Masa ttc dulu, suke sangat baca
blog-blog or topik kat forum yang ada tajuk unsur-unsur ‘hint-hint sebelum
pregnant’ atau tanda-tanda pelik sebelum pregnant. Dari apa yang aku tengok
memang macam-macam yang dorang alami. Lain orang lain hint-hintnya. Err yang
aku cakap ni bukan tanda-tanda common macam lewat period, UPT positive, breast
sakit. Tu semua insyaAllah bakal dialami oleh mommy to be. Yang aku maksudkan
ni yang pelik-pelik. Like our sixth sense or kita sorang je perasan benda tu.
Kebetulan
masa benda ni berlaku, workload aku dalam masa seminggu tu takde la heavy
sangat. Aku pun banyak mengular hahaha. Errr mengular lepak-lepak gossip je. Takde
pon aku kuar ofis jenjalan sana sini. Tapi hasil daripada aktiviti gossip tu,
balik kerja aku boleh rasa hilang tenaga sampaikan masuk je pintu rumah terus
bergegas cari bilik dan bummm! Terdampar la atas katil. Huh, letih gak
gossiping ni ek? Hahaha.
Tidur tak hengat.
Haaa bile dah letih, aku memang
looking forward nak tunggu maghrib pastu solat terus tidur. Isyak aku wat dalam
kol 2-4 am. Yes teruk kan. Serius tak larat. Hasben aku pun heran pekejadahnya
letih sangat aku ni.
Kaki sejuk tak memasal.
Tak pasal-pasal time tengok tv
dengan hasben sambil laga-laga kaki, hasben sound apesal kaki baby ni sejuk
sangat? Hall kita ni bukannya ada aircond pun. Aku pun pelik gak kot! Sebab aku
ni jenis badan panas. Dah banyak orang bile salam dengan aku, dorang tegur
demam ke? Aku tanye kenapa? Dorang cakap tangan panas sangat. Tak. Memang aku
dilahirkan suhu dalam badan panas.
Rambut berminyak.
Selalunya rambut aku cuci setiap
dua hari sebab rambut aku panjang lambat kering. Lagi-lagi dah pakai tudung ni,
aku tak amalkan rambut basah-basah ikat dan terus pakai selekup tudung. Tapi
masa 2ww, kepala aku ni macam kelapa sawit boleh? Adoi. Sekejap je berminyak.
Ni pun hasben perasan.
Jerawat.
Aku tahu ade orang bile time nak
period, akan keluar jerawat kat muka. Aku pun sama. Tapi kali ni time 2ww,
jerawat besar dengan riangnya tumbuh dekat pipi dan dagu. Pastu ade lagi!
Jerawat kecik-kecik (yang syiok kalau picit tu) keluar kat tepi-tepi anak
rambut di dahi, pastu dekat kulit kepala tepi-tepi anak rambut kat belakang
tengkuk.
Hahaha bagi aku perubahan ni
pelik sebab kebanyakkannya tak atau jarang sangat berlaku kat fizikal aku. Haa
sekarang nak cite lak pasal hint yang lebih kepada instinct.
Langgar pantang.
Selama 4-5 bulan terakhir ttc,
aku memang pantangkan makan fast food & soft drinks. To be exact – air coke
(gile sedap!). Tapi masa 2ww tu, aku cam gile meroyan kot hari-hari nak makan
AYAM GORENG SPICY MEKDI + AIR COKE!
Perghhh. Aku prefer ayam goreng spicy mekdi sebab die sangat pedas compared to
spicy KFC yang macam takde cili tu. Ya! I’m a chiliholic! Hahaha.Tapi aku gi
gak makan ayam KFC tu kalau malas nak gi mekdi.
Sampai la satu hari, aku dapat
hint tiba-tiba. Aku gi drive thru KFC, aku rase clear sangat aku cakap
“Kak, bagi snack plate spicy
& air PEPSI” (sebab KFC takde COKE) . Kakak tu reply, “ok, air PEPSI”
Then, bile dah abes order, die
nak repeat order balik sebelum kete aku gerak. Sekali die repeat camni
“Snack plate satu, ayam nak thigh,
air nak MILO. Anything else?”
Whattttt? Air milo. Jauh kot
bunyi PEPSI dengan MILO. Terus aku terdiam. Eh. Nape ni?
Terus aku insaf sorang-sorang
tengok mesin order tu.
“A’ah kak, air milo”
Aku terus amek makanan &
tinggalkan KFC tu dengan seribu tanda tanya. Aku soal diri aku, “Allah nak bagi
petunjuk ke?”
Memang blur masa tu.
Pas tamat cite KFC tu, aku still
lagi addicted to fast food. Aku gi lak mekdi alamanda. Order Ayam goreng spicy
tapi air milo. Selalu aku laju je makan. Sekali, tiba-tiba aku rase geli pula
bila ayam tu masuk dalam tekak aku. Eh. Petunjuk lagi ke? Pastu tobat kejap tak
makan dah mekdi sampai la kandungan aku usia 3 bulan neh baru berani beli balik
mekdi.
Air tebu MIL
Aku balik visit family in law
aku. Kat belakang rumah memang banyak gak la pokok tebu sampai bulan puase ade
gak penjual-penjual air tebu habis stok tebu, dorang redah gak rumah MIL aku
beli tebu. Pagi-pagi lagi, FIL dah keluarkan mesin tebu. Waaaa siap ade mesin
tebu. Tapi aku cam malas nooo nak tolong dorang kupas kulit & potong tebu. Melecet
kot tangan. Tapi hasben aku dok kenyit-kenyit mata suh tolong sebab FIL ada, so
takley tunjuk malas. AKu bukan ape, kalau aku tolong pun, aku tau bukannya
hasben aku kasi minum. Yela, memang tengah pantang makanan2 tajam kan time ttc.
Nak tak nak, tolong la gak.
Bila dah start mesin dan baru dapat
satu jag penuh, MIL aku dah sibuk keluarkan cawan & ais dah. Huh, menggoda
jiwa. Pastu banyak kali pelawa aku minum. Aku tengok je muke hasben aku.
Last-last, aku taknak hampakan MIL, aku cakap “ade orang tak bagi saya minum
mak sambil juih mulut ke hasben” hahaha. Terus hasben aku cakap, eh minum la
sikit. Buat rasa. MIL aku diam je.
Apa lagi, aku memang minum sikit.
TAPI REPEAT BANYAK KALI KOTTTTTT. Hahaha. Puas ati aku dapat minum air tebu
fresh. Sedap gile. Dah nak setahun gak la tak minum air tu.
Sekarang bile difikir-fikirkan
balik, semuanya make sense.
oOOO.. rupenya mungkin Allah nak
bagi aku merasa air tebu tu sebelum aku
pregnant. Kang time pregnant, celah mana nak minum.
oOOO.. rupenye Allah bagi hint
takley minum softdrinks dah sebab mungkin baby tengah jadi.
Huuu macam-macamkan? Tapi bende-bende
ni kita sorang je perasan dan kita akan faham bende-bende ni jadi once confirmed
pregnant. Alhamdulillah. Allah tu Maha Kuasa. Segala yang baik memang datangnya
dari Dia. Aku sahajalah yang bersifat buruk dan kejam terhadapNYA.
Err..lupa nak bagitau. Lepas 2
bulan preggy, baru la ade guts nak cite kat hasben yang aku bantai minum air
coke sebelum conceived. Hasben terus BULAT MATA! Hahaha.
3 ulasan:
hehehe!
my hint was
1. perut KERAS mcm ade batu duduk kat dalam.
2. LAPAR TAHAP DEWA lebih terok dari lapar 2ww.
3. Something whispered to me telling me that 'u're pregnant. u're pregnant. u're pregnant'
sbbkan tiga2 weird sign ni lah i test before my period was due. and the result was faint positive.
woaaaa u siap ade suara bgtau u peknen! lagi direct. huhuhu. i cek hpt before due hanya sebab i rase malas sangat nak keluar rumah beli pad since stock dah habis! err.. tu pon might be a hint rite? hehe
Wahhhhhh...bestnye entry u.... Ske sangat2 bace blog u ni.... Update byk2 lagi dear!!!!
p/s: doakan semoga i berpeluang rasa dan alami mcm u.... Almost 2 years da g treatment....
Catat Ulasan