22 Disember 2014

Hairy pcoser

Benci pcos!
Boleh ke cakap macam tu sedangkan pcos tu ketentuan Allah yang bagi? Nauzubillah..

Sejak kecik lagi dah perasan asal bulu roma kat tangan ni agak ketara? Tak kasar tapi halus dan panjang. Beza dengan budak-budak sama darjah dengan aku. Yup aku perasan perkara ni sejak sekolah rendah lagi.

Sama dengan betis. Bulu roma lebih ketara sedikit tapi belum sampai tahap obvious. Pernah asked my mom, she said memang.. kalau ikut keturunan atuk memang akan berbulus sikit. Hmmm. Looking back, memang ade a few female cousins yang genetic sebelah atuk aku kuat, dorang memang akan ade bulu roma tangan dan kaki yang ketara.

Tapi sikit cemburu bila tengok cousin yang tak follow family sebelah atok, which dorang follow family sebelah atok lain.. licin je kaki dan tangan.

Umur sekecil darjah dua pun aku dah pandai menilai perbezaan tu. Lebih teruk lagi siap cemburu dan siap marah lagi kenapa aku ikut sebelah mak aku sedangkan sebelah bapak aku bulu kaki pon takde.

Tu cite kecik.

Masuk sekolah asrama. Hati resah.
Mana tak resah, sekolah asrama kenkadang geng akan mandi sesama sambil gosip2 basuh kain. Time tu semua orang berkemban or bertowel je. Aku? Bertowel gak.. Tapi tpakse beli towel besar dan panjang yang akan dapat tutup betis. Betis yang kaler sawo matang pon orang boleh perasan bulu roma aku.

Pas dah anak dara. Lagi-lagi dah nak masuk status tunang orang. Hati memang resah. Masa ni dah start aktiviti cukur mencukur. Aku mula noticed dorang mula grow thicker and longer! Kat betis je. Sebaik armpit tak terlibat! Hati makin bengang la sebab dah la nak kawin, takkan husband nanti nak tengok kaki isteri camni! Sedih weh. Time ni memang tak tau pon pasal pcos. Aku dok fikir ni keturunan. Nak buat camne.

Bile dah kawin, aku tau dah pasal pcos. Husband pon faham. Takde perkara pelik keluar dari mulut dia, Tapi kadang-kadang hati isteri tetap terusik kalau husband gurau-gurau. Kadang-kadang husband ade terlepas cakap, kalau b jadi lelaki mesti yang jenis ada jambang sebab sideburns b halus dan lebat. Rambut pun lebat. Selalunye aku bidas dengan senyuman je. Tapi kalau tewas, akhirnya aku akan bidas "Allah bagi penyakit pcos ni kat orang. Orang terima je. Untung Allah bagi peluang dapat anak walaupun pcos".

Sedih kan. Tapi aku ingat ni Allah  bagi. Terima je. Sebaik aku TAKDE MISAI! sebab aku tengok ramai gak pcoser ade misai.
PCOS_Tab1-img
Femme fatale
Excessive hair growth salah satu symptom pcos. Tapi ade gak pcos yang takde bulus2. Mcm aku pimple takdok, bdn kecik.. So depends on individu je kot kan.
Aku suspek hair growth ni boleh dibedung dengan secara (atleast) minima dengan control ape kita makan dan supplement ape yang kita ambil. Hmmm aku takde la buat kajian pembacaan tapi, yang aku perasan sebulan sebelum conceived sofea dulu, aku makan makanan sunnah mcm susu kambing, habatussauda.. bulu tu macam lambat sket grow. Hmm mungkin kawan-kawan boleh kaji sikit pemakanan yang boleh kurangkan hormon lelaki tu sekali gus kurangkan sket bulus2.

Gambar hiasan: Credit to this

17 Disember 2014

Huu anak dara dah!

Genap dah anak aku ni 1 tahun setengah. Fuh, body die still ade gebus gebas sikit. Sedikit sebanyak buat kitorang tak larat nak dokong. Padat!

Dah jarang amek gambar sofea. Bukan jarang.. selalu tapi banyak tak jadi. Hahahaaa.. mana taknye orang dah dapat kaki kan! Tak reti nak dok diam!

Tak caya.. haaa tengok mane gambar yang aku boleh fokes leklok? ade la seketoi dua. Kahkahkahkah.. 



Hahaha.. die bukan tengah menari tu. Dia tengah "peraghk" rase texture skirt tu yg soft ngeee.. (Toto pon ade kat hall. OH itu biase utk orang anak kecik yg tido dpt tv miahahaaa..)

Tak caya lg? Bile amek gamba dgn aku, mesti sabotaj muke masam! Kali ni siap berkerut buat2 pening pale! hahahaa poyos.


Hahahaaa rambut kat bawah serabai bawah ni sebab die dok tarik2 getah rambut tu. Aku pun redho jela. 


Ni kitorang gi educational outing (cheeewah!) utk sofea. Kitorang gi aquaria KLCC. Ramai nak mampus.. Yang peliknye copea suke tengok ikan buntal yang mata bulat cam dia tu! hahahaa.. Tengok kembar ke??? :p



Heh.. dah besar kau nakk.. pasni nak jadi kakak dah. Kejap je adiknye dah 2months. Nnti aku update pasal pregnancy kali kedua ni. Totally lain.. mihmihmih...


16 Disember 2014

OPK is back!

Salam darls, Alhamdulillah. OPK dah ada stok. Lega.. Aku pun tak sabar nak bg kakak aku yg masih belum dikurniakan rezeki anak. #boleh isi form kt bahagian tepi blog eyh! :*

2 Disember 2014

Usaha TTC Anak Kedua

Hi korang,

Aku dalam dilema gak nak tulis bab ttc anak kedua ni. Dengan mengambil kira ramai ttcian yang masih tengah berusaha untuk anak pertama, aku rase macam sedap pula cite pasal anak kedua. Aku paham perasaan dorang. Cuma bila aku pikir balik, bende ni penting untuk aku tulis sebab nanti nak bagi anak-anak baca pasal kepayahan dapat dorang. So aku nekad je tulis pasal ttc kedua ni. Aku betul-betul minta maaf pada sesiapa yang no longer finds blog aku ni tak sesuai dah untuk korang yang ttc. Takpe, aku faham.

Baik.

Post kali ni nak ulas pasal usaha (yang tak seberapa) sepanjang ttc anak kedua ni.

Medication:

  1. Takde ambil sebarang ubat fertility.
  2. Ubat hypertension je (kes dapat hypertension lepas bersalin tak surut2 lagi).
  3. Folic acid - consistent.

Supplement:

  1. Susu Al-Khisbun - sekejap je amek, tak consistent sebab kali ni aku tak tahan rase herba. Tah nape tah.
  2. Shatavari - consistent sehari 2 kali dari CD1 - CD27 (hari ovulation).
  3. EPO - consistent sehari 2 kali dari CD1 - CD27 (hari ovulation).
  4. Adidnda Qaseh Gold - tak consistent.
Kaedah:
  1. Bbt - 2 cycles termasuk cycle lepas yang mengalami chemical pregnancy.
  2. Opk
  3. Vaginal discharge examination (tengok kehadiran eggwhites).
Software bbt:
  1. Fertility Friend - sebelum dapat bold coverline, ff buah coverline (line merah putus2) sebanyak dua kali untuk detect hari ovulation.
Kerohanian:
  1. Surah Maryam
  2. Al-Ma'thurat selalunya pagi lepas subuh.
Alhamdulillah. Tu je yang mampu dilakukan. Sukar juga nak consistent usaha ttc anak kedua dengan ada aank kecil. Kita kadang-kadang boleh terlupa dan abaikan usaha sebab kita lebih utamakan melayan kerenah anak kecil.  Tapi syukur. Masih diberi peluang oleh Allah.