Entry kali ni memang berbaur mak-mak sangat. Sorry aku belum karang lagi entry ttc sebab aku belum start lagi commited pada healthy life. Tak sempat nak pegi beli healty supplements, hubs asyik keje on weekend.. sofea pula still kuat menyusu, susah nak handle kalo tiba2 aku tengah drive die nak susu kan.. maybe kena tunggu dia makan solid food 6 bln nnti kurang le sikit dia nak menyusu sebab kenyang kot. Hohoho.
Ok aku nak cerita pasal BEDUNG baby. Yes. Saja nak cerita sebab since aku heret sofea ke sana sini (kenduri etc), bila dia nak tido..aku start keluarkan napkin utk bedung dia, ramai yang kagummmm.. mana taknye si bulat tu MASIH MAHU nak berbedung bila nak tido... malah MENANGES bergolek (ok bab golek tu aku up cite hahaha) minta dibedung. Jarang budak suka bedung. Ape pesen sofea ni pun aku tak tau hahaha.
Some peeps kata bedung tak elok utk baby. Baby nanti tak adapt dengan surrounding... kire macam tak reti nak adaptasi bila ada bunyi bising ke hape bende. Sikit-sikit akan terkejut bila bunyi bising. Pastu some opinion kate nanti baby less interaction dengan bende-benda yg dia sepatutnya pegang tapi tak dapat pegang sebab dah kena bedung.
Bagi aku.. takde masalah nak bedung sebab aku HANYA bedung time die nak tido je.. trust me bile dah few hours, klo korg tgk balik sofea.. sure bedung tah kemana...dan dienye dah berjimba golek sana sini. Hahaha..
Ada yg tak reti bedung??? Yaaa itulah aku... masa awal2 bersalin, minah indon cleaner kt hospital yg baik hati tolong ajar and wrap anak aku. Nurses? Dorang wrap tp tak ajar (xmo manjakan patient agaknya). Ok aku share macam mana nak bedung ek.
- First jadikan lampin bentuk segi tiga mcm gambar 1 (kiri atas). Then letak baby yg busyuk itu.. (baby sofea dah tidur lepas pekena susu).
- Then, masukkan bucu salah satu hujung lampin ke bawah badan baby.
- Masukkan bucu sebelah lagi satu ke belakang badan baby dan tarik hujung bucu sehingga terkeluar sedikit di sebelah kiri (lihat gambar). Ni untuk bagi kemas.
- Then bunjutkan / simpul hujung lampin pada bahagian hujung kaki. Dah siap! Lena, boleh lah mommy buat keje lain pula.
Tapi bila si anak bertuah ini dah jaga... Ha, senang je dia nak buka sendiri! Kuat betul la anak dara ni! Keluar je dapur tengok dia dah sengih-sengih sebelah tangan terkeluar. Banyak dah aksi dia buat bila bangun tidur dan berjaya lepaskan diri dari bedung. Haaa... kuat tak kuatnya sofea, walaupun berbedung dia masih boleh berpusing & meniarap! Gugur jantung aku masa first time tengok. Hish, bahaya weh (Gambar last sekali).
Macam-macam la sofea uiiii...