan yang anak pertama masih belum cukup dua tahun, masing-masing keluarkan ayat yang hanya buat aku balas dengan senyuman sahaja sabab aku tau itu semua pinjaman Allah je. Tiada langsung nak riak apatah lagi war-warkan khabar tu.

Ayat dari orang yang bunting pelamin tapi nak anak no.2 masih belum nampak rezeki:
"Hish! awalnye pantasnye dari saya ni!!! Saya tak kira hujung taun ni saya nak beranak gak!!"

Ayat dari orang yang selalu gurau-gurau lucah (lelaki):
"Aiiii..cepat kali ni? Tak tunggu yang pertama tu besau dulu ke?"

Ayat dari ahli keluarga yang pernah wish tahniah tapi kalau gugur kau jangan nangis plak:
"Haaaa??? Kenapa tak bagitau ngandung? Kalau susah..susah sangat.. ni dah senang, senang sangat plak"

Ayat dari ahli keluarga yang subur:
"Eh aktif pulak husband ko ni"

Ayat dari ahli keluarga yang ttc kepada husband:
Dah tau dah dia mengandung melalui fb <--- sedangkan demi Allah aku tak pernah upload or revealed dalam fb. Husband aku blh jadi saksi sebab setiap updates dari aku, dia orang pertama dapat notification dan dia sendiri cakap mana ade aku sebar berita. Hanya Allah je tau, orang berkenaan tahu dari mana. Fb aku pun penuh gambar anak, husband dgn bento yang aku prepared utk hubs je.


dan keep coming more..
---------------------------------------------------

Macam-macam kan? Sesak nafas kadang-kadang. Aku sendiri bergelut nak revealed pregnancy kedua sbb nak jaga hati kakak dan sepupu-sepupu yang masih ttc.. aku memilih untuk merahsiakan. Cuma bila dah masuk bln ke3 dan keempat, aku tak mampu dah hide perut kalau pegi kenduri. Dari situ lah dorang tau.

Susah nak capat KPI orang sekeliling ni. Oleh itu, aku galakkan ttcian semua buat tatau je.. takyah nak tacing-tacing sangat. Layan tacing tu sikit-sikit je pastu bangkit dengan hebat! Maksud aku bukan bangkit pegi ganyang orang yang mulut carut tu.. hahahaa bangkit dengan positive vibes yang hebat! Sebab at the end, kita takkan dapat puaskan hati semua orang. Lebih baik puaskan hati yang MAHA PENCIPTA. Amin.

26 Februari 2015

First time husband cakap ape perasaan dia.

Hello darls,

Semalam tengok ulangan drama suamiku En. Sotong. Ada babak pelakon tu nak bersalin. Terus husband cakap

"teringat masa mami lahirkan sofea".

Paling champion husband aku cakap dia ingat, masa aku dah selesai recovery after czer dan dimasukkan dalam ward.. dia pun dibenarkan melawat aku.. dia cakap.....

"Kelakar tengok mata mami time bercakap dengan papa! ". "Mata memang cross habis la (read juling)" sebab kesan bius tu buat aku memang mamai nak mampppp... hahahaa.. ok tu bab kelakar..

Tapi paling tak sangka husband aku tetiba cakap camni..

"Tapi paling sayu bila dapat masuk ward, tengok mami atas katil (<--- tido), papa rase sebak & appreciate sangat..."

"Awat pa sebak?"

"First time menatap wajah isteri lepas isteri dibedah bersalinkan anak orang"

Ok sob..sob.. aku nak nangis.

Pastu hasben aku cakap camtu, dua-dua terus buat2 tengok drama tadi sebab takut kantoi mata berair.

Weeehaaaaa..


5 Februari 2015

Monitoring Postpartum High Blood Pressure

Just a short post this time.

Alhamdulillah dah masuk 4months sekarang. Aku memang usaha gigih untuk kekal positive yang aku boleh vbac (vaginal birth after cesarean). Salah satu halangan aku adalah postpartum high blood pressure yang aku dapat lepas lahirkan sofea.  Till now aku still on med to control it. Aku pun dah masuk group gentle birth and ICAN/VBAC malaysia untuk dapat info berguna and support from them camne nak usaha ke arah vbac. Yela.. mostly doc kadang-kadang sering momokkan kite once pernah czer, most probably next pregnancy pun kena czer sebab risau rapture womb. Lagi-lagi la golongan high risk macam aku yang ade high BP.

Anyway,

Aku start monitoring aku nye bp dengan ubat cara pemakanan. I ate a lot of protein foods compared to carbo. Then, start walk dengan daughter petang-petang (actually sofea yang ngamuk tak nak masuk umah bila balik dari rumah babysitter.. dia sibuk nak jenjalan sambil minum / snaking pape yang aku bawa dari office T-T). Lepas tu aku start self-monitoring bp aku dengan bp set yang aku dah setahun beli dari lazada.

Alhamdulillah nampak perubahan. BPs reading became more stable. And.. lebih takjub bila aku saje buat experiment amek bacaan bp lepas recite Quran atau zikir... Gile bp drop sangat2. Walaupun kenkadang kalau ngaji lelama kan kita macam short nafas sikit lagi-lagi kalau surah panjang. Tehee..

Jap aku tunjuk korang reading bp aku ek..

124/74 - sit, left hand
119/81 - sit, left hand
119/78 - sit, left hand

115/36 - sit, after recite Quran
113/73 - sit, after recite Quran
114/73 - sit, after Zikir & looooong wait tunggu jumpa gynae.

Huuuu.. rase kagum dan takjub sangat dengan finding aku ni. Bayangkan walaupun sengal-sengal punggung tunggu nama aku dipanggil masuk jumpa gynae (2jam tunggu kot!!), bp still stable sbb dok sumbat telinga dengan earphone sambil ikut zikir dalam youtube. Syukur sangat.

Sekarang ni aim aku nak turunkan range sistolic tu pada below 110.. InsyaAllah aku yakin kalau aku kekalkan usaha, kekal positive, minta pada Allah.. dengan izinNya mesti Allah izinkan bp aku ditahap terbaik dan increase chances aku nak vbac. Amin.



23 Januari 2015

Positive to Get Pregnant

Dua hari lepas baca post dari blog Jay, aku sengeh je. Seriously memang teringat balik kat diri aku yang dulu-dulu. Banyak la negative vibes dalam diri aku yang menyebabkan aku malas nak campur orang kan. Mmmm rasenye tu sifat biase orang ttc kot. Last-last, kenduri kawin malas nak pegi, makan kat pantry pun malas, nak borak lelama dengan colleagues pun malas sebab nyampah nak dengar dorang cakap pasal anak je.

Tapi semua tu Alhamdulillah aku berjaya ubah before conceived sofea. Aku start ubah bit by bit. Dan yang paling ketara perubahan aku lepas kematian arwah sepupu aku. Which i treated him badly (indirectly of course <-- donno whether he realized it or not), a few days before dia meninggal. Just because dia datang rumah my parents untuk share his happiness dapat anak sulung dia. Huiii kalau aku cite balik, confirm aku menangis sambil menaip. Yup..till now.. still missing him badly. Pemergian dia banyak hikmah untuk aku.. But i felt so pathetic sebab aku dapat muhasabah diri dengan maximum after I lost him. Sejak tu aku selalu pesan kat orang, jgn tunggu nak datang musibah kat diri kita baru kita nak terhegeh-hegeh nangis berubah.

And.. after he left,

Aku jadi more positive..

2 months later,

Aku conceived sofea.

T-T

Allahuakhbar..

So.. aku cakap terus terang.. 

Sape rase diri die still ade feeling, kalau aku doa nak pregnant, aku nak doa untuk aku je. Sebab kalau aku doakan sekali sedara aku yang ttcian gak tu..nnti die pregnant dulu, aku gak yang ketinggalan.. <-- selfish

Sila daftarkan diri korang ke program yang Jay and friends handle ni. Helps korang untuk wake up and realize negative vibes tak membantu pun kita dalam ttc. Percayalah. Been there..

Korang boleh click kat link blog jay ni kat sini

Or korang baca kat bawah ni and email her.

#InsyaAllah satu hari nnti aku cite balik kaitan aku berubah jd positive dgn my late cousin.

Al-Fatihah...

TTC Breakthrough Program?

Salam semua,

im so sorry for my loooooooooooooong silence
sumpah bizi -_- tapi Alhamdulillah, busy ni tanda rezeki dari Allah.
Dah 2015 dah pun, alhamdulillah anakandaku Fahim dah berusia 1tahun 8bulan.
Tahun ni, aku berazam nak bantu ramai sangat orang. Tak kisah la bantu dari segi apa pun.

Dengan ilham dari Allah Taala, tiba-tiba aku terfikir pasal satu mini-program yang aku boleh buat khas untuk TTCians semua. Patutnya dah lama nak buat, tapi belum konpiden. Kali ni insyallah konpiden habis :P

Berminat tak TTCians semua nak join:

TTC Breakthrough Program


Ok ape ke jadahnye TTC Breakthrough Program?
Apa yang anda akan dapat kat program ni? Ok anda akan dapat;

Tips on how to cleanse your mind and pulihkan semangat diri on the difficulty to get pregnant, and how it can INCREASE your fertility chances.
Tips on how to specify our DOA to Allah - yes kadang2 kita tak sedar cara kita berdoa tu ada yang tak betul. Allah memang MAHA mengetahui apa yang kite nak. The prob is, kita ni tahu tak ape kite nak? Don't be surprised if anda sendiri tak tahu apa yang anda nak selama ni. Nanti kite 'cungkil' bersama-sama during this program :D
Tips on HOW TO ERASE all bad thoughts about not getting pregnant, towards pregnant mothers, towards facebook statuses, towards negative people yang asyik annoy korang, towards kenangan silam/pahit yang korang takpernah nak LET GO - yes, semua ni berkaitan dengan kenapa kita susah mengandung/selalu miscarried.
Tips on how zikirullah can make your nerves & cells positive, supaya hormon anda LEBIH SIHAT, supaya telur anda LEBIH SIHAT, supaya dinding rahim anda LEBIH TEBAL, supaya serviks mucus anda LEBIH BERKUALITI untuk sperm berenang2 dan melekat dengan ovum anda utk menghasilkan seorang janin yang sihat walafiat.
Tips on how to react with ignorants like makcik pakcik dan rakyat mesia yang mulut takde insurance TANPA menyakitkan hati anda dan hati mereka, dan INCREASE chances untuk pregnant. Ha..pelik tak macam mana cara kita jawap dengan orang BOLEH increase chances to get pregnant tanpa anda perasan.
- Kita akan adakan sessi 'breakthrough' di mana anda akan rasa LAPANG dada, lapang minda, tiba-tiba yakin 100% yang anda AKAN menjadi IBU dalam masa terdekat, insyaAllah. Ha nak tau apabenda breakthrough tu, kena la datang.

Siapa yang KENA datang?
TTCians yang mempunyai kriteria yang berikut:

- Golongan ISTERI sahaja.
- TTC more than 2 years diutamakan. Kalau TTC baru 6bulan...er pegi honeymoon lah dulu. Tapi taksalah kalau nak datang cuma aku bagi keutamaan pada TTCians yang dah bertahun TTC.
- Fail IUI/IVF/ICSI berkali2..sampai rasa pasrah, taknak cuba lagi dah. Sebab duit pun dah banyak habis.
- Pernah atau banyak kali miscarriage.
- Baru plan nak ambik supplement/fertility drugs prescribe by doc/nak buat IUI/IVF
- TTCians yang dokter pernah kata "U takkan boleh pregnant naturally" atau "Chances u nak pregnant adalah tipis" atau "Kalau u gemok macam mana nak mengandung!? Kuruskan badan dulu!" dan kata2 lain yang buat kite semakin down.
- PALING BENCI/SEDIH nak bukak Facebook/Media social yang lain sebab: Nanti tertengok orang update pasal anak, nanti terbaca pregnant mother yang update dia dah berapa minggu atau morning sickness yang dihadapi, nanti tertengok orang update pasal beli barang baby, nanti tertengok iklan Mother & Baby Expo, etc. FYI, ini masalah jiwa TTCians yang sangat serious. (Yang aku pernah alami dulu) I want to share on HOW to NOT feel like this anymore and increase the chances to 'tiba-tiba' je pregnant walaupun doc kata Takde harapan dah nak pregnant naturally -(mcm aku kena dulu)
- Selalu kena smash tanpa belas kasihan dari keluarga/sahabat handai/rakyat mesia pasal takde anak. Dan anda rasa keseorangan, takde orang yang faham. (husband kurang bagi support, takde kawan nak luahkan sebab kawan2 semua takfaham) So airmata ni sangatlah murah, asyik menangis je bila mengenangkan diri masih belum dapat merasai zuriat sendiri. Takde idea dah nak buat macam mana.
- Sentiasa avoid kenduri-kendara, reunion sekolah, gathering dan sebagainya sebab____ anda tahu kenapa.
- Dah lama tahu pasal kena mindset positif, dah cuba buat, tapi anehnya, SUSAH betul la nak jadi positif ni...sebab hidup dikelilingi orang negatif.

JANGAN datang kalau anda

-Taknak perbaiki diri sendiri dan rasa it's okay untuk hari-hari bersangka negative.
-Jenis yang nak pregnant sekarang jugak tanpa buat apa2
-Don't like the idea of Positive Mindset dan menganggapnya Bullshit.

--
So if you are interested,
Please EMAIL me at jayfarhana@gmail.com (atau komen bawah ni pun boleh) tapi email lebih senang aku nak track.
Insyallah Fee nya cuma RM35 (include breakfast & lunch)
Tentative date 28 Feb 2015 at Avenue Crest, Sek22 Shah Alam.
9am-5pm

Program ini hanya LIMITED untuk 25 orang sahaja.

Siapa aku untuk buat program ni? Siapa JayFarhana tu??
-Aku bukan PAKAR kesuburan, bukan juga pakar motivasi.
-Tapi I'm the SUCCESS story. Apa yang aku share adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan beberapa rakan TTC yang lain ada yang berjaya conceived bila buat exactly macam yang aku buat - dengan rezeki Allah. Aku dah lama nak sangat share apa yang boleh tiba2 menyebabkan datangnya Muhammad Fahim Maliqi, yang diturunkan dari Allah pada aku.
-Aku janji tak jual produk apa2. Ni bukan perangkap untuk anda tiba2 jadi ahli MLM :P hahaha

Insyallah sahabat baik aku Reen Zuhdi - yang juga TTCians - with PCOS - with NO TUBES - conceived via 4th IVF - akan menjadi speaker bersama2 dengan aku kat program ni.

Program ni santai-santai je. Tak formal pun, jangan risau :D
So TTCians?
Email me at jayfarhana@gmail.com and copy paste this:

YES I AM INTERESTED TO JOIN TTC BREAKTHROUGH PROGRAM!

5 Januari 2015

Second pregnancy - beza sangat!

Still early term lagi tapi syukur, dah cecah almost 3months kandungan. Tapi pregnancy kali kedua memang definitely berbeza dari yang first one. Banyak yang aku kalah.

Early months. Mual.
Masa conceived sofea, takde mual-mual. Semua bende boleh makan dan tengok. Cuma selera tak naik jela. Untuk adik sofea, aku mual sangat-sangat. Selama ni jarang makan buah, abes semua buah masam aku makan. Sampai pegi pasar malam, aku hangin tengok budak jual buah tu jual mangga masak, bukan mangga yang masam. Buah strawberry paling mengubat mual aku. Amboi tekak pon komain lagi kan. Nak yang mahal je. Kalau tapau air pun memang air masam je. Takde dah teh tarik pepagi.

Makan.
Nasi aku kurang. Pagi aku rembat bihun sup letak limau. Malam bihun goreng perah limau. Kesian husband, muak dah die menu tu. Penah sekali orang kedai tak taruk limau dalam polisterin bihun goreng aku, husband pon lupa nak check sebelum balik. Aku makan dengan muke sendu. hahaha.

Emosi
Makin garang.
Makin emo. Tengok masterchef australia pun aku nangis. -_-

Energy.
Mak oii mane hilang energy aku pon tak tau. Letih memanjang. Balik keje, amek sofea terus aku terbaring depan hall sambil pantau sofea main. Muke pon jadi kusam sebab tak bermaya. 

Masak.
Jarang sangat! Aku tak boleh bau dapur. Kalau tengok makanan lebihan semalam, sure aku jeluak kat sinki. Ventilation fan dekat dapur wajib buka. Kalau tak aku jeluak lagi.

Bilik air.
Walaupun bilik air wangi sebab bau sabun husband mandi, aku mesti jeluak. Aku tak boleh bau.
Kesian husband terpakse terlebih rajin berus bilik air. Ventilation fan dekat tempat laundry pun kena on kalau aku nak masuk bilik air.

Yang paling champion sekarang. SAKIT PINGGANG.
Aku dah start sakit pinggang seawal almost 3months. Padahal dulu, aku pregnantkan sofea aku boleh kemas rumah packing untuk pindah dan renovate rumah lagi. Angkat barang berat-berat takde hal lah. Tapi tu dulu..sekarang angkat sofea 10kg pun, aku nak menangis dah. Sofea pula dah pandai ngelat nak naik tangga sendiri. Kena berdukung. So, tiap-tiap malam husband akan picit-picit dan usap pinggang dan tulang belakang, just untuk legakan aku. Tapi sakit tetap ada.

Lain sangat pregnancy kedua ni. Last-last aku ngadu ke mak aku, mak aku cakap.. dulu pregnancy kedua dia pun, die tak sekuat yang pertama. Kazen aku yang dah anak dua pun hadapi bende yang sama. I guess makin tua, makin camni kot. Takpelah. Aku redho je. Cuma nak berkongsi pengalaman. Hehe, lagipun kena catat sebab nanti lupa pula nak cite kat anak kedua bila die dah besar, dengan izinNYA.. InsyaAllah.